(Embedded image moved to file: pic11861.pcx)
               Dengan Nama Allah , maha pemurah, maha pengasihani
                        (Embedded image moved to file: pic02495.pcx)

Apabila dikatakan kepada mereka : "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang
Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat
orang-orang
munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.
[ An-Nisa' : 61 ]

-------------------------------------- Forwarded by Shahril MdDesa on
03/23/2000 01:43 PM -------------------------------------


From: "Saifuddin" <[EMAIL PROTECTED]>


Rafidah kritik aturan pakai tudung

JOHOR BAHRU -- Langkah kerajaan PAS Terengganu yang akan memperkenalkan
peraturan menghendaki wanita Islam di negeri itu mengenakan tudung dan
pakaian yang menutup aurat disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap
kebebasan individu.
"Ini satu contoh kerajaan yang tidak sensitif kepada kebebasan individu
untuk memakai apa yang mereka suka," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Malaysia, Datuk Seri Rafidah Aziz.

Katanya, tindakan kerajaan PAS Terengganu itu juga telah lari daripada
kesucian agama Islam yang tidak pernah memaksa umatnya untuk melakukan
sesuatu.

"Ini (langkah tersebut) mungkin hanya untuk memuaskan hati
pemimpin-pemimpin
PAS yang menggunakan lambang luaran atau kulit untuk mencerminkan Islam,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar usahawan bagi wanita
mengenai program industri kecil dan sederhana (IKS) di sini, semalam.

Datuk Seri Rafidah berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar
semalam berhubung langkah Kerajaan PAS Terengganu yang akan memperkenalkan
peraturan itu kepada kakitangan kerajaan negeri dan pekerja di kawasan
perniagaan di negeri itu.

Menurut Datuk Seri Rafidah, di negeri-negeri lain kaum wanita memakai
tudung
atau mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat secara sukarela tanpa
dipaksa.

"Manusia tidak boleh dikongkong dengan arahan dan panduan terutamanya
melibatkan perkara-perkara peribadi, disiplin akhlak yang sememangnya
menjadi tanggungjawab individu," katanya.

Beliau, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata Kerajaan Barisan
Nasional (BN) tidak pernah memaksa rakyat mengenakan pakaian tertentu,
sebaliknya memberi kebebasan hak individu dalam berpakaian. -- Bernama.







Paintbrush

Paintbrush

Kirim email ke