*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Seorang sahabat telah dikemuka soalan bab ni. Makna
kata soalan ni bukan ditujukan kepada saya secara
direct. Memandangkan bahawa dalam Hizbinet ni banyak
pakar segala pakar maka ada baiknya dibentangkan
disini . 

Beginilah persoalannya lebih kurang...

--------------------------------------------

"Saya berusia 35 tahun telah berkahwin dan mempunyai
dua orang anak. Saya mempunyai pendapatan yang 
lumayan dan keluarga yang bahagia. Didalam satu urusan
perniagaan saya telah diperkenalkan dengan seorang
wanita berusia  29 tahun yang masih bujang dan berjaya
dalam kerjaya beliau. Pada mulanya perhubungan kami
hanyalah berkisar pada soal soal urusan perniagaan
tapi lama kelamaan saya ada menyimpan rasa hati kepada
beliau. Oleh kerana saya mempunyai keluarga yang
bahagia, isteri yang baik, saya hanya memendam rasa
dan tidak mahu mencampuri urusan perniagaan dan
personal. Tidaklah saya ketahui bahawa beliau juga
menyimpan perasaan yang sama terhadap saya. 

Pada suatu hari selepas mesyuarat perniagaan dan makan
tengah hari bersama rakan niaga dan clients yang
lain..beliau ada mencurahkan rasa hati tentang minat
beliau kepada saya melebihi dari urusan perniagaan.
Saya juga secara langsung atau tidak langsung antara
sedar dengan tidak ada menyatakan minat yang sama
melebihi bidang perniagaan.

( nota dari Adam: tu dia hang silap besaq la !!!! )

Sejak dari saat itu kami sering berhubung melalui
telefon, email,internet (chat) melebihi dari urusan
formal perniagaan. Kami tidak pernah keluar berdating
seperti anak anak remaja yang lain kecuali dalam
urusan 
perniagaan yang diiringi oleh samada rakan niaga atau
para pelanggan yang lain. 

Kami memang mengetahui latar belakang masing masing
dan dia memang mengetahui bahawa saya sudah
berkeluarga. Walau bagaimana pun beliau secara tidak
langsung ada menyatakan kesanggupan menjadi isteri
kedua saya dan menghormati peranan dan tempat isteri
saya ( isteri pertama ) 

Saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya
sungguh sungguh dalam dilemma...Saya tidak mahu
melukakan perasaan isteri saya akan tetapi tidak dapat
melepaskan wanita yang berjaya mencuri hati saya ini.

Haruskah saya berkahwin lagi (dapatkan isteri kedua )
atau haruskah saya lupakan segalanya.?????


( Nota dari Adam: dia kata bini dia tak dak cacat cela
tang mana pung..cantik comel lote, sihat walafiat,
mengaji tinggi macam dia jugak...perfect wife la..dan
gopren dia ni pung dari keluarga baik baik..cantik
sokmo...mengaji tinggi...dan dua dua adalah wanita
yang baik baik dan solehah. Duit pitis, nafkah zahir
batin tak dak masalah)

( Dia jugak kata....kalu dia nak nikah dia nak buat
betoi betoi...tak mau pi nikah di Takbai Siam atau
Medan...semua mesti okay dan legit. Masalah lagi
satu..gofren dia dari Johor..satu satunya negeri yang
perlukan tandatangan isteri nombor satu atau surat
pengesahan bujang...tandatangan virtual tak mau
lor.!!!..)

Aha tu dia masalah sahabat ni...apa pasai aku tak dak
masalah lagu ni huh.?.ha ha ha ha. Mintak simpang
la...  :-) Sapa yang rajin tolong jawab..tak kira la
bujang trang tang tang ka, dah berbini 4.5 ka atau
sapa sapa saja. Tolong jawab mai..

Wassalam 

Adam

p/s: Seperti biasa la..kalau pemalu sila hantarkan
pada saya personally dan saya akan forwardkan ke
Hizbinet setelah dibuang nama,kepala dan kaki...

=====
**Berhati hati di jalan raya Pandu Cermat Jiwa Selamat**
*********************************************************
          >>>>>>> 'EID UL FITR' MUBARAK <<<<<<<<<
*********************************************************
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke