*** There is an attachment in this mail. ***

==
Laman Jiwa Merdeka http://beras.tripod.com
---------------------------------------------
Banner Kebajikan : http://pemantau.tripod.com/artikel/16Feb2000derma.html



_____________________________________________________________
Email Powered by Everyone.net



Cinta Antara Benua : (Sastera moden)
===================

Sudin memang sudah kenal pada Saodah, mereka telah berkawan sejak di
bangku persekolahan lagi. Akibat daripada tertukar buku  semasa
Form 1, membuat mereka kenal mengenal, dan akhirnya menjadi kawan 
yang amat rapat. Atas sikap malas Sudin, dia selalu meniru homework drpd
Saodah. Namun mereka hanya kawan biasa sahaja.

Setelah tamat SPM, Saodah lulus dengan cemerlang dan dapat melanjutkan
pengajiannya ke UiTM (ketika itu ITM). Akan tetapi Sudin menerima nasib
yang kurang baik apabila dia gagal dalam Bahasa Melayu. Sudin tidak putus
asa, terus cuba mengambil paper Julai sehingga 3 kali, namun masih gagal.
Sudin hanya mampu bekerja sebagai atanden pas di satu stesyen minyak.

Saodah yang berada di perantauan, masih tidak lupakan Sudin yang berada 
di kampung , masih berikteraksi menggunakan 'snail mail'. Saodah yang
mendorong Sudin agar menghafal Kamus Dewan itu, mudah mudahan lulus lah
paper Julai Sudin yang akan datang. Sudin akhirnya lulus paper julai
dengan hanya menghafal suku daripada Kamus Dewan.

Masa berlalu, Saodah pun mendapatkan Ijazahnya sebulan selepas Sudin
lulus paper julainya. Saodah balik terus berjumpa Sudin dan mengucapkan
tahniah. begitu juga Sudin, sempat mengucapkan Tahniah kepada Saodah atas
kejayaannya yang jauh lebih tinggi daripad Sudin.

Sejak daripada itu, Sudin kerap bertemu Saodah dan akhirnya secara tidak
sengaja, bibit bibit percintaan timbul antara Saodah dan Sudin.
Sudin merasakan hanya saodah lah satu satunya watak perempuan dalam 
cerpen ini. Saodah pun merasa sebegitu. Di atas kegagalan penulis cerpen
untuk mewujudkan watak lain, percintaan mereka kini berada ketaap serious.

Sudin cuba melamar Saodah.
"Saodah, Sudah 9 kali bumi mengengelilingi sang mentari"
"Apa maksudmu Sudin? Nak jadi ahli astronomi kah?"
"Bukan begitu Saodah, maksud Sudin, Kita sudah kenal selama 9 tahun.."
"Oh  tahun rupanya, maafkan Saodah ye, saodah mengira tahun mengikut
 pusingan bulan, kalender hijri.. "
"What ever lah pun, Saodah oi, Anyway kita sudah lama kenal .."
"ye la sudin, kan tadi dah cakap"
"Jangan la potong cakap org!!" tegas sudin
"OK OK , mahap"
"Gini Saodah, Kita dah lama kenal, so Jom Kawin"
"Oooo baru sekarang ni nak cakap, OK, tak jadi masalah , cuba tanya Ayah
saya Ok?" kata saodah.

Maka Sudin pun cuba meminang Saodah, Namun Cubaan Sudin Gagal kali ini,
Pinangannya ditolak. Ayah Saodah meletakkan harga yang terlampau tinggi
sehingga tidak mampu dibiayai oleh Sudin.

Sudin sedih, membawa diri .. 
"Saodah, Jangan kau tanya kemana ku pergi"

Oleh kerana kewangan Sudin yang tak seberapa , Sudin hanya merantau ke
Serdang tumpang lori Surat Khabar.

Sudin mula menceburi bidang perniagaan, perniagaan nya lingkup.
Sudin cuba perniagaan berasakan internet. Berbekalkan business plan
yang bermodelkan Amazon.com , Perniagaan sudin berjaya. 
(business plan sudin adalah rahsia. please justify why you want to 
know Sudin's Business plan.)

Sudin tidak melupai Saodah yang selama ini berjasa mendorongnya
ke mercu kejayaan. Saodah dan Sudin kini sering berutus menggunakan email.
Dalam sehari lebih kurang 30 pucuk email dihantar oleh Sudin kepada
Saodah. Sudin ingin meminang kembali Saodah.

Kali ini, walaupun setelah malu pinangan sudin ditolak sebelum ini,
ini Sudin ingin menggunakan pendekatan baru untuk meminang Saodah.
Dengan cara ini, Sudin tidak perlulah bersua muka dengan ayah Saodah.

"Apa Pendekatan baru tu?" tanya saodah dlm email 1 barisnya kepada sudin
"Saodah, Nak pinang you guna email boleh tak?" balas Sudin.
"erk , email ?"  balas saodah (dlm email)
"Ye la, guna email, Sudin tak payah jumpa ayah you"
"tapi ... Ayah takde email account" .. balas saodah
Sudin dengan selambanya menulis ...
"oo kalau begitu ..
 Ayah Saodah boleh dapatkan  email percuma @ikhlas.com di 
 http://ikhlas.com , 6Mb ie. [EMAIL PROTECTED]"

Setelah Ayah Saodah mendapatkan email @ikhlas.com , Sudin berjaya 
meminang saodah dan akhirnya mendirikan rumah tangga dan hidup aman damai.


nota : email @ikhlas.com - mengeratkan Silaturrahim.


Hasbullah Pit Abdul Rahman - sebol (ikhlas.com)
http://ikhlas.com  http://dmoz.org/Bookmarks/S/sebol/
________________________________________________________________
Saodah, Cucu Tok Seman Ngoknget , rumah tepi sungai tu .
Sekarang ni sudah ada email secara percuma , [EMAIL PROTECTED] . 
Awak bila lagi ?               http://ikhlas.com






Kirim email ke