Pemimpin Bahagian Umno Lebih Rela Partinya Terkubur Dari Dipulihkan

KUALA LUMPUR:Pertandingan berat sebelah! Itulah yang boleh disimpulkan dengan kempen pemilihan Umno Mei depan. Semasa Mahathir bebas bertemu ketua-ketua bahagian di Putrajaya, Tengku Razaleigh terikat kaki dan tangan. Sudahlah nasihat Majlis Tertinggi agar dua jawatan tertinggi parti sudah menjadi seperti arahan, cawangan-cawangan yang mencalonkan tokoh selain Mahathir dan Abdullah Badawi akan disenaraihitamkan.

Ibarat kata penyokong Ku Li, "Umno ibarat orang yang sakit dan dirawat oleh seorang doktor sejak sekian lama, tetapi penyakit yang ditanggung kian parah. Terpulanglah kepada pesakit tadi, sama ada mahu menukar doktor yang baru, yang dikira dapat menawarkan rawatan lebih baik ataupun terus berubat dengan doktor sedia ada meskipun pesakit sudah ke peringkat nyawa-nyawa ikan."

Tepat juga kata Shahrir Samad: "Bukan mudah untuk menentang dari dalam, rasanya lebih selesa jika menentang dari luar Umno."

Masih ada 150 bahagian Umno yang belum bermesyuarat. Bagaimanapun mood yang ada sukar untuk dipecahkan. Perwakilan Umno ke mesyuarat bahagian-bahagian mendapat ugutan dan tekanan jika mereka berhasrat mencalonkan orang selain Mahathir - Abdullah. Tumpuan sekarang difokuskan ke Kelantan. Sejauhmana pengaruh Ku Li masih berkuku di negeri yang ditawan PAS sejak 1990 itu.

Yang pasti tokoh-tokoh Umno lebih memikirkan survival diri sendiri, peluang perniagaan dan kedudukan dalam kerajaan daripada berusaha menyelematkan parti dari kongkongan seorang itu. Manakala Pemuda Umno telah ketandusan tokoh sehingga tiada calon selain Hishamudin Husain.

"Ya, kami amat suka kalau Pemuda Umno diterajui Hishamudin, manakala Wanitanya pula diketuai Rafidah Aziz. Bukanlah kita nak buat sayur pula, nanti dikatakan menghina, tetapi ia memudahkan peluang kami," kata seorang pemimpin Pemuda Barisan Alternatif.




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke