*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Minta maaf banyak-banyak para netters sekelian kerana
dalam posting bahagian (2) hari tu ada sedikit
kesilapan teknikal di ayat terakhir dalam perenggan
terakhir (ayat tergantung).Tak tau lah lagu mana tak
tau,jari pi tekan key apa tak tau sampai hilang last
punya ayat.Jadi,ini adalah sebagai pembetulan saja.  
........Sambungan.......

    Tokoh ulama al-Azhar yang dikagumi,al-Marhum
as-Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad Abu
Syahbah,menyebut dalam kitabnya asa-Sirah
an-Nabawiyyah fi Dau al-Quran wa as-Sunnah,"Demikian
itu Masjid Nabawi (di zaman Rasulullah s.a.w.) itu
telah memberikan khidmat agama,ilmu,kemasyarakat dan
politik.Maka hendaklah diingati tentang masjid di
dalam Islam sepertimana yang kami sebutkan." (jld
2,m.s.3,Dar al-Qalam,Damsyik)
    Seorang lagi ulama besar dan tokoh mujahid
terkenal dan dihormati; al-Marhum as-Syeikh Dr.Mustafa
as-Siba`i dalam kitabnya as-Sirah an-Nabawiyyah :
Durus wa `Ibar,menyebut pembinaan Masjid Nabawi serta
fungsi masjid dengan katanya,"Apabila Rasulullah
s.a.w. sampai ke Madinah,maka kerjanya yang pertama
ialah membina padanya masjid.Ini menunjukkan betapa
pentingnya masjid di dalam Islam; apatah lagi bagi
masjid yang memberi mesej kemasyarakatan dan
keruhanian yang besar kedudukan dalam kehidupan
muslimin.Masjidlah yang menyatupadukan mereka,mendidik
mereka,menyedarkan hati dan akal,menyelesaikan masalah
dan di masjidlah dizahirkan kekuatan dan prinsip
mereka.Sejarah masjid di dalam Islam telah membuktikan
bahawa daripada masjid lah bergeraknya tentera Islam
memenuhi bumi dengan hidayah ALLAH SWT.Daripada masjid
juga diutuskan obor cahaya dan hidayah untuk muslimin
dan selain mereka.Pada masjidlah bermula subur dan
berkembangnya benih ketamadunan Islam.Tidaklah Abu
Bakr,`Umar,Uthman,`Ali,Khalid,Sa`ad Abu `Ubaidah dan
seumpama mereka yang merupakan tokoh-tokoh agung
sejarah melainkan adalah para penuntut di madrasah
Muhammadiyyah (sekolah Rasulullah s.a.w.) yang
bertempat di Masjid Nabawi.Keistimewaan lain bagi
masjid di dalam Islam ialah setiap minggu dilaungkan
kalimat-kalimat yang benar menerusi lidah katibnya;
padanya dibantahi kemunkaran dan diseru yang makruf;
atau seruan kepada kebaikan; atau mengingatkan yang
lalai; atau dakwah kepada kesatuan; atau bantahan
terhadap yang zalim; dan amaran kepada yang
thaghut.Maka jadikanlah masjid kembali sebagai tempat
utama dalam semua institusi kemasyarakatan kita;
jadikanlah masjid kembali memainkan peranannya dalam
mentarbiah manusia; melahirkan tokoh; memperbaiki
kerosakan masyarakat; memerangi kemunkaran; dan
membina masyarakat atas asas taqwa dan keredhaan
ALLAH." (m.s. 74-75 cetakan al-Maktab
al-Islami,Jordan).    
    Segala peranan-peranan besar masjid seperti yang
disebutkan oleh tokoh-tokoh di atas akan musnah jika
masjid di kongkong oleh selera golongan politik yang
tidak berpandukan kepada ALLAH.Bahkan tindakan
menghalang masjid,adalah tindakan untuk menjadikan
masjid sebagai kelab parti yang berkuasa,yang sukatan
pengajian,program dan peranannya adalah berpandukan
nafsu dan selera orang politik semata-mata.Sedangkan
masjid adalah rumah ALLAH,bukan rumah sesiapa; maka
sukatan masjid adalah sukatan al-Quran dan as-Sunnah.
    Khatib-khatib sepatutnya berkhutbah dengan khutbah
yang membangunkan umat,bukan sekadar membaca teks-teks
yang longlai,tidak ber'ruh' dan tidak bertenaga.Mereka
bukan pembaca berita di tv atau perakam suara,tetapi
mereka mesti berkhutbah dengan semangat membangunkan
umat,menyeru yang makruf dan mencegah kemunkaran.Para
penceramah dan guru mestilah menyampai ajaran Islam
yang syumul,bukan sekadar membaca kitab-kitab dengan
tajuk-tajuk yang layu dan takut pula untuk menegur
kemunkaran dan penyelewengan.      
    Di samping itu,dinasihati juga terhadap para
penceramah dan pengajar yang menyampaikan pengajaran
di masjid,supaya menggunakan uslub dan bahasa yang
baik dalam dakwah sesuai dengan ketinggian masjid  dan
ajaran al-Quran.Seperti firman ALLAH dalam Surah
Fussilat ayat 33-35 yang bermaksud,"Dan tiada yang
lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru
kepada ALLAH,serta dia sendiri mengerjakan amal yang
soleh,sambil berkata : Sesungguhnya aku adalah dari
orang-orang Islam ! Dan tidaklah sama perbuatan yang
baik dan perbuatan yang jahat.Tolaklah (kejahatan yang
ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik;
apabila engkau berlaku demikian,maka orang yang
menaruh rasa permusuhan terhadapmu,dengan serta merta
akan menjadi seakan teman yang rapat.Dan sifat yang
terpuji itu dapat diterima dan diamalkan melainkan
oleh orang-orang yang bersikap sabar,dan tidak juga
dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang
mempunyai bahagian yang besar."  

    Siapa Sepatut Mengurus Masjid ?
    ---------------------------------------------
    Sepatutnya pengurusan atau jawatan kuasa masjid
dibentuk dengan tujuan untuk mempastikan masjid dapat
berfungsi seperti yang dikehendaki dalam Islam.Mereka
sepatutnya mengepalai golongan yang memakmurkan
masjid.Perlantikan mereka adalah atas dasar
penghayatan iman,bukan kepentingan golongan tertentu.
    Apakah ciri-ciri atau kelayakan yang patut mereka
miliki? Jawapannya,al-Quran secara jelas menyebut
mengenai ciri-ciri dan kelayakan golongan yang
memakmurkan masjid.Sepertimana firman ALLAH SWT dalam
Surah at-Taubah ayat 18 yang bermaksud," Hanya yang
layak memakmurkan masjid-masjid ALLAH itu ialah
orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat
serta mendirikan solat,menunaikan zakat dan tidak
takut melainkan kepada ALLAH.(dengan adanya
sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka
menjadi golongan yang mendapat petunjuk." 
[ Ciri-ciri yang disenaraikan dalam Quran ialah :
 i) Beriman kepada ALLAH dan hari akhirat;   (ii)
mendirikan solat;   (iii) menunaikan zakat;   (iv)
tidak takut melainkan ALLAH. ]
    Kata Imam al-Baghawi dalam Ma`lim at-Tanzil yang
menafsir maksud  'tidak takut melainkan ALLAH',kata
nya,"Tidak takut dalam agama melainkan ALLAH dan tidak
meninggalkan suruhan ALLAH kerana selain Nya." (jld
2,m.s.274,cetakan Dar ar-Ma`rifah,Beirut) 
    Dalam Fi Zilal al-Quran,Sayyid Qutb
memperincikannya dengan menyebut,"Dinyatakan mengenai
ketakutan hanya kepada ALLAH semata-mata tiada pada
yang lain; selepas syarat iman yang batin dan amal
yang zahir; bukannya sekadar
galakan.Sebaliknya,mestilah hanya menyerah diri kepada
ALLAH semata-mata.Mestilah melepaskan dari segala
bayangan syirik dalam perasaan dan perbuatan.Takut
selain dari ALLAH adalah jenis syirik khafi
(tersembunyi) yang disini diperingatkan oleh nas demi
menjadikan iktikad dan amal semua untuk ALLAH.Ketika
itu layaklah orang mukminin memakmurkan masjid-masjid
ALLAH." (jld 3,m.s.1614,cetakan Dar as-Syuruq,Mesir)  
    Sementara dalam at-Tafsir al-Munir,as-Syeikh Dr.
Wahbah az-Zuhaili menyebut,"Tidak takut dalam
perkataan dan perbuatannya selain ALLAH sahaja,tidak
selainnya samada berhala dan para pembesar yang pada
hakikatnya tidak memberi manfaat dan
mudarat.Sesungguhnya manfaat dan mudarat itu hanya di
tangan ALLAH." (jld 10,m.s.128,cetakan Dar
al-Fikr,Beirut) 
    Syarat hanya takut kepada ALLAH sengaja diperjelas
dan dipertekankan di sini kerana bimbangkan ramai yang
menjadi menguruskan masjid lebih takutkan manusia
melebihi tanggungjawab di hadapan ALLAH.Mereka tidak
merasai kegerunan kepada ALLAH seperti yang disebut
dalam Surah al-Baqarah ayat 114 tadi dan juga ayat
ini; tetapi sebaliknya lebih takut kepada pihak yang
melantiknya.Mereka tidak merasakan masjid sebagai
rumah ALLAH yang dibesarkan padanya kalimah ALLAH;
sebaliknya mereka selalu bimbang kedudukan
mereka.Lebih buruk lagi,ada yang merasakan peranan
mereka di masjid adalah menjaga kepentingan parti dan
selera golongan tertentu.Mereka sanggup memandulkan
dan mematikan kemakmuran masjid yang dalam istilah
al-Qurannya "merobohkan masjid",semata-mata demi
memastikan kehendak golongan atasan mereka dipatuhi.  
    Ini semua akan berlaku bilamana perlantikan AJK
masjid dikawal oleh kuasa politik yang tidak mengambil
kira nilaian kemakmuran masjid seperti yang digariskan
oleh al-Quran di atas.
    Jika perkara ini berterusan,maka kita menganggap
usaha pengawalan atau rancangan pengawalan masjid
adalah projek memusnahkan ruh masjid dan rancangan
pencemaran masjid.Umat mesti bangkit mempertahankan
masjid.

TAKBIR !  ALLAHUAKBAR !!!

WALLAHUA`LAM.    


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke