*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Teknik Memuji Suami Pada masa ini kita selalu diseru supaya bermurah dengan puji-pujian terhadap pasangan. Adalah dipercayai puji-pujian cuma mempunyai manfaat yang besar kepada perkahwinan dan kebahagiaan suami isteri. Ia tidak mempunyai apa-apa kesan negatif. Sangkaan ini tidak benar. Puji-pujian ialah pedang dua mata. Ia boleh membawa kebaikan, ia juga boleh membawa keburukan. Oleh yang demikian, berikan puji-pujian dengan menggunakan teknik-teknik yang betul. Biasanya puji-pujian "turun ke bawah" iaitu daripada orang yang statusnya lebih tinggi kepada orang yang statusnya lebih rendah. Sebagai contoh, seorang ayah memuji anaknya, atau seorang ketua memuji orang bawahannya, atau seorang majikan memuji pekerjanya. Pujian jenis ini sangat mudah memberikannya. Walau apa pun kata-kata yang digunakan untuk menyampaikan pujian itu, biasanya betul belaka. Begitu juga, walau apa pun perkara yang dipuji, biasanya ia kena belaka. Orang bawahan yang menerima pujian dari orang atasan itu gembira mendengarnya. Yang lebih sukar ialah apabila pujian itu harus terbalik atau "naik ke atas". Di sini, pujian itu datang daripada orang yang statusnya lebih rendah dan ditujukan kepada orang yang statusnya lebih tinggi. Sebagai contoh, seorang isteri memuji suami, atau seorang murid memuji guru, atau seorang jururawat memuji doktor. Pujian jenis ini mesti disampaikan dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ketat supaya pedang dua mata itu tidak salah makan, sampai memakan diri sendiri. Dalam budaya Asia, status suami adalah lebih tinggi daripada status isteri. Jurang status ini menjadi bertambah lebih luas dan dalam lagi apabila antara suami dan isteri terdapat perbezaan yang amat ketara pada aspek-aspek seperti pendidikan, jawatan, pendapatan, taraf sosial dan lain-lain seperti itu. Kebanyakan suami isteri adalah terdiri daripada pasangan yang tidak sama tarafnya di mana pencapaian akademik, ekonomi dan sosial suami biasanya adalah lebih tinggi daripada pencapaian isteri. Sebagai contoh, seorang isteri yang berkelulusan sekolah menengah mungkin mempunyai suami yang berkelulusan universiti. Atau seorang suami yang berjawatan timbalan menteri mungkin mempunyai isteri yang bertugas sebagai guru sekolah rendah. Dalam keadaan begini, bagaimanakah caranya yang betul untuk si isteri memuji suaminya? Di sini diturunkan prinsip-prinsip am apabila hendak membuat pujian ke atas. Katakanlah, seorang isteri yang lulus sekolah menengah hendak memuji suaminya yang lulus Ph.D. Pertama-tama jangan memuji suami menggunakan kata-kata pujian yang terang-terangan. Puji-pujian seperti itu menyakitkan hati suami. Perbuatan berani memuji-muji suami yang pencapaiannya akademik dan profesionalnya jauh lebih tinggi menunjukkan si isteri berasa dirinya layak menilai diri suaminya, padahal pencapaian akademik si isteri jauh lebih rendah daripada pencapaian suaminya. Perbuatan itu juga bermakna seolah-olah si isteri tahu apa yang patut dibuat oleh suaminya, dan bagaimana suaminya patut membuat kerja-kerjanya. Bayangkan apa perasaan si Pengarah Projek apabila dirinya dinilai oleh seorang lulusan sekolah menengah, meskipun yang menilai itu ialah isterinya sendiri. Puji-pujian seperti itu adalah "tidak sopan" kerana hanya orang yang lebih pakar sahaja yang layak menilai mutu tugas-tugas profesional seseorang. Jadi, bilakah masanya seorang isteri yng lebih rendah statusnya boleh memuji suaminya? Dalam keadaan begitu, si isteri hanya boleh memuji suaminya dalam bidang di mana si isteri memang memiliki kepakaran yang sudah terbukti sahaja. Katakanlah, si isteri memang pandai membuat mi goreng. Mi gorengnya selalu menerima pujian orang-orang yang berpeluang memakannya. Katakanlah satu hari suaminya pula cuba membuat mi goreng. Di situ baru si isteri boleh memuji mi goreng suaminya (biarpun tak sedap).Pujian seperti itu akan diterima dengan baik oleh si suami. Isteri juga boleh memuji peribadi suaminya, dengan syarat ciri peribadi yang dipujinya itu tidak ada kaitan langsung dengan kelayakannya dan tugas-tugas profesionalnya. Sebagai contoh, suaminya mungkin seorang pengurus besar sebuah hotel. Pada waktu yang sama suaminya seorang yang kuat bersedekah kepada orang buta di mana-mana kaki lima. Di sini isterinya boleh memuji ciri peribadi suaminya itu kerana sifatnya yang suka bersedekah itu tidak ada kaitan langsung dengan tugas-tugasnya sebagai pengurus besar hotel. Katakanlah, suami juga seorang yang pandai menyanyi. Apabila suaminya naik ke pentas menyanyi, maka di situ bolehlah isterinya memuji-muji bakat suaminya. Ini kerana bakat menyanyi bukanlah syarat wajib kejayaan sebagai pengurus besar sebuah hotel. Memuji-muji suami dengan cara-cara yang lembut dan sangat sopan ialah memuji dengan menggunakan bahasa badan. Ramai isteri orang-orang penting yang hadir di dalam majlis di mana suami mereka naik ke pentas dan berucap. Ini adalah kesempatan yang baik untuk memuji-muji suami. Dengarkan ucapannya dengan khusyuk. Apabila setuju dengan apa yang dikatakan oleh suami, angguk-anggukkan kepala. Apabila suami berlucu, ketawalah. Tunjukkan kita seronok mendengar setiap patah kata yang diucapkanoleh suami. Beri tepukan kuat apabila suami tamat berucap. Jangan bimbang, dari atas pentas, semua suami nampak isterinya. Begitu juga apabila berada di meja jamuan. Apabila suami berbual-bual dengan tetamu-tetamu lain di meja, dengar perbualan suami dengan khusyuk. Tetapi jangan masuk campur pula. Walaupun isteri tidak faham hal-hal teknikal yang mereka bualkan, dengarlah suami dengan penuh hati. Itulah cara yang sangat sopan memuji suami yang statusnya jauh lebih tinggi daripada isteri. Bayangkanperasaan lelaki yang apabila bercakap, isterinya sendiri pun tidak berminat mendengar apa yangdipercakapkannya. Satu lagi cara memuji suami dengan cara yang lembut ialah dengan memuji dia di belakangnya dengan harapan orang yang mendengar pujian itu akan menyampaikan pujian itu kepada suaminya. Inilah pujianyang lembut dan sopan. Tetapi ingat, perkara yang dipuji mestilah perkara yang tidak ada kaitan langsung dengan kerjayanya. Ramai isteri takut hendak memuji suami. Mereka takut hendak memuji bahawa suami mereka orang yang lawa, tampan, bergaya dan lain-lain seperti itu. Mereka takut jika suami mereka tahu bahawa mereka lawan dan tampan, nanti mereka akan perasan dan mencari yang lain. Ketakutan seperti ini tidak ada asasnya. Ini kerana lelaki yang lawa dan tampan memang tahu bahawa mereka lawa dan tampan. Begitujuga wanita yang cantik dan jelita. Mereka tahu mereka cantik, walaupun suami mereka tidak pernah memuji kecantikan mereka. Kajian-kajian menunjukkan kita mudah menyukai orang-orang yang memberikan maklum balas positif kepada kita. Puji-pujian ialah sejenis maklum balas positif. Isteri-isteri mestilah banyak memuji suami kerana pujian membuat suami tambah menyukai mereka. Kalau tidak, suami suami akan hanya menerima pujian daripada wanita-wanita lain. Individu-individu yang tampan dan jelita banyak menerima maklum balas positif daripada orang-orang yang berinteraksi dengan mereka. Kehadiran mereka selalu membuat orang menoleh, mencuri pandangdan merenung mereka. Mereka juga selalu menjadi pusat perhatian. Mereka juga selalu menerima pelbagai bentuk pujian akan rupa paras mereka daripada rakan sekerja, kawan-kawan dan orang-orang yang mereka kenal. Wanita sangat suka menerima pujian yang ditujukan kepada rupa paras mereka. Lelaki suka juga menerima pujian seperti itu, tetapi lelaki lebih suka lagi menerima pujian yang ditujukan kepada kepintaran, bakat, kebolehan dan pencapaian mereka. Jika wanita suka diri mereka yang dipuji, lelaki suka jika yang dipuji ialah prestasi mereka, iaitu apa yang mereka berjaya buat. Kebanyakam isteri bertuah mendapat suami yang kelulusannya, jawatannya, pendapatannya dan taraf sosialnya jauh lebih tinggi. Jadi isteri-isteri lelaki seperti itu dapat menumpang tuah suami. Kelulusan, jawatan, pendapatan dan status sosial adalah ukuran prestasi ataupun kejayaan seseorang. Perkara-perkara itu sangat penting bagi nilai diri lelaki. Sebarang pujian yang ditujukan kepada pencapaian mereka akan diterima dengan sangat terbuka oleh lelaki.Prestasi suami membolehkan ramai isteri berpeluang menikmati hidup yang senang dan lumayan, yang kalaulah bukan kerana tuah suami, mungkin atas keupayaannya sendiri mereka tidak akan merasanya. Suami-suami seperti itu tahu bahawa tuah mereka telah dikongsi oleh isteri. Mereka mahukan supaya isteri mereka mengiktiraf apa yang mereka berikan kepada isteri. Pujilah yang itu. Pujian ke atas tuah suami yang dikongsi oleh isteri takkan pernah salah. Ramai isteri tak sanggup hendak memuji-muji prestasi suami walaupun prestasi itulah yang membolehkan mereka menumpang tuah suami. Contoh-contoh pujian seperti di atas terasa merendah-rendahkan diri si isteri sendiri. Itulah sebabnya sukar bagi isteri-isteri untuk mengucapkan penghargaan seperti itu. Namunmesej yang terkandung di dalam ayat-ayat di atas memang ada dalam lubuk hati suami. Memang itulah yang mereka simpan dalam dada mereka sahaja. Apabila si suami mendengar kata-kata itu dari bibir isterinya, dia tahu bahawa isterinya sangat menghargai apa yang diberikan selama ini. Hati suami menjadi suka dan lain kali dia akan memberi lebih lagi. Untuk pencinta kebahagiaan, sekiranya anda mempunyai artikel menarik untuk dikongsi bersama, sila kirimkan kepada [EMAIL PROTECTED] ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>