*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Yang dihormati Abang Is,

Terimakasih atas perhatian Abang Is untuk topik ini. Pemuda bani Tamim 
seorang mujahid (pejuang). Tidak berpeluk tubuh melihat kegawatan umat. 
Kerana itu perjuangannya adalah untuk mengembalikan umat ini ke landasan 
asal iaitu jalan Allah dan rasulNya.
Bagi kita, jika ingin berjuang bersama-sama Pemuda Bani Tamim itu, 
bermulalah dari membaiki diri, bina taqwa. Huraiannya terdapat panjang lebar 
dalam buku Dr. Fauzi itu.
Umat Islam disembelih setelah keimanannya disembelih terlebih dahulu. 
Kembalikanlah keimanan dan ketaqwaan tersebut. InsyaAllah kita kan dibantu 
Allah.
Jalan-jalan untuk mendapat kembali kekuatan tersebut, rahsianya ialah 
mulakan dengan membaiki diri (khususnya dengan membaiki sembahyang lima 
waktu). Hampirkan diri kepada Allah. Bina keimanan. Bina ketaqwaan. Sehingga 
layak untuk mendapat bantuan dari Kerajaan Langit. Setelah itu binalah 
perpaduan. (lihat huraian dalam bab Perpaduan). Setelah segalanya itu kita 
bina, satu faktor yang tidak dapat tidak ialah pemimpin. Siapa yang bakal 
memimpin kita kemercu kejayaan dan ketaqwaan tersebut.
Bagi umat yang masih hidup kini, yang melihat berbagai-bagai bencana menimpa 
umat Islam (telah diberitahu oleh Rasulullah SAW), hendaklah kembali melihat 
panduannya melalui Sabda Rasulullah SAW itu.
Ingat, kini bukan masa untuk menunggu Pemuda Bani Tamim itu tetapi adalah 
masa untuk mencarinya dan bergabung dengan perjuangannya.
Panduan untuk mengenalinya akan anda dapati jika mengikuti dengan hati dan 
jiwa yang terbuka setiap artikel Pemuda Bani Tamim ini.

Sekian, ampun maaf khususnya kepada Abang Is dan para netters sekalian.

Wassalam,

Arjuna Armada


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke