Pelajar Malaysia didakwa melacur
21 March 2000 
Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak 
JOHOR BAHRU, Jumaat - Sebuah laman web, dipercayai
dibangunkan di Britain, mendakwa ada segelintir
pelajar Malaysia di negara itu terbabit dalam kegiatan
pelacuran dan menjual tubuh untuk majalah lucah.

Laman web itu, yang turut memaparkan gambar gadis
dalam keadaan menghairahkan, turut mendakwa semua
pelajar berkenaan berasal dari Malaysia dan
melanjutkan pengajian atas tajaan Mara dan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA).

Laman Web itu dikatakan membuat dakwaan berkenaan
berasaskan kepada aksi gadis terbabit yang didakwa
ditemui dalam beberapa iklan dan rakaman video di
Internet.

Ia turut menulis nama Malaysia dan memaparkan Jalur
Gemilang bagi menarik lebih ramai pengunjung ke laman
web itu.

Laman itu mendakwa, pelajar berkenaan berbuat demikian
disebabkan terpaksa menanggung kos sara diri yang
tinggi di Britain sepanjang melanjutkan pengajian di
sana.

Ia juga mendakwa, ada pelajar Malaysia yang terbabit
dengan pembikinan dan rakaman video lucah bersama
warga asing.

Pelanggan yang berminat untuk melayari laman web itu
dikatakan terpaksa membayar antara 20 hingga 40 pound
(RM120-RM240).

Laman web terbabit turut mendakwa pelajar terbabit
dikatakan mendapat pendapatan lumayan dari sebuah
majalah lucah 'Asean Babes Magazines' yang
berpangkalan di negara itu bagi setiap gambar bogel
yang diambil.

Gejala pelajar Malaysia yang dikatakan berkelakuan
tidak senonoh pernah didedahkan akhbar ini pada 1996
dengan penemuan sekeping gambar lucah seorang gadis
Melayu bersaiz kad kredit dilekatkan di sebuah pondok
telefon awam sekitar London.


                         



______________________________________________________________________________
http://greetings.yahoo.com.sg - Yahoo! Singapore Greetings
- Better choose a card now... Valentine's Day is coming sooner than you think!

sickestsites 0.1.jpg

JPEG image

sickestsites 0.2.jpg

JPEG image

sickestsites 0.3.jpg

JPEG image

Kirim email ke