*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum Sdri. Zaidah,

Apa istimewa nya Islam ini ? Satu persoalan yang saya
kira boleh menggugat keimanan seseorang yang tipis
pengetahuan tentang Islam.

Ketahuilah Saudari Zaidah, Allah s.w.t adalah Pencipta
Alam dan segala isinya. Sudah tentulah Allah s.w.t
dengan sifat rahmatNya akan mengajar hamba Nya
bagaimana untuk hidup di-alam ciptaan Nya tanpa
membiarkan hambaNya terumbang-ambing. Maka Al Quran
serta Sunnah adalah panduan dalam menempuhi kehidupan
di dunia ini. Oleh itu hendaklah kita yakin bahawa
segala yang diajar oleh Allah s.w.t melalui Rasul Nya
adalah untuk kebaikan hamba Nya juga. Sebagai contoh,
apabila sesebuah kilang itu membuat suatu peralatan
e.g mesin basuh, sudah tentu si-pembuat mesin basuh
itu akan menyediakan satu buku panduan untuk
penggunanya dalam cara untuk menggunakan mesin basuh
itu. Adalah satu kebodohan bagi si pembuat mesin basuh

membiarkan pengguna mesin itu meraba-raba atau
terpinga-pinga tidak tahu untuk menggunakannya.
Begitu jugalah Allah s.w.t yang Maha Bijaksana.

Kembali kepada persoalan saudari.Apa yang saudari
persoalkan boleh diklasifikasikan sebagai masaalah
Feqah.Pertama-tama hendaklah kita ketahui segala
hukum-hakam dan perundangan dalam Islam tidak bersifat
menindas. Sebagaimana yang saudari katakan didalam
Islam ini banyak sangat sekatan. Mengapa jadi begini ?
Untuk pengetahuan saudari, sekatan ini lah yang
membezakan antara manusia dan haiwan. Sesungguhnya
Allah s.w.t telah menjadikan manusia sebagai
sebaik-baik kejadian sudah tentu berbeza dengan haiwan
yang bebas tanpa apa-apa sekatan dan pantang larang.

Cuba kita lihat di barat yang mengamalkan kebebasan
didalam segala hal. Apa jadi kepada mereka ? Bukan kah

banyak permasaalahan sosial dan jenayah berlaku dan
amat sukar bagi mereka untuk membendung nya ?
Cuba kita lihat pula sistem ekonomi mereka yang
senantiasa menindas dan sistem perundangan mereka yang
selalu menganiaya manusia. Mengapa jadi begini kpd.
mereka ? Ini adalah kerana mereka telah melanggar
peraturan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
Seperti mana si pengguna mesin basuh tadi menggunakan
mesin basuh tanpa merujuk kepada buku panduan sudah
pasti akan berlaku kerosakkan kepada mesin basuh itu.

Kembali kepada Islam, Islam adalah suatu cara hidup
atau " a way of life " dan bukan "religion"
sebagaimana yang difahami oleh barat. "Religion "
hanyalah mencakupi persoalan spiritual semata-mata
walhal Islam lebih dari itu.

Ketahuilah saudari setiap sekatan dalam Islam itu ada
kebaikan disebaliknya dan saudari hanya perlu
menyelidiki sedalam yang mungkin untuk memahaminya.

Sebagai contoh : 1).Mengapa wanita Islam diwajibkan
menutup aurat ? ( Persoalan ini pernah ditujukan oleh
seorang rakan saya yang kuat berpegang dgn. ugama
Kristian ).Sebagaimana yang diketahui umum, kaum
lelaki mudah ghairah apabila melihat aurat wanita.
Jadi untuk mengelakkan berlaku perkara-perkara yang
tidak baik maka Islam telah mewajibkan wanita menutup
aurat. Mungkin ada sesetengah lelaki berkata, bagi aku
membuka aurat bagi wanita itu tidak menimbulkan
ghairah bagi nya.Ini mungkin betul tetapi hanya bagi
dirinya seorang sahaja dan bukan untuk majoriti
lelaki.
2).Mengapa orang Islam kena sembahyang lima waktu ?
   Inilah yang membezakan antara Islam dan bukan Islam
 dimana orang Islam berhubung dengan Tuhannya lima
kali dalam sehari walhal orang kafir hanya sekali
seminggu atau kurang dari itu. Bukan kah orang yang
sentiasa atau kerap berhubung dengan Tuhan nya lebih
mantap dan teguh jiwa nya ? Perhatikanlah kes bunuh
diri amat kurang di kalangan orang Islam berbanding
dengan orang kafir.

3). Mengapa orang Islam kena berpuasa ?
  Puasa adalah satu ibadah dan disebalik itu ia
mempunyai banyak hikmah dan kebaikan. Pernah suatu
ketika dahulu saya dihantar oleh majikan saya untuk
mengikuti suatu kursus yang bercorak menguji ketahanan
fizikal dan mental iaitu kami di suruh untuk memasuki
hutan rimba tanpa membawa apa-apa makanan dan minuman.
Saya lihat orang-orang bukan Islam begitu takut dengan
kelaparan. Malah mereka telah secara sembunyi membawa
makanan serta minuman memasuki hutan itu dan ini telah
diketahui oleh jurulatih kami dan telah merampas
makanan dan minuman mereka ini membuatkan mereka gabra
dan panik. Manakala orang Islam pula saya lihat begitu
tenang sekali dan tidak risau langsung akan kelaparan.
Disinilah ketahanan orang Islam berbanding dengan
orang kafir yang bertuhankan perut semata-mata.
Jika saudari banyak bergaul dengan orang kafir nescaya
saudari akan faham apa yang saya cuba terangkan ini.

Begitulah serba sedikit yang dapat saya terangkan akan

keistimewaan Islam ini dan malahan banyak lagi cuma
laman web ini tidak mengizinkan saya berbuat demikian.
Disini ingin saya nasihatkan agar saudari menyelami
ilmu Islam ini sedalam-dalam yang mungkin.

Di akhirnya, ketahuilah Islam ini bagaikan lautan yang
tiada berdasar dan tiada berpantai.

Wassalm.

--- zaidah mohd <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Apa istimewanya Islam.
> 
> 
> Ingin sekali saya mengajukan soalan apakah
> istimewanya islam ? kita lihat 
> didalam islam banyak sekatan
> Kalau anda seorang wanita anda terpaksa menutup
> aurat , ada sekatan dalam 
> waktu kena sembahyang lima waktu bulan berpuasa kena
> pula berpuasa berlapar 
> perut dan berdahaga seharian.
> 
> Apa komen anda tentang orang islam.
> 
> Soalan diajukan kepada saya oleh seseorang buat masa
> ini saya sedang mencari 
> jawapan yang paling aidil dimana saya boleh
> mematahkan segala persoalan 
> berkenaan dengan senang.
> 
>
______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at
> http://www.hotmail.com
> 
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "zaidah mohd" <[EMAIL PROTECTED]>
> 
_________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.com address at http://mail.yahoo.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: nukman naufal <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke