*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wrt.,

Pada pendapat saya...subjek diatas adalah satu soalan yang sukar
untuk dijawab secara 'concise but in details'.....Mungkin kita
boleh lihat istimewanya islam itu dari segi perbandingan dengan
ugama yang lain:
Ugama Kristian:
Agama yang bertentangan dengan prinsip ajaran yang dibawa oleh
Nabi Isa a.s melalui Kitab Injil. Penyelewengan berlaku apabila
adanya tiga tuhan:Tuhan Bapa,Tuhan Ibu dan Tuhan Anak.

Dalam islam, ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s ialah Nabi Isa
a.s sebagai Rasul dan mengajak manusia metauhidkan (mengesakan)
Allah. Bukti menunjukkan bahawa Nabi Isa itu adalah rasul dan
bukannya anak tuhan ada diceritakan dalam surah
Ali-Imran...apabila kaum Hawariyun iaitu pengikut Nabi Isa
bersumpah "kamilah yang akan meneruskan ajaran mu, wahai pesuruh
Allah". Bila disebut sebagai 'pesuruh'..ini bermakna mentaati apa
yang diperintah atau lebih tepat 'hamba yang kena turut
perintah'. Level hamba tak akan sama dengan level tuhan.....jadi
mana boleh Nabi Isa menjadi anak tuhan ?

Apabila, tuhan itu berbilang.....maka terjadilah apa yang kita
lihat dalam cerita Hercules ditv. Tiap-tiap tuhan mempunyai
perbezaan pendapat dalam memberi arahan kepada
manusia.....last-last manusia tu jadi pening dengan arahan yang
asyik bertukar-tukar dan hilang perasaan hormat kepada tuhan
mereka itu. Tetapi dalam islam ...dia lah Allah yang maha esa
(tunggal)...tidak beranak dan tidak diperanakkan...pemerintah
sekelian alam dilangit dan dibumi. Sekiranya Allah mahu jadikan
sesuatu ....apabila dikatakan 'Jadi...maka jadilah benda itu'
tanpa sebarang halangan dan bantahan.

Dalam ugama kristian, ada konsep menanggung dosa orang lain dan
mendapat keampunan melalui ketua agama.

Dalam ugama islam, konsep yang diamalkan dalam ugama kristian
adalah satu perkara yang tidak munasabah dan bertentangan dengan
hak asasi manusia. Kenapa ia dikatakan demikian ? Dengan adanya
konsep ini bermakna memberi ruang untuk seseorang itu terus
melakukan dosa tersebut. Contohnya kalau dosa yang semalam
ditanggung dan diampun oleh paderi A......maka hari ini.... dosa
yang sama dilakukan semalam akan ditanggung dan diampunkan oleh
paderi B. Begitulah seterusnya tanpa sebarang 'commitment' dan
akhirnya hilang perasaan 'guilt' dalam diri. Didalam
islam...seseorang yang telah melakukan dosa dikehendaki meminta
keampunan terus dari Allah Subhanataala dan bukan dari sesiapa
termasuk nabi. Orang itu mestilah beriqtikad tidak lagi akan
mengulangi dosa tersebut dan bertaubat dengan taubat nasuha
(orang putih kata 'with full commitment').

Ugama Syinto:
Ugama yang mengangkat martabat insan begitu tinggi hingga
menyamai tuhan dan pada masa yang sama , golongan yang lain
dianggap rendah dan harus memberikan kesetiaan kepada raja secara
membabi buta.(le ni pun ada lagi !!! )

Dalam ugama islam, orang islam diperintahkan supaya menyembah
hanya kepada Allah dan patuh kepada segala perintahNya
(Al-An'am:106). Menyembah selain dari Allah, adalah satu
perbuatan syirik yang tidak diampun oleh Allah sepertimana yang
diterangkan dalam surah Al-Nisa.

Ugama Hindu:
Ugama yang mengamalkan adanya kasta-kasta. Seseorang itu kalau
ibubapanya dari kasta Sudra, maka seumur hidupnya, seseorang itu
tidak akan berpeluang untuk menikmati kehidupan yang mewah
walaupun dia mampu bekerja kuat dan mempunyai pemikiran yang
cerdas. Sebaliknya kalau ibubapanya terdiri daripada golongan
Brahma, walaupun seseorang itu dalam keadaan lemah dan dhaif,
tetapi dia dianggap mulia dan tinggi. Keadaan begini telah
menonjolkan satu ketidakadilan dalam masyarakat.

Dalam ugama islam, semua manusia adalah sama pada pandangan Allah
iaitu sebagai hamba. Kita boleh lihat, ketika sembahyang raya
ditunjukkan dari Mekah, apabila imam bertakbir untuk sujud, tidak
kiralah orang itu golongan bangsawan, golongan raja, golongan
menteri, golongan kaya, golongan miskin,golongan musafir
dll...dengan serentak kesemuanya sujud menyembah Allah yang esa.
Tiada dalam islam yang golongan raja dulu sujud,lepas tu golongan
bangsawan dan seterusnya...

Ugama Budha:
Bertentang dengan agama hindu. Tiada kasta-kasta tetapi membuang
kenikmatan dunia untuk mencapai 'nirwana' sesudah mati.

Pada abad 21, ugama Budha itu sendiri sudah tidak releven dengan
kehendak masyarakat moden sekarang ini....dunia sekarang penuh
dengan kenikmatan dunia...seperti h/phone, rumah moden, tilam
empuk, internet, dsbgnya. Manusia dari segala pelosok dunia
berlumba-lumba untuk mempunyai atau mereka cipta benda-benda ini.

Dalam ugama islam, nabi Muhammad S.A.W sendiri menyuruh umat
islam bekerja mencari rezeki seolah-olah seperti kita akan hidup
1000 tahun tetapi apabila hendak beribadat...buatlah seperti kita
akan mati esok hari. Ini bermakna dunia pun ambil..akhirat pun
ambil.

sekian.

** Bahan rujukan saya adalah dari buku yang berjodol 'Kenapa kita
memilih islam'...karangan Ustaz Safwan Fathy yang boleh didapati
mana-mana kedai. Akhir sekali , yang mana ada kekurangan dari apa
yang saya tulis.......ia adalah dari kelemahan saya sendiri dan
apa yang baik itu adalah dari Allah Subhanataala.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "HABIBUL" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke