*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >
> > > Menurut Kamus Dewan, sihir bermaksud "sejenis ilmu ghaib, guna-guna,
> > > pukau, tuju atau ilmu yang boleh menyakiti atau mempesona orang".
Ilmu
> > > sihir merupakan sejenis ilmu yang telah diamalkan sejak turun temurun
> > > oleh seluruh masyarakat manusia, tidak kira apa bangsa sekalipun.
> > > Setiap bangsa dikatakan memiliki kaedah ilmu sihir yang berbeza-beza
> > > dan tersendiri. Namun pengamalnya biasanya bersahabat dengan jin dan
> > > syaitan demi memastikan ilmu tersebut berkesan dan ampuh.
> > >
> > > Di dalam Al Quran, Allah s.w.t. banyak mengkisahkan tentang perbuatan
> > > sihir, terutama yang melibatkan Fir'aun dan Nabi Musa a.s. Kemuncak
> > > penentangan Fir'aun (la'natullah alaih) terhadap Nabi Musa a.s.
> > > menyaksikan musuh Allah itu telah menggunakan ilmu sihir yang hebat
> > > dengan memanggil seluruh ahli-ahli sihirnya yang super hebat untuk
> > > berdepan dengan Nabi Musa a.s. Namun yang bathil itu tetap bathil.
Yang
> > > palsu tetap palsu, walau ditatah dengan emas permata sekalipun. Walau
> > > disilau dengan seribu kilau sekalipun tapi ternyata kebenaran yang
> > > dibawa oleh Nabi Musa a.s. akhirnya dapat menundukkan kesombongan
> > > Fir'aun bilamana ular-ular sihirnya habis ditelan oleh ular besar
> > > mukjizat Nabi Musa. a.s.
> > >
> > > Itu kisah 3000 tahun lebih yang lalu. Kini ada pula muncul makhluk
yang
> > > menggelarkan dirinya sendiri yang lebih hebat dan perkasa daripada
> > > Fir'aun zaman purba dahulu. "Seperti yang tuan-tuan maklum, saya
adalah
> > > Maha Fir'aun", demikianlah kata-katanya ketika memasyhurkan dirinya
> > > seperti yang dipetik oleh akhbar Berita Hairan pada 20 Julai 1999
> > > lepas. Bangga agaknya dia. Bertuah juga bumi Malaysia Boleh ini
> > > melahirkan seorang lagi firaun yang lebih hebat dari Firaun Ramses IV
> > > di zaman Nabi Musa a.s. dahulu. Bumi Mesir purba melahirkan Ramses IV
> > > sebagai Firaun. Tetapi bumi Malaysia Boleh melahirkan Mahathir
sebagai
> > > Maha Firaun ! Kalau bumi Mesir berbangga dengan warisan peninggalan
> > > Firaun yang bernama Piramid dan Sphinx, tentulah bumi Malaysia Boleh
> > > tidak mahu ketinggalan dengan kebanggaannya iaitu Menara H Petronas
dan
> > > Mahligai RM200 juta itu.
> > >
> > > Demikianlah hebatnya `anugerah' Allah s.w.t. kepada dua-dua orang
> > > firaun yang hidup di berlainan zaman ini. Firaun Ramses IV dahulu
> > > menjadikan Bani Israel sebagai kuli batak dan hamba abdinya. Sejarah
> > > telah merakamkan bagaimana Bani Israel telah diperlakukan lebih buruk
> > > daripada binatang oleh Firaun tersebut sehingga akhirnya Allah s.w.t.
> > > mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk memperbetulkan kezaliman Firaun yang
> > > amat melampaui batas itu. Sekalipun Nabi Musa a.s. gagal mengajak
> > > Firaun beriman kepada Allah s.w.t, namun kebanyakan pengikutnya Bani
> > > Israel yang selama ini hidup penuh penderitaan dan azab sengsara di
> > > bawah regim Firaun itu telah mengikuti Nabi Musa a.s. dan beriman
> > > kepada Allah s.w.t. Kezaliman Firaun yang tiada taranya itu akhirnya
> > > memusnahkan dirinya sendiri ke dalam Laut Merah.
> > >
> > > Persoalannya, di antara dua firaun itu - Firaun Ramses IV dan Maha
> > > Firaun Mahathir Mohamad, siapakah yang terlebih hebat dalam menzalimi
> > > rakyat ? Siapakah yang terlebih hebat dalam menipu dan memeras wang
> > > rakyat demi kepentingan tembolok diri dan para kroni ? Dan siapa pula
> > > yang menjadi kaum `bani Israelnya' kali ini ? Inilah persoalannya
yang> 
> > > patut kita renungi bersama. Saya tidak mahu mengatakan yang seorang
> > > terlebih zalim daripada seorang yang lain. Pada saya, sejarah telah
dan
> > > akan merakamkan kesan-kesan kezaliman dan kejahatan mereka untuk
> > > tatapan dan renungan generasi akan datang berdasarkan persepsi
> > > masing-masing.
> > >
> > > Saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai Firaun Ramses IV purba itu
> > > kerana kita semua boleh membaca kisahnya dalam mana-mana kitab,
> > > Al-Quran ataupun buku-buku kisah nabi. Saya cuma mahu mengulas
mengenai
> > > Maha Firaun yang masih hidup dan sedang membelit sekeliling kita
dengan
> > > pelbagai akta dan undang-undang yang dicipta untuk melindungi dirinya
> > > itu. Akta-akta yang diwujudkan oleh si Mahafiraun itu semenjak
berkuasa
> > > lebih 18 tahun lalu telah berjaya menjadikan rakyat Malaysia Boleh
ini
> > > hidup dalam serba ketakutan. Nak bercakap bebas, takut. Nak
berkumpul,
> > > takut. Nak berpolitik, takut. Nak berkempen,takut. Nak mengkritik
> > > pemerintah, takut. Dan seribu satu macam lagi ketakutan yang amat
> > > menakutkan.
> > >
> > > Akta Mesin Cetak diwujudkan untuk menakutkan rakyat dari menulis
> > > apa-apa kebusukan yang dijelmakan oleh shit-shit mereka. Akta
> > > Keselamatan Dalam Negeri diwujudkan untuk menakutkan rakyat dari
> > > mengganggu gugat kerusi empuk para pemerintah. Akta Hasutan
diwujudkan
> > > untuk mengekang mulut rakyat dari memperkatakan sesuatu yang benar
> > > tetapi menyinggung pemerintah. Dan pelbagai lagi akta-akta canggih
yang
> > > menghiasi jendela dan tingkap rumah Malaysia Boleh ini. Kalau
dihalusi,
> > > rakyat Malaysia Boleh ini seolah-olah hidup dalam sangkar, kalaupun
> > > tidak sangkar beracun untuk sesetengah orang yang pernah menerima
nasib
> > > malang seperti DSAI dan Lim Guan Eng itu. Saya melihat jika kaum bani
> > > Israel di zaman purba dahulu cuma dipaksa menjadi buruh paksa dan
abdi
> > > Firaun sahaja untuk membina dan menyiapkan Piramid dan Sphinx, tetapi
> > > kaum bani Melayu di zaman IT di negeri Malaysia Boleh ini, walaupun
> > > tidak dikerah menjadi buruh paksa, tetapi telah dikurung dan diikat
> > > dalam "penjara ilusi" - ketakutan dan kebimbangan yang mencengkam
> > > perasaan di kiri dan kanan. Sebagai perbandingan, Firaun purba dahulu
> > > lebih bodoh dan belum kenal IT, sebab itu dia cuma tahu menyiksa dan
> > > membunuh sahaja rakyatnya, tetapi Maha Firaun moden ini lebih cerdik,
> > > dengan `memenjarakan' rakyatnya dengan kekangan pelbagai akta yang
> > > canggih manggih bernama undang-undang !
> > >
> > > Itu dalam konteks negara. Dalam konteks parti pula bagaimana ? Saya
nak
> > > mengulas mengenai `sihir' Mahathir yang berlaku dalam parti UMNOnya
> > > itu. Saya nak mengajak pembaca kembali ke tahun 1981 dahulu bilamana
> > > Mahathir mula-mula naik sebagai PM. Sebenarnya bukan Tun Hussein Onn
> > > berniat nak letak jawatan sangat pada ketika itu, tetapi disebabkan
> > > tekanan yang bertubi-tubi dari Mahathir, Tun Hussein akhirnya
terpaksa
> > > mengalah. Memang Mahathir sudah tidak sabar-sabar nak menjadi PM.
Anda
> > > nak tahu bagaimana Tun Hussein Onn ditundukkan oleh si Mamak Kutty
> > > tersebut ?
> > >
> > > Sebenarnya Tun Hussein telah dibomohkan oleh Mahathir supaya beliau
> > > tunduk dengan kehendaknya (Mahathir). Mahathir, melalui wakilnya
telah
> > > berjumpa dengan seorang bomoh Jawa yang tinggal di Linggi, Negeri
> > > Sembilan. Melalui bomoh Jawa tersebut, Mahathir telah berjaya
> > > menundukkan Tun Hussein Onn supaya bersetuju meletak jawatan.
Akhirnya
> > > Tun Hussein terpaksa memberikan laluan kepada Mamak Tongkang tersebut
> > > menaiki takhta PM walaupun hakikatnya beliau (Tun Hussein ) merasa
amat
> > > sedih untuk melepaskan kerusi PM tersebut kepada Mahathir. Ini
`sihir'
> > > pertama Mahathir ketika mula-mula berkuasa dahulu.
> > >
> > > Apabila menjadi PM, Mahathir memilih Musa Hitam untuk menjadi
regunya.
> > > Di awal pentadbiran mereka, nampak seolah-olah begitu kamcing
sehingga
> > > digelar `Pentadbiran 2M'. Namun `jodoh' Mamak gila itu dengan Musa> 
> > > Hitam tak berapa panjang jugak. Disebabkan perselisihan pendapat dan
> > > kerana mahu mempertahankan egonya sendiri, Musa terpaksa mengalah
> > > dengan meletak jawatan. Dikhabarkan punca yang membawa kepada
> > > perletakan jawatan Musa itu juga kerana permainan bomoh Jawa tadi
juga
> > > setelah diupah oleh Mahathir.
> > >
> > > Selepas itu Ghaffar Baba jadi TPM. Saya tidak mengaitkan Ghaffar
dengan
> > > bomoh kerana beliau memang kalah di tangan Anwar dalam pemilihan
> > > sebagai Timbalan Presiden UMNO dan bukannya meletak jawatan kerana
> > > berbalah dengan Mahathir. Timbalan terakhir Mahathir yang bergaduh
> > > dengan beliau ialah Anwar. Selain seorang yang punya prinsip dan
> > > pendirian yang kuat, Anwar juga seorang yang kuat berpegang dengan
> > > agama. Kebetulan pula ketika Mahathir bergaduh dengan Anwar pada
tahun
> > > 1998 lalu, bomoh Jawa dari Linggi tersebut telah pun meninggal dunia.
> > > Mungkin juga disebabkan itu, Mahathir gagal menundukkan Anwar supaya
> > > meletak jawatan kerana bomoh kepercayaannya kini sudah tiada.
> > > Sebaliknya Anwar mengambil sikap membujur lalu melintang patah.
> > > Akibatnya beliau ditendang oleh Mahathir sebagai TPM dan MenKew pada
2
> > > September 1998 lalu. Kemudian beliau dipaksakan untuk menghadapi
> > > tuduhan-tuduhan gila yang direkacipta demi membuktikan `siapa boss'
> > > sebenar antara beliau dengan Mahathir ! Apa yang dilakukan Mahathir
ke
> > > atas Anwar sehingga kini tidak lain melainkan perlampiasan dendam dan
> > > kemarahan geram yang tidak terbendung kerana sikap `keras' Anwar
tidak
> > > mahu tunduk kepada hawa nafsunya hinggalah ke saat-saat akhir sebelum
> > > dipecat pada jam 5.30 petang 2 September 1998 dulu.
> > >
> > > Para pembaca tidak perlu merasa hairan atau ragu-ragu dengan
> > > perkara-perkara seumpama ini. Permainan bomoh membomoh ini merupakan
> > > suatu kemestian dalam parti UMNo. Tiada UMNO tanpa bomoh dan tiada
> > > bomoh tak adalah UMNO. Main bomoh merupakan perkara rukun dalam UMNO
> > > demi memastikan hajat di hati akan tercapai. Lagi besar jawatan yang
> > > diburu, lagi terorlah bomoh yang dicari. Sehingga seorang bomoh yang
> > > terkenal pun digelar orang sebagai `bomoh VIP'. Kan canggih tu !
> > >
> > > Kemudian saya mahu mengimbas juga di tahun 1982 dahulu apabila satu
> > > negara digemparkan dengan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.
Apakah
> > > ianya juga angkara `sihir' Mahathir ? Yang ini saya tak dapat nak
> > > pastikan. Tapi boleh juga kita katakan kalau cakap begitu pandai
> > > sehingga memukau seseorang pun macam ahli sihir juga. Anwar yang
ketika
> > > itu merupakan `singa Islam' yang tersohor di Malaysia dan
antarabangsa
> > > seolah-olah terkena peluru pelali Mahathir, walhal Anwar merupakan
anak
> > > jantan yang paling lantang sekali menentang kemungkaran kerajaan
ketika
> > > itu di bawah ABIM. Terlopong mulut PAS apabila singa yang sedang
galak
> > > mengaum tersebut tetiba menguit-nguit jinak ekornya masuk ke dalam
> > > kandang UMNO. Terkena sihirkah ?
> > >
> > > Yang pasti Mahathir telah berjaya menjinakkan singa yang bernama
Anwar
> > > itu sehingga ramai yang terkejut beruk melihat kejadian yang tidak
> > > diduga itu. Saya merupakan salah seorang yang terkejut beruk dengan
> > > kemasukan Anwar ke dalam UMNo itu kerana semenjak awal lagi saya
> > > menaruh harapan yang tinggi agar seorang yang punya karisma dan
> > > idealisme seperti Anwar akan berjuang dalam PAS. Nantilah, jika ada
> > > kesempatan saya akan menulis satu artikel berasingan mengenai
`Mahathir
> > > The Eraser !' pulak. Saya sebenarnya terlalu sibuk, tidak seperti
> > > Marhain Tua yang boleh menulis dua tiga artikel dalam sehari. Kalau
> > > agak lama tidak muncul tulisan saya, maknanya saya tengah sibuk gila
> > > lah tu.
> > >
> > > Selepas kemenangan tipis ke atas Ku Li dalam pertarungan yang penuh
> > > mengelat dalam tahun 1987 dulu, Mahathir kian galak untuk menundukkan
> > > orang di sekelilingnya dengan `sihirnya'. Habis semua kecut perut
bila> 
> > > berdepan dengan diktator tua itu. Jangankan para menteri, raja-raja
> > > Melayu yang selama ini kaki buli dan kaki pu> kul pun boleh terkedu
bila
> > > berdepan dengan Mamak sekor tu. Lihatlah, mana ada siapa yang berani
> > > mengangkat muka dengan beliau ? Buat terkencing dalam seluar
dibuatnya
> > > kalau bersuara. Saya rasa Mahathir semakin mengasah ilmu penunduknya
> > > itu selepas mengalami saat-saat cemas dikalahkan Ku Li dulu. Kali ini
> > > beliau mahu memastikan tiada siapa lagi yang berani menentangnya.
> > >
> > > Selepas itu, dipindanya perlembagaan UMNo supaya siapa yang nak
menjadi
> > > calon Presiden kena mendapat sokongan sekian banyak bahagian.
Kemudian
> > > lagi, diarahkan MT supaya dua jawatan tertinggi parti tidak
> > > dipertandingkan. Tak ada siapa yang berani bangkang. Demokrasi dalam
> > > UMNO berkubur macam tak bernisan sahaja. Bukan itu sahaja, sekor pun
> > > pemimpin bawahan UMNo yang tak berani bersuara dan mengangkat muka
> > > untuk menyanggah walaupun hati kecil mereka memberontak macam gerila
> > > Tamil Eelam. Baik yang jadi Naib Presiden, ahli MKT dan sebagainya,
> > > mana ada yang berani buka mulut ?
> > >
> > > Saya masih ingat masa Osman Arof kena singkir dulu. Kalau tak silap
22
> > > orang pemimpin UMNo negeri Kedah yang berapi-api mahu membantah
> > > perlantikan Sanusi Junid jadi MB Kedah. Bila Mahathir panggil
mengadap,
> > > habis terkencing dalam seluar dan kecut telog mereka. Entah apa yang
> > > disihir Mahathir, tetiba golongan yang memprotes Sanusi Junid tadi
> > > melahirkan sokongan pula. Ajaib sungguh. Macam main silap mata aje.
> > >
> > > Begitu juga semasa mesyuarat MKT di malam pemecatan Anwar dahulu.
Dalam
> > > mesyuarat tu, yang lantang bersuara menghentam Anwar ialah Ibrahim
> > > Katak, Rafidah `Itik Gembo-Gembo' dan Isa Pendek. Bila Affifuddin
> > > bersuara melahirkan simpati kepada Anwar, si Katak cepat-cepat
> > > memintas. Dalam mesyuarat itu dikatanya keputusan sebulat suara MKT
> > > untuk memecat Anwar, padahal keputusan Mamak Tongkang tu sekor
sahaja.
> > > Yang lain hadir sekadar jadi pak angguk walaupun dhamir (hati kecil)
> > > mereka amat kesian dengan Anwar dan amat marah dengan tindakan
melampau
> > > diktator gila itu. Tapi siapa yang berani buka mulut ? Buka mulut nak
> > > menjilat dan mengampu adalah. Macam si Katak tu. Bukan main lagi
> > > menyinga dia menyerang Anwar. Kena `sihir' lagikah ahli-ahli MKT di
> > > malam tersebut ?
> > >
> > > Saya hairan sungguh kenapa tiada siapa pun yang berani berkata `No'
> > > dengan Mahathir, kecuali Anwar sebelum dipecat dahulu. Yang lain
jangan
> > > haraplah. Hatta Ku Li pun sehingga sekarang tak berani berterus
terang
> > > menyuarakan hasratnya bertanding menentang Mamak nyanyuk itu. Takut
> > > terkena sihirkah ? Dan sehingga kini Mamak nyanyuk itu dah berjaya
> > > mendapat lebih dari 50 bahagian pencalonan untuk mempertahankan
> > > kerusinya. "Nasihat" MKT dianggap suara keramat sang wali sehingga
> > > semuanya perlu tunduk dan patuh tanpa bersoal jawab. Hanya bahagian
> > > Tanah Merah sahaja yang nampaknya tak berapa termakan sihir Mahathir
> > > itu. Yang lain barangkali habis terkedu dan terkelu lidah menahan
> > > ketakutan kalau-kalau ilmu tuju-tuju Mahathir akan terkena batang
tubuh
> > > mereka.
> > >
> > > Nampaknya untuk kesekian kalinya, `sihir' Mahathir menjadi lagi kali
> > > ini. Habis semua bahagian kecuali Tanah Merah sudah terkena ilmu
> > > sihirnya sehingga mereka semua tunduk semahu-mahunya dengan kehendak
si
> > > nyanyuk itu walaupun dalam hati meronta-ronta tidak rela dan
meluatnya
> > > melihat muka orang tua gila yang liat nyawanya itu. Nampaknya
> > > perhimpunan agung bulan Mei depan ni terpaksa berdepan lagi dengan
> > > telatah dan keletah si nyanyuk tersebut.
> > >
> > > Selepas ketiadaan Anwar, saya lihat perhimpunan agung UMNO tidak
lebih
> > > dari perhimpunan menjilat dan mengampu semata-mata. Sang Presiden
> > > dijulang dan ditatang bagai dewa yang baru terjun dari kayangan
> > > bersama-sama dengan tongkat saktinya. Sang Presiden bukan lagi
sebagai
> > > lambang institusi demokrasi tetapi menjadi lambang `demo-kasi'
(loghat> 
> > > Kelantan yang bererti awak beri). Manakan tidak. Kalau tidak dipuja
dan
> > > dipuji, jangan harap> lah nak dapat pangkat atau projek tertentu.
Kalau
> > > jadi kroni lebah tentu dapat madunya, tetapi kalau menjadi kroni
> > > Mahathir habis duit rakyat disapunya.
> > >
> > > Sementara sang presiden yang sudah diangkat ke martabat wali-wali
dewa
> > > kayangan itu terus dibuai mimpi indah. Bila diangkat dan dijulang
> > > dengan sejuta pujian, mulalah perasan yang dirinya masih popular,
lalu
> > > dipasanglah angan-angan yang menjadi gula-gula...."Saya dah tua, 5
tahun
> > > lagi umur dah dekat 80 tahun dan mata pun dah tak berapa nampak.
Inilah
> > > penggal terakhir saya". Walhal itu sekadar umpan untuk menagih
simpati
> > > sahaja. Mana tahu si tolol dan si dungu dalam UMNo akan terfikir, ahh
> > > biarlah, bagilah chan kat Dato Seri Presiden kita menabur jasa
sedikit
> > > masa sahaja lagi. Dia pun dah tak lama. Apa salahnya kita bagi
peluang
> > > terakhir kat dia. Inilah andaian si bebal dan si tolol dalam UMNO,
> > > menyebabkan si tua kutuk itu semakin hanyut dalam lamunannya untuk
> > > terus berkuasa hingga ke lubang kubur.
> > >
> > > Percayalah. Selagi ahli-ahli UMNO tidak berani mematahkan `sihir'
> > > Mahathir ke atas mereka, selama itulah mereka akan menjadi pondan
Siam
> > > yang cuma berani berkata "aauuwww" sahaja terhadap apa jua tindak
> > > tanduk dan salahlaku pimpinan atasan dalam parti dan kerajaan.
> > > Sebenarnya Mahathir bukanlah hebat dan kuat sangat, tetapi malangnya
> > > dalam UMNo sendiri tiada siapa pun yang berani menjadi anak jantan.
> > > Sang Dewa tersebut merasakan beliau mempunyai kuasa sakti kerana
tiada
> > > siapa pun yang sanggup mematahkan kesaktiannya itu dengan sedikit
> > > keberanian. Apakah sehebat-hebat Ku Li di suatu masa dahulu pun kini
> > > sudah serik untuk beradu lagi ? Wahai ahli-ahli UMNO, sampai bila
> > > kalian mahu diperbodoh-bodohkan oleh `sang dewa' dek semata-mata
> > > takutkan kuasa saktinya yang jahat itu? Sihir apa agaknya yang
dipakai
> > > oleh si tua kutuk itu untuk menundukkan semua orang supaya menurut
> > > kehendaknya ? Renungkanlah !
> > >
> > > Salam AidilAdha dari,
> > >
> > > CUCU DATUK BAHAMAN
> > >


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ahmad tajuddin" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke