*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu’alaikum,
Membaca posting oleh sekerat dua pengirim wanita kengkadang amat menjemukan.
Menulis hanya sebaris dua dan tiada apa-apa pengajaran atau nasihat yang
dapat kita perolehi. Contoh terdekat, Sdri Nysyazana. Tulisan sdri tak
lain tak bukan hanya untuk menyakitkan hati dan memperleceh-lecehkan
pihak-pihak tertentu terutamanya golongan ulamak. Bahasa yang sdri
digunakan turut bercelaru dan menggunakan perencah yang kurang sopan seperti
“Ulamak Tahi Kucing”. Sepatutnya, beliau harus menggunakan ungkapan yang
manis dan sopan jika ingin meluahkan kegundahan hatinya. Bahasa kita begitu
kaya dengan kata dan ungkapan yang mudah, senang dan manis yang telah kita
pelajari dari ibonda sejak dari kecil. Mengapa tidak kita gunakan?
Begitu juga halnya dengan Yannie, sdr tidak berfikir panjang sebelum
menuturkan kata-kata. Kita kaum wanita ni pada zahirnya dianggap lembut.
Tetapi sdri di sebaliknya. Cuba lihat beberapa penulis wanita spt Puan Sri
Ain, Datin Pabiyah (sekadar menyebut beberapa nama), tulisan mereka bernas
dan jarang menimbulkan kontroversi. (Kembang lah dia !).
Anti-Harakah, dia ni tak heranlah sebab dia fifty-fifty. Nak panggil
lelakipun boleh, pompuan pun boleh.
Satu-satunya penulis lelaki yang terikut-ikut dengan rentak dan irama mereka
di atas ialah Ghazi Ahmad. Sedih bila membaca posting sdr yang pastinya
hanya dua tiga baris tu. Tapi, sdr masih belum terlambat. Jika sdr mahu
belajar dan kembali ke pangkal jalan, teliltilah dengan akal dan fikiran
tulisan-tulisan drp penyumbang-penymbang veteran spt. Pak Din, Pak engku,
Adam, Mencelah sikit (ye ke lelaki ni?), pastinya sdr akan dapat mempelajari
sesuatu daripada mereka.
Harap maaf.
Wassalam.
MAWAR BERDURI
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>