*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Subject: Fw: Inikah balasan kau pada mak..??? >-Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh >Utas Travel and Tours Sdn.Bhd. > >Beberapa hari selepas kami berada di Mekah,saya mula terdengar >cerita-cerita >daripada jemaah yang saya bawa tentang >hubungan dingin antara seorang ibu dengan anak lelaki dan menantunya.Si ibu >berusia 60-an sementara anak dan >menantunya akhir 30-an.Mereka bertiga ialah antara beberapa ratus jemaah >yang saya bawa untuk mengerjakan haji >beberapa tahun lalu. > >Saya diberitahu,hubungan dingin itu sebenarnya bermula sejak di Malaysia >lagi kerana wanita berkenaan kurang senang >dengan perangai menantunya yang sombong dan mengongkong suami.Kerana hidup >dalam kemewahan,menantunya itu tidak >menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai mentua,apatah lagi seperti >ibunya sendiri. > >Seperkara lain yang wanita itu benar-benar kecewa ialah biarpun anaknya itu >ahli perniagaan berjaya,tetapi apabila >berhadapan dengan isteri,dia jarang membantah,apa lagi mengangkat suara.Apa >sahaja kehendak isteri diturutkan >walaupun kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya. > >Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga,wanita tersebut kesal >kerana anak dan menantunya itu amat >jarang balik ke kampung.Apatah lagi hendak tidur disana.Kalau singgah pun >menantunya tidak mahu berada lama di >rumahnya.Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat pulang. > >Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya menegur sikap buruk isterinya >itu,tetapi ia seperti tidak dilayan. >Menantunya terus bongkak dan sombong.Si ibu juga mengingatkan anaknya >jangan >terlalu menurut kehendak isteri, >namun dari sehari ker sehari,anaknya itu tetap mengikut telunjuk isterinya. > >Saya dimaklumkan juga ,wanita tersebut berkecil hati kerana menantunya >tidak >senang dengan kehadirannya di Mekah. >Kalau boleh dia mahu pergi ke tanah suci bersama suaminya sahaja tetapi >kerana lelaki berkenaan berkeras juga >hendak membawa ibunya sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir >yang >memuncung panjang dan kata-kata sinis >serta sindiran tajam.Kerana itulah sejak sampai ke Madinah dan Mekah >hubungan dingin itu menjadi semakin parah. > >Kerana mereka tinggal sebilik, si anak dapat melihat sendiri di depan >matanya hubungan buruk antara ibu dengan >isterinya.Pada mulanya dia tidak mengendahkan sangat kerana kedua-duanya >orang yang dia sayang.Tambahan pula dialah >yang membayar semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke Mekah. > >Tetapi semakin hari perselisihan faham itu bertambah parah.Hubungan ibu >lelaki tadi dengan isterinya semakin buruk. >Bukan sekali mereka bertegang leher.Si ibu yang telah agak lanjut >usianya,pastilah hendak supaya sentiasa dilayan >hati dan perasaannya.Tetapi menantunya pula sombong dan panas baran.Dia >tidak suka melayan kehendak mentuanya itu >yang baginya cerewet. > >Akibat perselisihan faham,mereka tidak menegur sapa dan si ibu pula enggan >memakan makanan yang dimasak oleh >menantunya itu.Ini menyebabkan si anak tadi terpaksa membeli makanan diluar >untuk ibunya. > >"Macam mana isteri kau nih Man.Emak pun tak dihormatnya.Emak mintak tolong >sikit dia membebel.Emak nak itu dia tak >layan,nak ini,dia tak peduli," rungut si ibu kepada anaknya. > >"Abang tengok-tengoklah sikit emak abang tu.Cerewet.Nak itulah,nak >inilah,macam-macam.Saya dah cakap jangan bawa >abang nak bawa juga.Hah...sekarang macam mana?" kata si menantu pula dengan >suara yang kasar. > >Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing hingga si anak berasa amat >tertekan.Hendak dimenangkan ibunya, khuatir >isteri bermasam muka.Hendak dimenangkan isteri,khuatir ibunya pula terasa >hati.Jadi sedaya yang boleh dia cuba >memekakkan telinga dan membutakan mata daripada pertelingkahan itu. > >Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa keluar.Apabila berjalan,duduk >di >meja makan atau bersiar-siar,masing- >masing membawa arah sendiri.Akhirnya masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah >lain.Mereka mula menjadi perhatian. >Begitu juga saya.Pelbagai cerita yang saya dengar tentang mereka. > >Selepas lama berselisih faham,si anak sedikit demi sedikit menyebelahi >isterinya.Bagi lelaki itu, ibunya yang >bersalah kerana terlalu banyak meminta,cerewet dan terlalu ambil hati. > >"Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu memujuk isterinya. > >Suatu hari, si ibu memanggil anaknya."Man, boleh tak kau belikan sejadah >untuk emak? Di kedai bawah tu aja,"katanya. >"Emak nak berapa?"soal anaknya. >"Dalam 10 helai." >"Eh,nak buat apa banyak-banyak?"soal si anak lagi. >"Alaaah....nak buat kenangan,lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan dan orang >kampung.Dapat juga pahala, kau pun dapat >pahala sama," kata si ibu dengan tersenyum. > >Mendengar permintaan mentuanya itu,isteri si anak menarik muka >masam.Matanya >merenung tajam wajah suaminya sebagai >isyarat "jangan layan!" Kemudian mukanya ditoleh ke arah lain.Ekoran itu >,si >anak yang pada mulanya mahu menuruti >permintaan ibunya,kembali ke tempat duduk. > >"Tak bolehlah mak.Saya penatlah.Nantilah bila nak balik nanti saya >belikan," >jawab si anak. > >Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya berkecil hati.Dia kecewa anak >kesayangannya itu sanggup mengetepikan >permintaannya, sebaliknya menurut saja apa kata isteri.Lantas dia >berkata,"Kau nih Man,emak nak benda tu pun tak >boleh beri.Tapi kalau orang rumah kau,dah sampai penuh begnya pun kau nak >belikan barang lagi.Emak ni kau belikan >sedikit aja.Sampai hati kau Man." > >Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan keinsafan tetapi tanpa >disangka anaknya naik berang.Dengan meninggikan >suara, dia memarahi ibunya. > >"Emak ni!Apa mak nak buat dengan barang-barang tu?Mak kan dah tua,buat apa >nak beli itu beli ni.Isteri saya adalah >sebab saya beri macam-macam,sampai penuh beg.Saya ada anak.Saya nak belikan >barang-barang untuk anak kami juga!" >katanya dengan muka masam mencuka.Dadanya turun naik menahan >marah.Isterinya >pula tersenyum puas. > >Si ibu terkejut, lantas berkata, "Sampai hati kau cakap macam tu dengan >emak.Aku ni emak kau,tak boleh kau tengking >herdik.Kalau sayang bini pun janganlah sampai emak sendiri engkau >ketepikan,engkau marah-marah,"katanya dengan >kecewa. > >Si anak bertambah berang."Emak tu dah tua,buatlah cara tua!Jangan nak minta >itu minta ini!" > >Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur apabila anak yang dipeliharanya >sejak kecil dengan penuh kasih sayang >sanggup mengherdiknya sebegitu rupa.Tindakan anaknya yang sudah melampau >itu >menyebabkan si ibu marah. > >Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu berkata, "Man, Aku ni emak kau >tau.Aku yang lahirkan engkau.Bila masa >isteri engkau beranakkan kau? Bila masa dia besarkan kau? > >"Ingat Man,emaklah yang susah payah jaga kau, cari duit nak besarkan >kau,hantar ke sekolah sampai kau berjaya >sekarang.Tapi bila dah berjaya kau buat emak macam ni.Isteri kau lebihkan >daripada emak kau sendiri.Dengan isteri >kau cakap dengan baik tapi emak kau sendiri kau tengking-tengking." > >Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, "Kalau beginilah sikap >engkau >Man, mulai hari ini emak haramkan susu >emak yang dulunya kau minum!" > >Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu tadi,anaknya terus jatuh >terjelepok ke lantai.Bagai panahan petir, >kata-kata tersebut seolah-olah "membunuh" si anak tadi serta-merta.Begitu >cepat balasan Allah kepada hamba-Nya. >Tanpa menoleh kepada anaknya yang terbaring di lantai,si ibu tadi bergegas >keluar dari biliknya.Sambil berjalan >dia mengesat air matanya yang menitis dengan lengan bajunya.Dia tidak >menoleh ke belakang lagi.Sementara itu si anak >pula terkulai dengan mata terkebil-kebil.Badannya longlai dan >lembik.Isterinya pula menangis tersedu-sedu. > >Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu.Badannya seperti sedang >sakit,namun apabila diperiksa, doktor gagal >mengesan apa puncanya.Bagaimanapun, bala yang menimpanya itu masih gagal >menyedarkan si anak tadi.Dia dan isterinya >tetap enggan bertegur sapa dengan ibunya.Apa yang telah menimpanya langsung >tidak diambil iktibar.Bagi lelaki >berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan Allah dan tubuhnya tidak sihat >juga bukan satu petunjuk daripada Allah >tentang kesilapannya.Ia cuma kebetulan. > >Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal dan kecewa.Biarpun duduk >sebilik dia diasingkan oleh anak dan >menantunya sendiri.Makanan dan minuman terpaksa dia pergi membelinya di >luar.Di bilik, dan apabila berada di luar >dia lebih banyak termenung dan menangis.Jika jemaah lain bertanya mengapa, >atau di mana anak dan menantunya, wanita >tersebut tidak menjawab.Sebaliknya terus menangis dan menangis. > >Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah.Kesihatan si >anak tadi semakin buruk.Badan dan kakinya >lemah hingga dia tidak terdaya untuk berdiri sendiri.Akibatnya si anak itu >terpaksa dipapah dan diusung semasa >wukuf,sai,melontar jamrah,tawaf dan sebagainya.Badannya benar-benar lemah >untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut. > >Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung,si ibu tadi >menunaikan haji bersama-sama kami,dengan bantuan >dan pertolongan kami, bukan oleh anak dan menantunya. Masing-masing >menjauhkan diri dan tidak bertegur sapa seolah- >olah tidak kenal antara satu sama lain.Suatu hari saya menemui wanita >tersebut. > >"Mak aji...sudahlah tu.Maafkanlah anak makcik tu.Yang lepas tu lepaslah,dia >dah terima balasannya,"kata saya. > >Wanita itu cuma mendiamkan diri.Dia menangis dan mengesat air matanya yang >gugur.Saya terus juga menasihatkannya, >tapi seperti tadi, wanita itu langsung tidak mahu menjawab barang sepatah >pun.Dia sebaliknya cuma menangis.Dari raut >wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan menantunya >hingga dia tidak sanggup lagi bercakap >tentang mereka. > >Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki berkenaan seolah-olah >terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah >berlaku dan apa yang sepatutnya dibuat untuk menyelesaikan masalah >tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan bibir >bila saya sebut nama mentuanya. > >Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji dan seterusnya kembali >ke >tanah air. Sejak itu saya tidak >menghubungi mereka lagi.Khabar yang saya terima memang mengejutkan.Saya >diberitahu, sejak pulang ke tanah air >si anak tadi sakit terus-menerus.Penyakitnya agak kronik dan gagal diubati >doktor. > >Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak >berubah.Anak >yang telah mendapat balasan Allah juga >masih tidak insaf dengan kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan >sikap anaknya, tetap enggan memaafkannya. >Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi antara satu sama >lain. > >Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia >selepas menderita sakit selama 10 tahun. > >"TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI >KEPADA-NYA DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA, >JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN >BERADA DALAM PEMELIHARANMU, MAKA JANGANLAH >KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN KAMU BENTAK >MEREKA >TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA >KATA-KATA MULIA. DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN >KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH KEPADA >TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU SEBAGAIMANA MEREKA TELAH >MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU MASIH KECIL." > >~Surah al-Israa' 7:23-24. > > >Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: > >"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA >SAHAJA >YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA >KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA >PELAKUNYA >DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL >DUNIA." MailCity. Secure Email Anywhere, Anytime! http://www.mailcity.lycos.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Red Arowana" <[EMAIL PROTECTED]>