*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu'alaikum... Saya 'send-again' satu ulasan saya mengenai isu Takaful, untuk tatapan para penjaring di Hizbi. Semoga bermanfaat... At 11:23 AM 3/2/2000 +0800, you wrote: >From: [EMAIL PROTECTED] > >A'kum to all netters.... > >Terlebih dahulu minta maaf sekiranya perkara ini pernah diutarakan. >Cuma inginkan penjelasan mengenai hukum menyertai skim takaful. > >Jzkl. > Assalamu'alaikum...! Saudara gshariza dan semua penjaring, Sebenarnya saya baru saja berkecimpung dalam bidang Takaful ini secara sampingan, malahan baru sahaja lulus ujian untuk jadi seorang agen takaful. Izinkan saya menjawab persoalan saudara berdasarkan Manual Takaful Nasional juga pemerhatian saya secara ringkas. 1) Soal hukum syar'ie Sistem Takaful adalah berbeza dengan sistem insurans konvensional dalam banyak hal, yang paling penting di sini ialah soal hukum; insurans konvensional telah disepakati hukumnya (malahan fatwa kebangsaan telahpun diwartakan) bahawa ia haram, kerana mengandungi unsur-unsur yang ditegah oleh Islam, iaitu : Gharar (ketidaktentuan dalam urusan jualbeli), maisir i.e. berunsur perjudian, riba i.e., pelaburan ada dibuat di dalam institusi riba dan, ketidakadilan, terutama terhadap peserta/ahli. Walaupun dalam sekali pandang kaedah Takaful agak 'lebih-kurang' berbanding insurans, unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak di atas tadi telah dihapuskan dengan menggunakan beberapa kaedah yang disarankan oleh pakar rujuk ekonomi Islam. Bahkan untuk memastikan Takaful terus dilaksanakan berlandaskan kehendak syarak, ada ditetapkan satu Lembaga Pengawasan Syarak seperti yang dikehendaki oleh Akta Takaful 1984 - Seksyen 8 (5) (6). Maka, sistem Takaful adalah sistem yang dibenarkan oleh syar'ie, diperakui oleh pakar-pakar rujuk syariah, misalnya bagi Takaful Nasional, dipengerusikan oleh Dato' Mufti Negeri Perak. Bahkan, jika betul niatnya, ia menjadi suatu ibadah pula. 2) Kenapa perlunya Takaful? Takaful mengikut tafsiran syarak ialah pakatan satu kumpulan untuk saling menjamin dan tolong-menolong antara satu sama lain. Ini bertepatan denan maksud hadis : "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapa pun tidak masuk syurga kalau tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit" [Riwayat Ahmad]. Tujuan am Takaful ialah: i) menjaga kebajikan sosial; ii) mewujudkan keharmonian sosial; dan iii) sebagai saluran atau alat sosial di mana "The fortunate many compensate the unfortunate few" Untuk memudahkan kefahaman, cuba bandingkan sistem takaful dengan sistem khairat kematian, konsepnya sama, cuma Takaful merangkumi bidang yang lebih luas. Banyak sekali dalil-dalil yang menjurus kepada perlunya sistem sebegini, antaranya [maksud]: i)" Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan jangan bekerjasama dalam dosa dan permusuhan" [al-Maidah, ayat 2]. ii) "Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan itu lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta" [Hadis riwayat Bukhari]. iii) "Sesungguhnya orang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa manusia" [Riwayat Ibnu Majah]. Untuk menjadikan konsep Takaful sebagai suatu ibadat yang mematuhi anjuran yang diberikan oleh dalil-dalil di atas, para peserta hendaklah diingatkan untuk beramal dengan konsep Tabarru', iaitu niat atau maksud untuk membuat kebajikan, membuat derma bersyarat dan mengurnia dengan redha. Beza dasar antara tabarru' dengan derma hanyalah, ia dikutip sebelum malapetaka berlaku manakala derma selepas itu. Dengan berlangsungnya penghayatan konsep tabarru' ini, maka tentu sekali penipuan dan ketidakadilah akan cuba dielakkan oleh para peserta kerana wang sumbangan tersebut bukanlah hak syarikat. Syarikat cuma berperanan sebagai pengendali dana. Bahkan semasa di dalam dana ini, ia juga bukan hak penyumbang, tapi hakmilik bersama para peserta, diguna untuk konsep tolong-menolong. Walau bagaimanapun, oleh kerana ia derma bersyarat, wang sumbangan itu adalah tetap menjadi hak peserta, (cuma dipinjamkan untuk tabung bantuan), maka sebarang keuntungan oleh pihak pengendali dana (syarikat Takaful) hendaklah dikongsi bersama dalam konsep mudharabah (perkonsian untung). Apabila tamat tempoh, wang sumbangan itu serta sebarang keuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada peserta. Oleh kerana wang sumbangan itu akan diletakkan ke dalam dana takaful, dan cuma dikendalikan oleh syarikat takaful, bukan dimilikinya, maka konsep agen takaful juga berbeza dengan agen insurans, agen takaful bukan menjual insurans, tetapi mengajak orang menyertai sistem takaful tersebut. Menyedari kepentingan takaful inilah sebenarnya yang menarik minat saya untuk berkecimpung dalam bidang ini, untuk mengajak seberapa ramai yang boleh untuk menyertai sistem Takaful, di samping ia menjamin persediaan kewangan untuk keluarga kita, ia juga adalah suatu bentuk ibadah, untuk menerapkan sikap bantu-membantu sesama kita. Sekiranya sesiapa jua yang ingin mengetahui mengenai sistem ini secara lebih lanjut, hubungilah pejabat Takaful yang berdekatan, sama ada Takaful Malaysia atau pun Takaful Nasional (hanya DUA syarikat ini sahaja setakat ini yang termaktub dalam Akta Takaful). Atau boleh juga hubungi saya, sebagai seorang agen baru Takaful Nasional, melalui alamat e-mail di atas, atau pun telefon 03-2939366. Wassalam... Rozi Bin Muda ISIS Malaysia ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Rozi Bin Muda <[EMAIL PROTECTED]>