*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
               KENYATAAN MEDIA FORUM MALAYSIA UK & EIRE
Pilihanraya kecil DUN Sanggang: Kembalikan Demokrasi Yang Semakin Terhakis

    Para pengundi di DUN Sanggang merupakan kalangan yang bernasib baik 
kerana dapat membuang undi bagi kali yang kedua. Kesempatan ini harus 
menjadi satu titik tolak yang terbaik untuk membuat pilihan baru setelah 
ternyata pemilihan sebelum ini berpihak kepada Barisan Nasional. Rebutlah 
kesempatan yang terbaik ini bagi memberikan tamparan terhadap sikap angkuh 
kerajaan Barisan Nasional yang mulai menghakis hak-hak demokrasi negara 
setelah memenangi pilihanraya ke 10 baru-baru ini.

    Hak-hak demokrasi dalam negara semakin terhakis apabila 
pemimpin-pemimpin pembangkang dihadapkan ke mahkamah atas 
pertuduhan-pertuduhan yang direka semata-mata. Manakala  permit penerbitan 
akhbar Harakah pula dihadkan oleh pentadbiran kerajaan Barisan Nasional 
kepada dua minggu sekali. Paling ketara lagi ialah permit penerbitan majalah 
Detik ditarik balik. Ini semua berlaku akibat keangkuhan Barisan Nasional 
yang telah memenangi pilihanraya ke 10 baru-baru ini.

    Pertuduhan ke atas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor pula 
dikurangkan kepada pertuduhan yang lebih ringan setelah lebih dari setahun 
beliau mengaku bersalah membelasah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.  Ini  jelas 
menunjukkan campur tangan politik dalam sistem kehakiman negara yang agak 
ketara disamping penyalahgunaan kuasa Peguam Negara. Negeri Melaka iaitu 
negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional secara mutlak ternyata menjadi 
model terhakisnya nilai-nilai demokrasi apabila siri-siri kezaliman ke atas 
rakyat diteruskan oleh Ketua Menterinya Datuk Wira Ali Rustam dengan 
menyekat dan memutuskan segala hubungan kerajaan negeri dengan doktor-doktor 
, peguam-peguam dan pekerja-pekerja bank yang didakwa sebagai menyokong 
pembangkang.

     Sikap angkuh kerajaan Barisan Nasional yang kian hari menampakkan 
taringnya tidak harus dibiarkan berleluasa. Ia perlu disekat dan dibendung. 
Lantaran itu , FMUKE menyeru dan merayu kepada seluruh pengundi DUN Sanggang 
supaya keluar mengundi pada 1hb April nanti dan memberikan sokongan tanpa 
ragu kepada calon Barisan Alternatif iaitu Dato’ Hishamuddin Yahya. 
Kemenangan untuk calon Barisan Alternatif ini juga pastinya akan dapat 
memberi pengajaran kepada Menteri Besar Pahang, Dato Adnan Yaakob agar lebih 
berakhlak mulia dalam menguruskan  pentadbiran negeri.

     Dalam kesempatan ini juga , kami  menyeru kepada petugas-petugas 
Barisan Alternatif supaya bekerja lebih keras dan berusaha 
bersungguh-sungguh untuk meraih kemenangan. Pastikan ruang-ruang penipuan 
yang bakal dilakukan oleh Barisan Nasional dapat ditangkis dengan bijak. 
Kami di UK dan Eire mendoakan kejayaan buat kalian semua.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Zulkifli Hj.Yusoff
Pengerusi,
Forum Malaysia United Kingdom dan Eire (FMUKE)

Bertarikh: 28hb.Mac 2000

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "pak su" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke