*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject:
             [ADIL-Net] Bantahan Pembinaan Gereja Besar di kawasan Islam

        Date:
             Tue, 07 Mar 2000 16:51:19 -0800
       From:
             "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>
 Organization:
             Angelfire (http://email.angelfire.com:80)
         To:
             [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
             [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
             [EMAIL PROTECTED], "muhammad abdullah"
<[EMAIL PROTECTED]>
         CC:
             [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]




From: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>



1 HB. MAC, 2000.
Assalamualaikum wr. wbrkth..

Yang berbahagia,
Y.B. Dato/Datin/Tuan/Puan,
Ketua-ketua Pertubuhan,
Wakil-wakil Penduduk,
Penduduk-penduduk,
Taman TTDI Jaya, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor D.E.

Dato/Datin,Tuan/Puan,

PER :   BANTAHAN TERHADAP CADANGAN MEMBINA  GEREJA 2 TINGKAT, DEWAN
MASYARAKAT 2 = TINGKAT, KEDIAMAN PADRI 2 TINGKAT DAN 3 PARAS TEMPAT
LETAK
KERETA (BASEMENT) DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 1204, JALAN U1/79, SEKSYEN U1,
SHAH ALAM DAN PEMBINAAN KUIL HINDU DI KAWASAN PERSEKITARAN.

Merujuk kepada perkara di atas, adalah saya Zakaria Bin Latif, Ahli
Jawatan
Kuasa Lujnah Dakwah, Masjid Al-Itisam, Taman TTDI Jaya, Seksyen U2,
Shah
Alam, mewakili Ahli Jawatan Kuasa Masjid Al-Itisam, dengan segala
hormatnya, memohon prihatin daripada pihak Dato/ Datin, Tuan/Puan dan
saudara-saudari terhadap perkara yang tersebut diatas.

Adalah dimaklumkan di sini, suatu usaha untuk menjayakan pembinaan
sebuah
gereja yang terbesar di Shah Alam, sedang giat diusahakan secara
diam-diam.
Usaha pertama untuk pembinaan gereja ini di kawasan Perbandaran Shah
Alam,
telah dibuat 2 tahun lepas. Tetapi usaha tersebut menemui kegagalan
kerana
mendapat bantahan hebat daripada penduduk tempatan. Kawasan yang dipilih

kali ini, adalah berdekatan kawasan kediaman Taman TTDI Jaya iaitu di
kawasan lapang di hadapan Montfort Boys School dan Politeknik Shah Alam

serta di sebelah tapak cadangan untuk pembinaan Kondominium di Seksyen
U2.
Selain dari itu kawasan ini amat strategik kerana terletak di tepi
Lebuhraya Kuala Lumpur-Klang dan menghadap Stadium Shah Alam. Tapak
pembinaan tersebut telah pun diratakan dan kini di dalam proses
permohonan
bekalan elektrik untuk memulakan kerja-kerja pembinaan.   Maklumat
lanjut,
sila rujuk surat lampiran.

Selain daripada itu pembinaan Kuil Hindu di tepi jalan ke Bukit
Jelutong,
juga perlu diberi perhatian berat kerana dikhuatiri ianya akan
diperbesarkan tanpa kawalan dan boleh mempengaruhi wujudnya kuil-kuil
yang
baharu.

Satu majlis mesyuarat untuk menubuhkan Ahli Jawatan Kuasa Bertindak akan

diadakan, bertujuan untuk penubuhan suatu badan bertindak bagi membantah

pembinaan tersebut, disamping mengkaji tindakan-tindakan susulan yang
perlu
dilakukan.  Di antara faktor-faktor perlunya masyarakat Islam membantah
pembinaan tersebut adalah seperti berikut:
        1.      Ianya dibina di dalam penempatan masyarakat Islam.
        2.      Berhampiran dengan Institusi Pengajian Tinggi(Politeknik

Shah Alam)                      yang majoriti pelajarnya beragama Islam.

        3.      Tiada usaha untuk mendapatkan pandangan dan kebenaran
masyarakat                      tempatan.
        4.      Imej Shah Alam sebagai penempatan masyarakat Islam
terjejas.
        5.      Satu tamparan keatas kewibawaan masyarakat Islam
setempat.
        6.      Sensitiviti orang Islam tercabar kerana agamanya teruji.

        7.      Mengundang suasana tegang dan mungkin mencetuskan
rusuhan
agama.
        8.      Penduduk Shah Alam terdiri daripada 90% orang Islam.
        9.      Terdapat larangan dari sudut Islam, terhadap pembinaan
gereja baharu                   di dalam kawasan masyarakat Islam.
        10.     Secara naqli, setiap hari melihat salib akan melemahkan
minda dan jiwa                  terutamanya anak-anak kerana
perletakkannya
di jalan pintu masuk                            utama ke Taman TTDI
Jaya,
Politeknik Shah Alam dan TUDM.
        11.     Jumlah penduduk beragama kristian di Shah Alam sangat
kecil
sekali.
        12.     Gereja Montfort yang sedia ada sudah mencukupi untuk
keperluan                               masyarakat kristian tempatan.
        13.     Tidak terdapat peruntukan pembinaan gereja di dalam Plan

Induk                           bandar Shah Alam dan Projek Pembangunan
Perumahan Syarikat TTDI                         Jaya Development.
        14.     Menjadi tanggungjawab semua umat Islam, supaya
menyediakan
suasana persekitaran yang sihat untuk pembinaan insan terutama
anak-anak, agar akidah, amalan dan akhlak mereka terbina menepati
kehendak Islam.
        15.     Dan banyak lagi alasan sekiranya dibahaskan.

Adalah diharapkan Dato/Datin, Tuan/Puan dan saudara-saudari dapat
menghadirkan diri di dalam mesyuarat ini, sebagai satu tanda kekuatan
ukhwah Islam, untuk membantah pembinaan gereja tersebut di atas, di bumi

Shah Alam dan sebagai tanda sikap prihatin kita terhadap masalah umat
Islam. Maklumat mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

        Tempat  :       Masjid Al-Itisam, Taman TTDI Jaya, Seksyen U2,
Shah Alam.
        Tarikh          :       10 hb. Mac, 2000. (Jumaat malam Sabtu)
        Waktu           :       Selepas solat Isyak.

        Agenda Mesyuarat

9.00 malam      :       Solat Isyak dan Solat hajat.
        9.15 malam      :       Penjelasan Hal-Ehwal Pembinaan Gereja
dan
Rumah                                           Berhala di Penempatan
Islam
menurut pandangan Islam
                                Penceramah Ustaz Dato Mokhtar Shafie.
                                (Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan).

        9.45 malam      :       Majlis Dialog dan Soal-jawab.
        10.15 malam     :       Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa
Bertindak,
                                Bantahan Terhadap Pembinaan Gereja
Tersebut.                               11.00 malam     :       Majlis
Tamat.

Kehadiran dan sokongan pihak Dato/Datin, Tuan/Puan dan saudara-saudari
amat
penting, demi menjaga kemurnian martabat Islam dan masa depan penduduk
Islam rantau ini, InsyaAllah. Semoga segala kerjasama daripada pihak
Dato/Datin, Tuan/Puan dan saudara-saudari mendapat ganjaran sebagai
amalan
soleh di sisi Allah S.W.T. dan diiringi ucapan terima kasih. Sebarang
kesukaran dan kelemahan, ribuan kemaafan saya pohonkan.

Sekian, Wassalam.

Berjihad Demi Masa Depan Masyarakat Islam
Akhukum fil Islam.




Zakaria Bin Latif,
AJK Lujnah Dakwah,
Masjid Al-Itisam Taman TTDI Jaya,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam.



Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

------------------------------------------------------------------------

DON'T HATE YOUR RATE!
Get a NextCard Visa, in 30 seconds!  Get rates as low as
0.0% Intro or 9.9% Fixed APR and no hidden fees.
Apply NOW!
http://click.egroups.com/1/2120/4/_/18799/_/952476739/
------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
 [EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
 [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

 ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/









 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke