*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum

Sudah tentu ada alasan atas seorang lelaki tidak boleh menjadi imam solat.
Saudara tahu apa alasannya? Kalau saudara tahu baguslah, namun ada juga
dikalangan pelanggan H-Net yang tidak tahu.

Alhamdulillah saudara telah menyediakan diri saudara menjadi imam solat.
Tentu tidak ada sesiapa ragu2 kalau saudara dilantik secara mengejut untuk
menjadi imam solat Jumaat. Syabas saya ucapkan.

Tidak timbul masalah imam solat? Kalau saudara sememangnya menjadi imam
masjid di qaryah saudara mungkin saya tidak hairan kalau saudara berkata
sedemikian. Namun begitu perkataan saudara tidak dapat saya setujui kerana
saya percaya saudara sendiri tentu tidak mahu berimamkan seorang yang
bermulut celupar lagi kasar tingkahlakunya (sebagai satu contoh)

Bagaimana pula kalau seorang yang ingin dilantik itu mempunyai kekurangan
dari segi bacaan al-quran ataupun berpakaian lusuh lagi kotor (walaupun
tidak semestinya najis)? Adakah saudara tidak akan mempertikaikan peribadi
berkenaan jika dilantik menjadi imam solat? Itu hanyalah sekadar contoh
sahaja, kerana saya menganggap saudara merasakan hal ini tidak penting. 

Sekurang2nya saya berharap ilmu berkenaan ini dapat dikongsi bersama di
sini, memanfaatkan lagi penggunaan H-Net bukan setakat berbincang isu2
semasa (di samping isu2 yang membosankan atau tidak bermanfaat)

Saya gembira kalau H-Net ini menjadi sumber pengetahuan ilmu Islam secara
global dan mencakupi segenap aspek, dan saya rasa ini pun menjadi tujuan
sebahagian dari pelanggan H-Net ini melanggan mailing list ini.

Wallahu a'lam.

- md2a -

> -----Original Message-----
> From: Somebody
> Sent: Monday, February 28, 2000 7:06 AM
> To:   'Dazrul (K.L.)'; [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      RE: H-Net* Imam Solat
> 
> 
> bagi saya setiap lelaki muslim mesti menyediakan diri nya untuk menjadi
> imam
> so tak timbul soal nak pilih imam solat....bukan kah lelaki itu
> pemimpin......kalau yang lain boleh pimpin takkan solat tak leh kot....tak
> der alasan mengapa seorang lelaki tak leh jadik imam ....
> 
> 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Dazrul (K.L.)" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to