*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject:
        [ADIL-Net] Dari DUN Sanggang.
   Date:
        Thu, 30 Mar 2000 15:31:13 PST
   From:
        "sonnie hafney" <[EMAIL PROTECTED]>
     To:
        [EMAIL PROTECTED]




Salam buat semua~

Satu Forum bertajuk NOSTALGIA FORUM PERDANA telah di adakan pada 30/3
bersamaan hari Khamis malam Jumaat bertempat di padang bola Kg.Raja
Songsang,Mentakab.Perasmian forum dibuat oleh Yb dato'presiden PAS
Ustaz Fadhil Nor.Ahli-ahli forum terdiri dari Prof.Dato'Dr.Haron Din
Ustaz Ahmad Awang,Ustaz Abd.Ghani A.Rahman dan Yb.Dato'Tuan Ibrahim
Tuan Man.Manakala pengerusi forum adalah seorang yb dari Kelantan.
Sambutan masyarakat tempatan sekitar Temerloh/Mentakab amatlah luar
biasa.Dianggarkan sekitar 10,000 yang hadir pada forum tersebut.Pel
bagai isu semasa termasuk menjawab segala tohmahan dan fitnah yang di
lemparkan terhadap PAS dalam pilihanraya DUN Sanggang telah diperjelas
kan oleh keempat-empat panel.Mereka juga memberi kefahaman kepada se
tiap yang hadir,kenapa kita perlu mengundi calun PAS berbanding dengan
calun BN yang ada.Seperti biasa majlis tamat jam 12.00 malam.

Sambutan masyarakat Cina khasnya di bandar Mentakab begitu memberang
sangkan apabila satu dialog telah diadakan pada siang hari 29/3/00
diantara kaum Cina dengan Yb Dato'Nik Aziz Nik Mat ( MB Kelantan )
bersama Yb.Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man ( ADUN Jengka )bertempat di ban
dar Mentakab.Mereka berdua disambut dengan tarian singa.Ceramah anjur
an DAP pun mendapat sambutan yang amat baik sekali oleh kaum Cina.
Antara penceramah DAP yang turut serta berkempen adalah Sdr.Lim Kit
Siang selaku Pengerusi DAP Kebangsaan,anak beliau sdr.Lim Guan Eng,
Dr.Tan Seng Giaw ( MP Kepong )Ketua Wanita DAP Kebangsaan ( MP Bukit
Mertajam )Mp paling muda di Parlimen iaitu amoi DAP dari Batu Kurau
Perak pun ada juga.Dari penelitian,saya tak nampak kenapa calun BA
dari PAS iaitu Dato'Hishamudin Yahya tak boleh memenangi pilihanraya
kecil bagi DUN Sanggang.

Selain DAP,parti Keadilan Nasional tidak ketinggalan juga untuk turun
berkempen.Pada 29/3/00 Keadilan Pahang telah menganjurkan satu cera
mah di bandar Mentakab dengan sekitar 7,000 yang hadir untuk mendengar
amanat dan isu-isu semasa yang disampaikan oleh para pimpinan Keadil
an pusat dan negeri.Antara pemimpin yeng hadir ialah Yb.Permatang Pauh
Datin Seri Dr.Wan Azizah,Sdr.Ezam Mohd Nor,Lokman Nor Adam,Sdr.Hamdan
Taha selaku Setiausaha Keadilan,Sdr.Gobalakrishnan yang mewakili kaum
minoriti India,beliau begitu bekerja keras demi mendapatkan sokongan
kaum india sekitar DUN Sanggang.Bukan sahaja saya dan rakan-rakan BA
malahan kaum Cina pun memuji dan menggemari Sdr.Gobalakrishnan dari
Keadilan Nasional.Turut serta Yb.Keadilan Kemaman Terengganu pun ada.

Siri Ceramah yang tak putus-putus semenjak hari penamaan calun hingga
31/3/00,membuatkan orang BN tak senang duduk.Ceramah merika yang di
hadiri oleh pelbagai menteri pusat dan MB-MB kurang mendapat sambutan.
Adalah dianggarkan sekitar RM 7 juta diperuntukan untuk BN menang
di DUN Sanggang.Segala poster,banner,sign-board ditempatkan sekitar
Mentakab dan Temerloh,walaupun di luar dari DUN Sanggang.Ini namaya
kerja membazir BN yang menggunakan duit rakyat semata-mata untuk meme
nangi hati rakyat kawasan Sanggang ini.

Beberapa truck FRU ( Unit Simpanan Persekutuan ) telah mula tiba di
bandar Mentakab,kononnya untuk persiapan polis bagi menghadapi seba
rang kemunkinan semasa proses pengundian dijalankan pada Sabtu ini
1/4/00.Papan amaran telah diletakkan dihadapan pintu masuk sekolah
dimana pengundian akan dijalankan.Tujuannya supaya perayu perayu undi
tidak dapat menjalankan tugas dengan selesa.Kalau begitu keadaannya,
dimanakah letaknya pondok-pondok panas,tempat semakan daftar pemilih?
Sebab disitulah juga tempat perayu-perayu undi menjalankan tugas mere
ka.Sesiapa yang didapati melanggar peraturan akan didenda RM1,000 atau
1 tahun penjara.Amaran ini dikeluarkan oleh SPR.

Sama-samalah kita doakan semuga tiada sebarang kekecuhan berlaku sepan
jang proses pengundian dan pengiraan undi berjalan.Satu lagi harapan
besar kita semuga calun PAS dari BA akan memenangi pilihanraya kecil
DUN Sanggang ini,insya'allah!

Ceramah penutup DUN Sanggang.

Tarikh: 31/3/00.
Tempat: Kg.Tan Sri Yahya,Songsang.
Masa: 9.00 malam.

Penceramah terdiri dari:-

Dato'Fadhil Nor - Presiden PAS.
Dr.Wan Azizah - Presiden Keadilan Nasional.
Sdr.Lim Kit Siang - Pengerusi DAP.
Dr.Syed Husin Ali - Pengerusi PRM.
Dato'Hisyamudin Yahya - Calun BA dari PAS.
Sdr.Lim Guan Eng - DAP.

Sekian diakhiri dengan ucapan JAZAKALLAHU HOIRAN KASIRO.

Jumpa lagi,Wassalam~


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


------------------------------------------------------------------------

GET A NEXTCARD VISA, in 30 seconds!  Get rates as low as 2.9%
Intro or 9.9% Fixed APR and no hidden fees.  Apply NOW!
http://click.egroups.com/1/936/6/_/18799/_/954459074/
------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
 [EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
 [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

 ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/









 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to