*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenapa dipertahankan sangat perniagaan babi tu? Apa
faedahnya? Bangga sangat dgn warisan penjajah ke?
Apakah kerajaan kelantan sudah maksum sehingga tidak
boleh diajar, diargue dan ditegur?

Apakah Siti Zawiyah faham dgn hukum syariat dlm hal
ini? Ikuti sekali lagi artikel ini yg pernah keluar di
dlm majalah 'Pas' dulu.

Hukum Memelihara Babi
Bersama ini disertakan sebuah artikel yang dipetik
dari Majalah Dunia Islam Edisi September, 1995
Penerbit: Penerbitan Zin Mahmud


Karya: Dr. Salih Karim 
Di fakulti-fakulti Kedoktoran Haiwan, para mahasisawa
biasanya mempelajari pelbagai masalah yang berkaiatan
dengan pembedahan, pemeliharaan, pengubatan dan
perawatan babi. Pelajaran yang berkedok "penelitian
ilmiah" ini kebanyakkanya dilakukan di
Universiti-universiti di Negara Muslim. Mereka dipaksa
melakukan eksperimen dan penelitian di kandang-kandang
babi.Bagaimanakah hukum Islam mengenai penelitian
teoritis dan praktik seperti ini?.Bagaimanakah hukum
pemanfaatan tulang babi, lemaknya, rambutnya, kulitnya
dan urat-uratnya; halal ataukah haram?.

Untuk menjawab pertanyaan ini , sebaiknya kita
mengetahui terlebih dahulu mengenai sifat-sifat
makanan dan perangai babi. BInatang yang bermuncung
mulutnya ini adalah spesis haiwan yang paling kotor.
Hidupnya selalu berada di dalam lingkungan busuk,
najis dan sarang penyakit. Selain gemar makan bangkai
tikus, ular ataupun ulat berbisa dan bangkai-bangkai
busuk lainya, babi juga makan kotoran binatang.
Walaupun babi makan rumput dan dedaunan, tetapi sering
makan kotoran dan bangkai. Kerana itulah babi tidak
disuaki dan menjijikan bagi manusia yang berperasaan
sihat dan normal.

Adalah sebesar-besar rahmat dan kurnia mengapa sejak
dahulu Allah SWT mengharamkan ummat Islam makan babi.
Allah menciptakan babi bukan untuk dijadikan makanan,
dan tidak pula ia dijadikan sumber tenaga ataupun
keperluan lainya. KIta sebenarnya tidak terlalu
berkepentingan mengetahui manfaat ataupun faedah babi
samada dari segi pemeliharaan , penelitian ilmiah,
keperluan pengubatan, industri dan lain-lain. Sebab
hukum syara' jelas menetapkan keharaman babi-
dagingya, tulangnya, kulitnya dan seluruh badan.

Di Negara-negara Barat, babi banyak digunakan sebgai
bahan dalam industri makanan, ubat-ubatan dan alat
kecantikan. gelatin misalnya, dibuat dari kulit,
jaringan otot, tulang rawan dan tulang binatang,
termasuk babi. lemak babi juga banyak digunakn dalam
pembuatan biskut, manisan, agar-agar dan lain-lain.
lemak babi digunakan juga dalam pembuatan sabun, cat
rambut, ubat gigi dan sebagainya. Apakah semuanya itu
haram atau halalkah?.Dengan kata lain, apakah
pengharaman babi terhadap dagingnya sahaja ataukah
meliputi segala sesuatu berasal dari babi?.Aapakah
penelitian ilmiah dengan menjadikan babi sebagai objek
juga haram?.Apakah kotoran babi boleh digunakan untuk
baja?.

Inilah yang perlu, dijelaskan berdasarkan petunjuk
Allah dan Rasul agar keharamanya tidak menimbulkan
sebarang keraguan di kalangan kaum Muslimin. Dengan
itu pula ummat Islam tidak menjadi korban penyesatan
oleh syarikat-syarikat atau perusahaan yang
memproduksi bahan-bahan makanan, kimia dan
seumpamanya. Masalah halal dan haram sama sekali tidak
menjadi perhatian perusahaan, terutamanya
syarikat-syarikat gergasi yang dikuasai non-muslim dan
orang asing, yang dikendalikan oleh yahudi dan
Nasarani, terutamanya di negara-negara Barat.
Perhatian mereka hanya dicurahkan pada produksi.
semata-mata dan menyebarkan kemerata dunia dengan
mengaut keuntungan yang sebanyak-banyaknya. sasaran
mereka terutamanya adalah ummat Islam.

Kaum Muslimin wajib mengetahui dengan pasti bahawa
barang-barang kegunaan sehari-hari, seperti maknan
dalam tin, ubat-ubatan, sabun dan sebagainya khasnya
yang diimport dari luar- benar-benar tidak mengandungi
campuran lemak atau bahagian-bahagian babi lainnya.
Sebahagian besar kaum Muslimin tidak mengetahui secara
terperinci dan detail mengenai hukum syara' berkenan
dengan babi. Pada umumnya mereka hanya mengetahui
makan babi itu haram. Kerana itulah mahasisawa ,
pelajar, pedagang dan ummat Islam perlu dideahkan
dengan lebih lengkap berkenaan dengan unsur-unsur babi
dalam segala aspeknya agar mereka tidak menyimpang
dari kebenaran dan mudah diperdayakan oleh
dakyah-dakyah ilimiah para inteletual Muslimain yang
membolehkan babi dalam beberapa bahagian dan aspek
tertentu.

Para cendiakawan Islam dengan cemerlang telah
menemukan Ilmu haiwan( zoologi) jauh sebelum para
ilmuwan Barat menemukanya. Ibnu Sina misalnya telah
menulis buku al Wafa yang menerangkan pelbagai jenis
binatang, termasuk unggas ( burung) dan babi.
Al-Jahidz adalah seorang ilmuwan yang paling
termashyur, menulis buku Al- Hayawan, iatu
ensiklopedia, ilmu pertama yang membahaskan himpunan
ilmu haiwan.

Al-Qawiniy di dalam bukunya yang berjudul Aja'ibul
Makhluqat Wa Gahara'ibul Maujudat menulis satu bab
khusus yang membicarakan sifat-sifat lahiriah babi.
Katanya, babi adalah binatang paling buruk. ia
mempunyai dua buah taring untuk melawan musuhnya. Di
saat berahinya sedang bergejolak, ia memperlihatkan
sikap permusuhan kepada betinanya. Di saat bersetubuh,
lama ia berada di atas betinanya, seperti lalat. Babi
makan ular denagn lahap. Bisa Ular sama sekali tidak
berpengaruh baginya.

Mengenai sifat babi, Syaikh Kamaluddin Al Damiriy
dalam bukunya, Kitabul Hayawan Al Kubra mengatakan,
babi mempunyai sifat kembar antara binatang buas dan
jinak. Binatang ini mempunyai syahwat yang amat kuat,
hingga pada saat ia bersetubuh sanggup berjalan
bermil-mil jauhnya. Babi jantan akan mengejar babi
betina dengankasar hingga terjadi pergaduhan yang
mungkin mematikan salah satu atau kedua-duanya.

Berbicara tentang keanehan sifat babi, Syaikh
Kamaluddin mengatakan " Yang menghairankan jika sbelah
matanya dicungkil ia segera mati". Penelitian dan
studi oleh cendikiawan Islam zaman lampau mengenai
babi menujukkan betapa berbahayanya daging yang telah
diharamkan oleh Allah SWT. Pada abad=abad yang lalu
manusia telah dapat mengetahui bahawa pada daging
babi, darah dan susunya terdapat jenis cacing dan
telur yang amat berbahaya. daging babi dapat
menularkan penyakit terkhina yang belum dapat
ditemukan ubatnya. daging babi juga memindahkan
kuman-kuman busuk dan paratyhpus yang menyebabkan
demam disertai infeksi berat dalam saluran pencernaan
yang dapat mengakibatkan, kematian dalam beberpa jam.
(Lihat majalah Al Manar Jilid 6, hal 302-306).

Hasil-hasil studi menunjukkan bahawa daging babi sukar
dicerna kerana serabut-serabut uratnya penuh dengan
sel-sel lemak yang jumlahnya melebihi sel-sel lemak
yang terdapat pada daging lembu, kambing dan unta.
Jaringan serabut lemak itu merintangi pekerjaan enzim
di lambung. Akibatnya sangat melelahkan lambung,
mempersulit pencernaan dan membuat orang yang
memakannya merasakan sesuatu yang berat di dalm
perutnya hingga mengakibatkan sakit perut, mencirit.

Banyak hikmah mengapa Allah SWT mengharamkan babi,.
Firmanya " kamu diharamkan ( makan) bangkai, darah,
daging babi, daging haiwan) yang disembelih selain
dari nama Allah... ( Al- Maidah)

Nas tersebut bukan sahaja mengharamkan makan babi,
tetapi juga berternak dan memperdagangkannya. ertinya
segala perbuatan yang berkaitan dengan babi, mulai
dari berternak, mengembang biaknya, memperdagangkannya
dan sebagainya adalah haram.

Di masa pemerintahan Umar bin Kahatab (r.a) beliau
pernah mengirim surat kepada para Gabenornya diantara
lain:-

Jangan ada seeskor babi yang berdekatan dengan kamu,
jangan ada orang-orang Nasarani di kalangam kamu yang
yang menegakkan salib-salibnya, dan jangan menghadiri
jamuan makan di adalamnya ada orang minum arak .
Berlatihlah ketangkasan berkuda dan berlajarlah
memanah.

Semua yang diperintahkan oleh Kahlifah Umar itu
disepakati oleh para sahabat. Mereka sebulat suara
mengharamkan penternakan babi, dan tidak membolehkan
seseorang Muslim atau Dzimmi memelihara babi di Negara
Islam. Bahkan Khalifah Umar memerintahkan membunuh
babi di mana sahaja ditemukan- digurun sahara, di
dalam perkampungan Muslim mahupun perkampungan dzimmi.
Pada masa itu khalifah Umar telah mengadakan
perjanjian dengan penduduk Al-Jazirah (kaum nasrani di
Syam) bahawa mereka tidak akan memelihara babi di
perkampungan kaum Muslimin dan tidak memperjual
belikan arak. Perjanjian tersebut bererti kaum kafir
tidak boleh memelihara babi di negara Muslim, atau di
dalam kawasan penduduk Muslim.

Ibnu Abbas berpendapat bahawa orang-orang kafir
dilarang memelihara dan memperjualbelikan babi. Sebuah
riwayat yang berasal dari ibnu Abbas menjelaskan,
ketika ia ditanya orang ajam ( bukan Arab dan bukan
Muslim), apakah mereka boleh membangunkan biara dan
gereja di kawasan kaum Muslimin?. Ibnu Abbas menjawab
' Di kawasan yang dibangun oleh orang-orang Arab
(Islam) mereka (yakni orang-orang ahli kitab) tidak
dibolehkan membangun biara atau gereja, tidak boleh
memukul genta, tidak boleh memperlihatkan arak dan
tidak boleh memelihara babi".

Ibnu Abbas berpendapat orang-orang kafir yang tinggal
di kawasan kaum Muslimin dilarang memelihara babi.
Pendapat Ibnu Abbas ini sesuai dengan keputusan
Khalifah Umar. sejak saaat itu semua sahabat Nabi
sepakat mengenai larangan bagi orang kafir memelihara
babi di Negara Muslim. Langkah tersebut kemudian
menjadi ketentuan hukum yang mereka tetapkan atas
dasar "ijma" (kesepakatan sahabat) . Mereka tidak akan
sepakat atas suatu hukum kecuali setelah mereka
mengetahui adanya dalil syari'iy yang berasal dari
ucapan, perbuatan atau keputusan Rasululullah SAW yang
mereka jadikan isnad ( sandaran). dengan itu
kesepakatan para sahabat menjadi dalil syari'iy sebab
bersumber pada suatu dalil, bukan semata-mata menurut
pendapat mereka.

Jelaslah bahawa memelihara babi diharamkan bagi kaum
Muslimin, Nasarani, yahudi, musyirikin mahupun ateis,
yang masuk dan menetap di dalam negara ummat Islam.

Lemak Babi
Jabir (r.a) mendengar Rasululullah SAW bersabda "
Allah mengharamkan penjualan ( dan pembelian ) arak,
bangkai dan babi". Seorang sahabat bertanya " Ya
Rasululullah, bagaimanakah lemak babi?. Lemak babi
dapat digunakan untuk mengecat perahu, menghaluskan
kulit dan sebagai alat penerang( pelita)?. Nabi
menjawab " Tidak, ia tetap haram", kemudian baginda
melanjutkan, " Allah mengutuk orang-orang Yahudi.
Allah mengharamkan mereka makan lemak babi, tetapi
mereka mengumpulkanya lalu menjualnya dan makan
harganya( hasilnya).
Bukhari, Muslim dan Ashabus Sunan)

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawasanya Rasulululah SAW
bersabda " Allah mengutuk orang-orang Yahudi, mereka
diharamkan makan lemak babi, tetapi mereka menjualnya
dan makan harganya. Sesungguhnya bila Allah telah
mengharamkan suatu kaum makan sesuatu, maka diharamkan
juga makan harganya(hasilnya).
( Ahmad bin Hambal dan Abu Daud)

Berdasarkan Hadis tersebut Imam Syaukani memfatwakan "
Sesuatu yang diharamkan Allah bagi hamba-hambanya,
maka sesuatu itu diharamkan penjualanya dan diharamkan
harganya" ( Nailul Authar. jilid V, hal. 162)

Ketentuan hukum tersebut tidak khusus hanya berlaku
bagi seorang Muslim, tetapi berlaku juga bagi kafir
dzimmi yang tinggal di Negara Muslim, kerana
menyatakan perjanjian pembayaran jizyah- Ia telah
menyatakan tunduk kepada hukum Islam. Apabila ia
menjual atau memperdagangkan babi maka gugurlah haknya
untuk mendapat perlindungan dari pemerintah Islam.

Rasulululah SAW pernah mengutus surat kepada kaum
Nasarani di Najran " Barangsiapa di antara kamu yang
melepas wang riba, tidak ada lagi dzimmah baginya (
yakni gugurlah haknya untuk mendapat perlindungan).
Nailul Authar, jilid 8. hal. 66-67)

Babi diqiyaskan dengan riba kerana penerapan hukum
Islam berlaku juga bagi orang-orang dzimmi.
Orang-orang Muslim diharamkan menjual babi, maka orang
dzimmi pun dilarang( diharamkan) menternak babi,
menjualnya atau mengimportnya selama mereka berada di
dalam kawasan Muslim.

Arak dan babi bukanlah harta kekayaan bagi Kaum
Muslimin, meskipun orang lain memandangnya sebagai
harta kekayaan. Kaum dzimmi yang tinggal di negara
ummat Islam terikat dan wajib tunduk kepada hukum
Islam. Meskipun mereka menghalalkan minum arak dan
makan babi, tetapi negara tempat mereka hidup (Negara
Islam) melarang mereka berdagang arak dan babi kerana
perdagangan dua macam komoditi tersebut memberi laluan
atau memudahkan kaum Muslimin mendapatkanya untuk
diminum dan dimakan.

Sebuah riwayat berasal dari Abu Amr As- Syaibaniy
megatakan pada suatu hari Khalifah Umar mendengar
seorang dari Sawad( Iraq) menjadi kaya disebakan
berdagang arak. Kepada pengusahatempatan, Umar
mengutus surat " Hancurlkan apa sahaja yang dapat kamu
hancurkan( yakni) hancurkanlah tempat penyimpanan dan
wadah-wadah arak miliknya" dan lepaskan semua ternak
kepunyaanya. jangan ada seorang pun melindunginya'.

Abu Umamah meriwayatkan bahawa khalifah Umar pernah
berkata " Berlatihlah ketangkasan berkuda,
berhati-hatilah jangan kamu berakhlak orang-orang ajam
( yakni orang-orang bukan Muslim, mendekati babi atau
menegakkan salib di antara orang-orang Muslim".

Laits bin Abi Sulaim meriwayatkan bahawa Khalifah Umar
pernah menulis surat kepada para Gabenor,
memerintahkan mereka supaya membunuh babi.

Kesemua nas tersebut menunjukkan bahawa penternakan
dan perniagaan babi di negara-negara Islam- yang
dilakukan oleh kaum Muslimin mahupun orang kafir-
adalah haram, kecuali pembelian babi oleh orang kafir
untuk konsumsi dan keperluan mereka sendiri.



--- siti zawiah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Jangan pandai pandai nak ngajar kerajaan
> Kelantan.Pasar babi sudah disitu 
> sejak zaman penjajah.Pasal apa nak tukar tukar??Nak
> cemarkan tempat 
> baru??Walaupun ditengah tengah bandar dia agak
> terlindung dari khalayak 
> ramai,kalau tak pergi cari memang orang tak tahu!!
> Cakap memang senang,ingat ditempat yang dikampong
> china tu tak ada orang 
> Islam??malah ramai orng Islam yang berniaga bersama
> sama.
> 
> 
> >From: "Syazana Hamzah" <[EMAIL PROTECTED]>
> >Ketahuilah sekelian orang bahawa terdapat sebuah
> kedai di Jalan Suara Muda
> >Kota Bharu yang dijadikan pasar jual daging babi
> fresh ... terletak
> >ditengah-tengah bandar Kota Bharu dan sangatlah
> hampir akan stesen
> >teksi/kereta sewa yang 99.99% dipunyai oleh Melayu
> islam....TIADA TINDAKAN
> >APA-APA OLEH PEMERINTAH (PAS) untuk memindahkan
> ketempat yang lebih 
> >ISOLATED
> >dari Muslimin spt di Kg China .....


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke