*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pertanyaan : Dari segi guaman, Apakah peranan Karpal Singh Dalam perdakawaan ni ?? Perbicaraan Rahim Noor ditangguhkan KUALA LUMPUR, 6 Mac (HRKH) - Perbicaraan bekas Ketua Polis Negara yang didakwa cuba mencederakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, ditangguhkan kepada 14 Mac selepas peguambelanya memaklumkan bahawa Rahim Noor sakit. Rahim tidak hadir di mahkamah hari ini dan peguamnya, K. Kumaraendran, memberitahu Hakim Akhtar Tahir bahawa bekas ketua polis itu tidak sihat untuk menghadiri perbicaraan. Kumaraendran menunjukkan sijil perubatan yang dikeluarkan oleh doktor swasta kepada Rahim bertarikh 4 Mac untuk seminggu tetapi tidak menperincikan penyakit yang dihadapi oleh Rahim. Akhtar memberitahu peguambela agar mendapatkan pengesahan doktor kerajaan bagi sijil sakit itu berikutan permintaan daripada pendakwa Salehuddin Saidin. Karpal Singh, kemudiannya mendesak hakim agar memastikan Rahim menghadiri perbicaraannya, "Mungkin dia akan kata dia masih sakit lagi minggu depan". "Jika tertuduh gagal hadir di mahkamah dengan sebab yang munasabah saya akan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya," katanya Akhtar. Rahim didakwa 22 April tahun lepas dan beliau yang mengaku tidak bersalah boleh dipenjara tiga tahun setengah dan denda jika didapati bersalah. Comments? email us [EMAIL PROTECTED] ____________________________________________________________________ Get free email and a permanent address at http://www.netaddress.com/?N=1 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Llanang Kawe <[EMAIL PROTECTED]>