JENTERA UMNO DARI LUAR BANTU PILIHAN RAYA KECIL SANGGANG

 

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Umno akan membawa anggota dari luar Pahang bagi membantu Barisan Nasional mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Sanggang dalam pilihan raya kecil pada 1 April ini.
Beliau berkata persediaan sedang dibuat untuk mendapatkan seramai mungkin anggota Umno dari negeri-negeri lain bagi menyertai jentera pilihan raya di situ.

"Bagi tahu semua, suruh dia orang datang secepat mungkin, laksanakan tugas dan arahan yang diberi kepada mereka, buat kerja dengan baik dan berkesan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin parti di sini, hari ini.

Abdullah, naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti, berkata arahan itu dibuat ekoran keputusan Majlis Tertinggi dalam mesyuaratnya awal minggu ini yang mahu membawa ramai anggota Umno dari selu! ruh negara menyokong Umno Pahang.

"Itu adalah kawasan yang telah kita menang dulu dan kita akan bekerja kuat untuk mempertahankan kedudukan kita di kawasan berkenaan," katanya.

Abdullah berkata Umno juga bersedia untuk menghadapi apa saja isu yang akan dibangkitkan oleh pembangkang semasa pilihan raya itu.

DUN Sanggang yang terletak dalam Parlimen Mentakab kosong berikutan kematian anggota Exco Kerajaan Negeri Pahang allahyarham Datuk Abdullah Kia pada 26 Feb lalu selepas diserang penyakit angin ahmar.

Pada pilihan raya umum yang lalu, allahyarham mengekalkan kerusi itu setelah mendapat 6,008 undi menewaskan calon Pas Abdul Rahim Abdul Latif yang mendapat 4,970 undi.

Sementara itu ketika ditanya mengenai isu Astro, Abdullah berkata kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

"Perkara ini dalam perhatian dan kerajaan sedang kaji, dan tidak ada sebarang keputusan telah dibuat dan tidak ada sebarang peraku! an dibuat kepada Kabinet mengenainya," kata beliau. -- BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke