*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setelah membaca bab Mukadimah dari buku Kesan Selepas
Perhimpunan, di sini saya petik bab ke-5 dari buku
tersebut iaitu bab Pandangan Ahli-ahli Kerohanian.
Semuga ada kemanfatan bagi yg tajam fikiran.  

Pandangan Ahli-ahli Kerohanian

Saya rasa amat perlu memasukkan pandangan org-org
kerohanian dlm menghadapi krisis politik UMNO
sekarang. Pada saya, pandangan org-org kerohanian
mesti diambil kira justeru pengamatan mereka lebih
bersifat tersirat. Mereka melihat sesuatu dari mata
hati, bukan sekadar mata kepala. Pandangan-pandangan
mereka lebih tajam dan tepat w/pun ada masanya
pandangan mereka dikira melawan arus pandangan popular
dlm masyarakat.

Hati org-org kerohanian lebih bersih hasil
perdampingan dgn Tuhan. Antara mereka ada yg
dikurniakan Allah dgn mukasyafah, ada yg mendapat
firasat. Tidak kurang juga yg mendpt ilham, hatif atau
mimpi-mimpi mubasyarah. Mengenai ini, Rasulullah saw
sendiri bersabda:

“Takutilah firasat org mukmin kerana mereka melihat
dgn cahaya Allah”

Menyedari hakikat ini saya cuba mendpt pandangan
org-org kerohanian mengenai kes Brother Anwar - En
Ghafar ini. Antara mereka yg saya ambil pandangannya
ialah Tabib Mokhtaruddin dan Hj Wan Mokhtar Hj Tahir.
Mereka berdua disamping org kerohanian, mempunyai
hubungan rapat dgn org-org politik.

Bukan setakat mereka berdua shj malah ramai lagi
org-org kerohanian yg mendpt isyarat kerohanian
mengenai krisis UMNO terkini. Tetapi ramai diantara
mereka yg tidak mahu namanya disebutkan. Hal-hal
begitu memang sudah lumrah bagi org kerohanian. Mereka
adalah manusia yg tidak suka publisiti.

Apa pandangan org kerohanian dlm krisis UMNO sekarang?
Mengikut pandangan mereka, En Ghafar akan sempat
menjadi PM w/pun sekejap.

Dlm pertemuan antara wakil penulis dgn Tabib
Mokhtaruddin di rumahnya, beliau mengulangi ramalannya
bhw En Ghafar akan menang. “Menang’ di sini tentulah
tidak bermaksud memenangi pertandingan mempertahankan
jawatan Timb Presiden UMNO kerana En Ghafar telah
menarik diri. Yg jelas Tabib Mokhtaruddin meramalkan
En Ghafar akan jadi PM.

Sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya merebut
jawatan Timb Presiden dan kelihatannya sedang menempuh
‘line’ menuju jawatan PM, tetapi insyaallah En Ghafar
masih berpeluang menjadi PM. Bagi org-org kerohanian
ini, walau apa pun tindakan En Ghafar menjelang
ataupun selepas perhimpunan ini, kerusi PM insyaallah
tetap miliknya. 

Mereka ini nampaknya begitu yakin w/pun dari segi
lojik, hal seumpama itu seolah-olah mustahil berlaku.
Tetapi jika pandangan ini tepat, tidak syak lagi ia
adalah ilham drp Allah swt. Namun ia bukan wahyu
sebagaimana yg diturunkan kpd nabi atau rasul melalui
perantaraan Jibrail, ttp adalah rasa hati yg
dicampakkan kpd hati-hati yg bersih. Mereka yg
mendptnya terdiri drp wali-wali Allah atau
setidak-tidaknya org-org yg soleh.

snipped

Di Malaysia kini, menurut org-org kerohanian lagi, sdg
berlaku satu prosesdi mana mereka yg dulunya begitu
ghairah dgn Islam telah bertukar menjadi penentangnya.
Inilah balasan Allah atas kesombongan mereka sewaktu
mengecam pihak-pihak yg mereka cap tidal Islamik
dahulu.

Sebaliknya mereka yg dulunya bergelumang dgn dosa mula
insaf dan ingin bertaubat. Mereka yg berdosa ini sudah
terlalu ketinggalan oleh arus kebangkitan Islam.
Mereka ini rasa menyesal, bersalah dan akhirnya buat
keputusan nekad utk kembali kepangkal jalan.

“Kejahatan yg membuat kamu sedih lebih baik drp
kebaikan yg membuat kamu takbur”

Kasih sayang Allah akan segera beralih drp mereka yg
lalai dan tak merasa berdosa, kpd mereka yg kini ingin
taubat dan selalu merasa berdosa.

Atas dasar inilah mengikut pandangan kerohanian,
sesuatu yg mencarik adat akan berlaku selari dgn
proses di atas. Ada pihak merasakan Brother Anwar
Ibrahim yg suatu ketika dahulu pernah membawa imej
Islam dlm kepemimpinannya, nampaknya sudah tidak
istiqamah dan serius lagi utk terus mendaulatkan Islam
hingga ke hujung. Tetapi anehnya, ada pula pihak yg
merasakan En Ghafar yg dulunya biasa-biasa saja dgn
kebangkitan Islam, kini sudah mula menunjukkan
tanda-tanda perubahan ke arah Islam.

Snipped

Ini menguatkan pandangan org-org kerohanian bhw En
Ghafar akan terpilih juga menjadi Pm w/pun pada
lahirnya jln-jln ke arah itu sudah begitu sukar dan En
Ghafar sendiri sudah meletakkan jawatan sbgi Timb PM.
Sayangnya saya sendiri tidak tahu apakah kayu ukur
sebenar org-org kerohanian dlm hal ini.

Tetapi apa yg pasti, tidak ada yg mustahil jika Allah
kehendaki. Kuasa Allah adalah mutlak. Jika Dia hendak
melakukan sesuatu, cukup hanya dgn berkata, “Kun fa
yakun ... Jadi maka jadilah!”.




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke