*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum, 

Teramatlah malang orang yang tahu agama, ada kuasa tapi
membenarkan diri diperkudakan oleh orang yang tamak haloba
berdendam kesumat lagi busuk hati untuk menzalimi orang
Islam yang tidak punya kuasa yang bergaji kecil tapi
punya kesedaran untuk mencari keredaan Allah.

Sekiranya puak2 zalim dan yang bersyubahat dengannya ini 
tidak mahu berhenti dari kerja zalim mereka, tidak 
keterlaluan rasanya kalau sama2 kita doakan supaya puak2
zalim ini dilucutkan kuasa mereka oleh Allah SWT dengan apa 
cara yang Allah kehendaki.  

Wassalam

------------
Kepada:

Tuan Hj Mohd  Adnan Bin Seman
Tim. Pengarah Pendidikan Islam
JAIS

Assalamu'alaikum

KEKESALAN TERHADAP PERTUKARAN GURU-GURU DI SELANGOR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada satu mesej e-mel  
(di bawah ini) yang diedarkan melalui Hizbinetwork. Setelah 
membaca mesej ini, saya merasa terpanggil untuk bertemu 
dengan guru-guru terlibat. Dalam pertemuan dengan salah 
seorang guru berkenaan, saya mendapati benarlah bahawa 
beliau serta guru-guru lain telah mendapat arahan supaya 
berkhidmat di tempat yang jauh dari tempat asal mereka 
dengan dengan gaji sekitar RM400. Apabila beliau bertanya 
kepada pegawai JAIS, beliau menyatakan salah seorang pegawai
JAIS menunjukkan "surat" dari  YB berkenaan "mengarahkan" 
supaya guru-guru berkenaan ditukarkan.

2. Saya ingin menegaskan bahawa adalah amat malang dan amat 
memalukan bagi sebuah institusi agama seperti JAIS yang 
terlalu mudah dipergunakan oleh orang-orang politik yang 
mempunyai agendanya sendiri. Saya menyeru agar tuan lebih 
bersikap profesional dalam pengurusan tuan dan tidak 
dipengaruhi oleh sentimen dan tekanan politik.

3. Sesungguhnya gaji kakitangan kerajaan dibayar oleh rakyat
dan rakyat mahu melihat kakitangan kerajaan menjalankan 
kerja secara profesional, cekap, amanah, dan adil . Malah 
gaji wakil-wakil rakyat juga dibayar oleh rakyat dan bukan 
oleh mana-mana parti politik. Maka rakyat berhak mendapat
pembelaan  dan kemudahan bukannya penindasan dan kerumitan. 
Umumnya wakil-wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya 
bukanlah wakil kepada satu-satu parti politik tetapi wakil 
kepada rakyat seluruhnya bagi kawasan yang dimenangi. 
Sesungguhnya wakil rakyat adalah wakil kepada rakyat bukan
wakil parti dan bukan wakil kerajaan semata-mata. Apa yang 
sedihnya ialah ada sebahagain wakil rakyat yang tidak 
memahami bahawa gaji mereka dibayar rakyat tanpa mengira 
parti, agama, dan keturunan.

4. Saya menyeru agar pihak JAIS menimbang semula keputusan 
memindahkan guru-guru berkenaan termasuklah juga guru-guru 
di tempat lain dalam negeri Selangor yang ditukarkan kerana 
"arahan" orang-orang politik Barisan Nasional. Sekiranya 
perkara ini terus berlaku, maka percayalah masyarakat tidak 
akan menghormati lagi JAIS serta pegawai-pegawai JAIS serta 
ahli-ahli politik terlibat. Masyarakat akan melihat betapa 
JAIS dan pegawai-pegawai JAIS serta institusi JAIS tidak 
profesional dan telus dalam pengurusannya. Saya ingin 
mengingatkan diri saya dan diri tuan akan sabda Nabi 
Muhammad saw yang bermaksud  "Takutlah akan do'a orang yang
kena zalim. Sesungguhnya tidak ada hijab diantara do'a itu 
dengan Allah."

5. Semuga Allah memberkati pengurusan yang amanah dan adil.

Yang benar,

Supyan Hussin
(t.t. digital)

s.k. Hizbinetwork

--------

yang diedarkan dari Hizbinetwork
>Date: 25 Feb 00 17:16:42 PST
>From: hello hi <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* MINTA PERHATIAN!!!!!!
>X-Mailer: USANET web-mailer (M3.3.1.96)
>Sender: [EMAIL PROTECTED]
>
>MOHON PERHATIAN SEMUA PIHAK
>
>Berikut adalah maklumat mengenai beberapa orang guru KAFA 
>yang telah mendapat surat arahan dari JAIS untuk bertukar 
>tempat kerja. Adalah dilaporkan guru-guru berkenaan 
>dipercayai menjadi penyokong Barisan Alternatif dalam
>peilihanraya yang lepas. Tindakan pertukaran tempat kerja 
>ini diambil susulan dari pilihanraya umum ke10 baru-baru 
>ini di mana wakil rakyat N. 47 DUN Dengkil YB Dato' Shariff
>Jajang, walaupun menang di DUN Dengkil telah tewas di
>kampungnya iaitu Kg Sg. Merab sendiri serta kawasan sekitar
>iaitu Kg. Desa Putra, Kg. Limau Manis, Kg. Bakar Baginda, 
>dan Air Itam Permai.
>
>Menurut laporan dari orang dalam menyatakan bahawa tindakan
>pertukaran tempat Kerja ini adalah arahan dari YB Dato' 
>Shariff sendiri dengan restu Timbalan Menteri Besar 
>Selangor, YB Dato' Zainal Abidin.
>
>Kita semua maklum bahawa sebagai wakil rakyat di Dengkil, 
>seseorang YB adalah menjadi wakil kepada rakyat dan perlu 
>menangani masalah rakyat bukannya menambah masalah rakyat. 
>Sebaliknya, YB Dato' Shariff telah menyalahkangunakan
>kedudukannya untuk mencampuri urusan pentadbiran JAIS yang 
>mana mungkin JAIS tidak berniat untuk menukar mana-mana 
>guru KAFA. Tetapi jelas di sini penyalahgunaan kuasa dan 
>kedudukan telah mengugut pegawai-pegawai kerajaan di JAIS 
>dan PPD di Selangor ini untuk mengambil tindakan ke atas
>penyokong-penyokong Barisan Alternatif.
>
>Apa yang malangnya ada diantara guru-guru ini adalah suami
>isteri yang ditukarkan tempat kerja di dua tempat yang 
>berbeza. Dan ada diantara guru-guru ini adalah penyokong 
>kuat UMNO yang disangka sebagai penyokong Barisan
>Alternatif.
>
>
>----------------------------------------
>Butir-butir surat
>Rujuk JAIS: (PEL) 2345 Jld 2
>Tarikh surat : 2.2.2000
>
>Surat ditandatangi oleh :
>Hj Mohd  Adnan Bin Seman
>Tim. Pengarah Pendidikan Islam
>JAIS
>
>Guru-guru KAFA yang mendapat arahan tukaran tempat kerja:
>
>1.Pn Rukiah Bt. Sulan (Ruj Tuan: Bil (122) dlm JAI Sel) 
>arahan tukar dari Sg . Merab ke Kuala Selangor
>
>2.Pn Rohani Bt Ahmad (Ruj Tuan: Bil (123) dlm JAI Sel)
>arahan tukar dari Sg. Merab ke Klang 
>
>3.Cik Rosezaliza Abd Latif (Ruj Tuan: Bil (124) dlm JAI Sel)
>arahan tukar dari Sg . Merab ke Sabak Bernam
>
>4.Pn Saniah bt Ahmad (Ruj Tuan: Bil (125) dlm JAI Sel) 
>arahan tukar dari Sg. Merab ke Hulu Selangor
>
>5.En. Khairul Amri (Ruj Tuan: Bil (126) dlm JAI Sel) arahan
>tukar dari Sg. Merab ke Sabak Bernam
>
>SRA Desa Putra
>43800 Dengkil
>Sepang
>
>-----------------------------
>
>Kini beberapa surat arahan lain sedang diproses oleh JAIS 
>dan PPD bagi menukar sebilangan lagi guru-guru.. Menurut 
>maklumat dalaman beberapa orang guru sekolah kebangsaan dan
>sekolah menengah berdekatan juga akan diarahkan tukar
>tempat kerja.  Gaji guru KAFA hanya sekitar RM300.00. 
>Kalaulah dengan gaji berkenaan sudah pasti gaji tersebut 
>akan habis bagi membayar tol (kroni kerajaan BN) dan duit 
>minyak. Soal letih dalam perjalanan, masa, dan tenaga
>tidak dipedulikan oleh JAIS. Dan sudah tentu guru-guru yang berasal dari
>kawasan Sg. Merab ini tidak dapat menabur bakti kepada anak-anak kampung
>sendiri dan penduduk sekitar sekiranya mereka terpaksa 
>menghabiskan masa dalam perjalanan 3-4 jam sehari ke tempat
>kerja.
>
>Inilah bentuk penindasan yang berlaku akibat kerakusan,  
>tamak haloba, dendam kesumat, dan busuk hati wakil-wakil
>rakyat Barisan Nasional. Kita menyeru kepada semua pihak 
>supaya menghantar surat, e-mail, faks, dan telefon kepada
>JAIS untuk menyatakan protes kita beramai-ramai. Kita juga
>menyeru agar mesej ini dapat diedarkan ke seluruh dunia 
>melalui rangkaian yang lain agar seluruh dunia tahu akan 
>bentuk demokrasi Malaysia yang diagung-agungkan oleh
>Barisan Nasional di negara ini.
>
>Alamat JAIS:
>Tingkat 2 Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz
>Shah, 40676 Shah Alam.
>No. Telefon: 03- 544700
>No. Faks: 5591143
>
>e-mail : [EMAIL PROTECTED]

>Pengirim: hello hi <[EMAIL PROTECTED]>


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: spy leman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke