*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anas bin Malik ra berkata: "Sewaktu kami 
bersama-sama Rasulullah SAW berada di Tabuk,
maka terbitlah matahari yang mana cahayanya belum
pernah terlihat seperti  itu sebelumnya.
Jauhnya  cahaya itu dari Rasulullah SAW dengan
kota Madinah ialah sebulan perjalanan.  Maka
pada suatu hari terbitlah matahari dalam keadaan
redup, dan turun malaikatJibril as.

Apabila melihat kedatangan Jibrail as maka Rasulullah
SAW pun bertanya:
;Wahai Jibril, kenapa matahari hari initerbit dalam
keadaan redup?
Berkata malaikat Jibril as:Matahari hari ini; nampak
seperti redup adalah kerana terlampau banyak-
nya sayap para malaikat. Berkata Rasulullah SAW:
Apakah halnya maka terjadi demikian? Berkata Jibril as
;Ini adalah kerana Mu'awiyah; meninggal dunia di
Madinah, Allah SWT telah mengutus seramai 70,000
malaikat supaya membaca selawat untuk Mu'awiyah.
Berkata Rasulullah SAW: ;Apa sebabnya?; Berkata Jibril
as:Ini adalah kerana Mu'awiyah itu selalu
banyak membacaQul huwallaahu Ahad; di waktu malam, di
waktu siang,sewaktu berjalan, sewaktuberdiri, sewaktu
duduk, waktu pergi waktu balik bahkan setiap keadaan.

Berkata Jibril as:Ya Rasulullah SAW, mahukah kamu; aku
menggenggam bumi ini  supaya bumi ini
membaca selawat untuk Mu'awiyah?"; Bersabda
Rasulullah SAW:"Ya Jibril,

teruskan. Setelah mendapat perintah dari Rasulullah
SAW; Jibril as pun; memukul kedua belah sayapnya pada
bumi sehingga bumi& menjadi sempit.

Kemudian diangkatnya sehingga Rasulullah SAW dapat
melihat di belakangnya diiringi oleh malaikat

yang berbaris-baris, setiap satu baris itu ada 70,000
para malaikat.

Setelah itu Rasulullah SAW pun mengerjakan solat untuk
Mu'awiyah.
Surah Al-Ikhlas memang banyak kelebihannya, sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud :Barangsiapa
membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka
dia tidak akan membusuk didalam kuburnya, akan selamat
dia dari kesempitan kubur.Dan para malaikat akan
membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
shiratul mustaqim dan menuju ke syurga.(Demikian
diterangkan dalam Tadzkiratil Qurthuby)

SURAH AL-IKHLAS TERTULIS DI SAYAP PARA MALAIKAT

Berkata Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:Ketika saya(Rasulullah SAW) berisrak ke
langit,
maka saya telah melihat Arsy di atas 360,000 sendi dan
jarak jauh antara
satu sendi ke satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat
padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat
yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas(Qul huwallaahu
ahad). Sabda Rasulullah SAW lagi:Setelah mereka
selesai
membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai
Tuhan kami, sesungguhnya pahala  dari bacaan kami
ini
kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas
baik ianya lelaki mahupun perempuan.;Apabila para
sahabat mendengar keterangan dari Rasulullah SAW maka
mereka sangat kagum.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi:Wahai para
sahabatku, apakah kamu semua kagum? Berkata para
sahabat:Ya, kami sungguh kagum Ya Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bersabda:"Demi Allah yang jiwaku
<br>
ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu ahadun itu
tertulis di sayap malaikat Jibril; as ;Allahush Shomad
itu
<br>
tertulis di sayap malaikat Mikail as, ;Lamyalidwalam
yuuladtertulis
<br>
pada sayap malaikat Izrail as, ;Walam yakun
<br>
lahu& kufuwan ahadun tertulis pada sayap Israfil as.

Oleh itu, barang siapa dari umatku membaca surat
Al-Ikhlas maka dia diberi
pahala membaca kitab Taurad, Injil,

Zabur dan Al-Quran yang agung. Setelah Rasulullah SAW
berkata demikian maka baginda bersabda lagi :
;Wahai para sahabatku, apakah kamu semuakagum?; Maka
berkata parasahabat:;Ya Rasulullah SAW, kami

semua kagum.
Lalu Rasulullah SAW bersabda:Demi Allah yangjiwaku di
tanganNya, sungguh Qul huwallahu ahadun itu tertulis
ditanganya. Abu Bakar Ash-Sidiq, Allahush Shomad itu
tertulis di dahi UmarAl Faaruq, Lamyalid walam yuulad
itu tertulis di dahi Ustman Dzan Nuuraini; dan&nbsp;
Walam yakun lahu kufuwan Ahadun itu tertulis di dahi
Ali Assakhiyyi ra.
Oleh itu sesiapa; yang membaca surah Al-Ikhlas maka
diberi oleh Allah SWT
pahala AbuBakar, Umar, Utsman
dan Ali ra.&nbsp; (Hayatun Quluubi)


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: zul shu <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke