*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

MB Pahang mengulas ttg aksi lucahnya dgn mengatakan
bahawa dia melakukan krn membalas balik perbuatan
pihak pembangkang yg menyorak dan menghina Dr.M,
beliau sendiri serta BN. Beliau cukup marah apabila
pihak pembangkang memboo dan menghina puak2 BN..itu
adalah alasannya yg memangnya boleh dipertikai
kesahihannya..

Oklah, katalah kalau betul memang ada pihak
pembangkang yg mulakan dulu, kita boleh tanya lagi,
siapa dia tu ? TG Nik Aziz, Dato' Fadhil, calon PAS
atau sapa2 lagi ? Kalaulah betul ada, saya yakin ia
tak lebih dari penyokong2 bawahan/anak2 muda yg begitu
bersemangat dan agak hilang kawalan. Tapi siapakah
Adnan Yaacob hendak membalas ejekan tersebut . Beliau
adalah MB dan pemimpin tertinggi UMNO negeri!!!!
Adakah tiada sedikit rasa hormat dan sopan terhadap
rakyatnya di sekeliling!! Tidak malukah seorang yg
bertaraf menteri berperlakuan spt mat-mat kutu tepi
jalan yg bersorak dan bersiul pd awek2 yg lalu lalang
!

Yg keduanya, apabila kita lihat video klip kelakuan
dan aksi MB Pahang itu langsung tidak 
menunjukkan kemarahan dan bengang tapi dgn gelak
ketawa dan seronok pulak! Gengnya disekililing pun
nampaknya tumpang seronok jugak. Takde nampak marah2
atau "bengke" sebaliknya nampak spt puak yg mulakan
dulu! 

Seterusnya kalau betullah ada segelintir penyokong BA
yg buat perangai tak senononh spt yg didakwa, saya
yakin ia tidak mendapat restu pihak pimpinan ! Tentu
akan ada rakan sekeliling yg melarang perbuatan
mencemuh yg keterlaluan kpd orang lain terutamanya VIP
yg bertaraf menteri. Saya rasa semarah-marah orang
melayu pun dia masih ada rasa hormat bahawa musuh
didepan dia adalah orang berpangkat menteri! Takkan
dia nak memboo membabi buta. Yg nyatanya perbuatan
tersebut bukanlah budaya BA terutamya PAS. Sbg.mana
diketahui perarakan calon PAS selalunya diringi takbir
dan selawat. Sorakan2 pulak yg terkawal dan sopan
tidak spt mana puak lagi satu tu yg bangga dgn lagu
setianya, hidup PM, hidup melayu!!!! Kesimpulannya,
dakwaan Adnan boleh dicurigai.

Satu lagi, dari gaya dan aksi Adnan tersebut bahawa
itu dah memang menjadi tabiatnya. Biasa dan selamba
saja dia buat, macam tak rasa apa2. Kalau tindakan
akibat provokosi (?) atau tindakan spontan akibat
marah, tentu lain caranya. Dgn muka yg merah/marah dan
geram , tentu si Adnan menunjukkan penumbuk atau jari
telunjuk dan berkata " Hey, puak2 PAS, jangan kurang
ajar dgn. aku!!! Kau ingat aku siap?? Aku Adnan la,
Menteri Besar Pahang, Ketua UMNO Pahang"

Tambah lagi, kalaulah memang betul ada 'hantu' BA yg
buat macam tu, kena tanya diri si Adnan balik, apasal
sampai hati & tergamak mereka buat cam tu kat aku.
Takkan mereka tak kenai dan respect aku, MB Pahang?
Itu menunjukkan betapa marah dan bencinya mereka tu
pada Adnan..sampai tak respect langsung status dia sbg
 menteri!!! Tulah taraf dia di mata rakyat!

Banyak lagi boleh tulis, next timelah

Wassalam



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ambo <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke