*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



>    Waalaikumussalam w.b.t
> 
> 
>       Terima kasih kerana Saudara sudi mengingatkan saya.Sebenarnya,dlm
> perbincangan saya sebelum ini, hanyalah bertujuan agar kita semua dpt  berfikir
> bersama. Mana yg salah dpt kita perbetulkan, kita sesama islam haruslah saling
> ingat-mengingati, saling berpesan antara satu sama lain.Tapi ada juga yg menuduh
> sebagai orang yg pro itu, pro ini....itu terpulanglah pd saudara. Itu adalah hak 
>anda..selagi masih bersuara, suarakanlah hak2 anda..tiada siapa yg menghalang! 
> selagi ianya tidak bertentangan dgn ajaran Islam.Apakah dlm islam kita tidak 
>dibenarkan melihat sebarang kekurangan, tidakkah bertambah elok, seandainya yg kurang 
>kita pertambahkan, yg elok kita percomelkan lagi...kita sedia maklum, tiada
> siapa pun yg perfect didunia ini..Ya..!!! kita menyatakan sokongan tak semestinya
> kita harus " Yes..Boss". "Orait ..Sir" kita dikurniakan akal ,tiada manusiapun yg 
>melarang kita berfikir...berfikir menggunakan akal fikiran kita yg waras-sewarasnya.
> Tak perlulah kita terlampau taksub pd sesiapa. Ada yg salah faham...kalaulah kita
> ini mengkritik sesuatu, tidaklah bermakna kita tidak berpihak padanya, kita berpihak
> pd yg lain dan sebagainya.Otak kita ni kecik aje kalau nak dibandingkan dgn otak 
>gajah...hidung kita pun taklah mancung sangat kalau nak dibandingkan dgn hidung 
>gajah.kita sebagai manusia yg dikurniakan akal...jangan terlampau sempitkan pemikiran 
>kita ini. Kepada "orang itu"...Harap saudara faham apa yg saya cuba ketengahkan dan 
>perbincangkan. Maafkan Hamba sekiranya tersinggung.
>     "Mungkinkah berkeupayaan memiliki kereta" Saudara [EMAIL PROTECTED]
> Hamba highlightkan sikit...Suatu ketika dulu, masa tu saya kecik lagi...ditahun 70an 
>dikampung sayalah, masa tu hanya sebuah rumah aje yg memiliki peti telivisyen, rumah 
>kedai dan menggunakan kuasa generator.Sebab utama, tiada kuasa elektrik dan ramai yg 
>tidak mampu ketika itu. TV diera 70an merupakan barang mewah..Era 80an pula, Telefon 
>rumah(Telekom-PSTN) merupakan barang mewah..
> awal 90an Handphone menjadi kegunaan penting, cuba tengok sekarang...adakah benda2 
>tu semuanya dianggap sebagai barang mewah? tidak lagi kan?....malah setiap rumah 
>sekarang ni, ramai yg mampu memiliki komputer peribadi..begitu jugak, saya nak 
>kaitkan dgn rasa pelik saudara Tiang_jawi dgn mampu memiliki kereta. Mungkin saudara 
>ingat pergi berniaga dipasar menggunakan Mercedes Benz. Mungkin saudara sekarang ni 
>menggunakan siri SLK, S320, takpun Trooper,
> Pajero dan yg seangkatan dgnnya. Alhamdulillah, jika saudara mampu memilikinya.
> Tapi macam saya ni yg mampu memiliki sebuah jenama Proton, adakah orang
> lain menganggap ianya sebagai kenderaaan mewah???... Anda sekelian pun pasti 
>tergelak jika sekiranya, ada berita melaporkan bahawa..." sebanyak 10 buah kenderaan 
>mewah disita kerana melarikannya dari dikenakan cukai...diantaranya
> 3 buah jenama Proton saga Aeroback, 4buah Iswara dan yg selebihnya adalah 
> Proton Wira"....kalau pakcik2 tu menggunakan Datsun120Y,OPEL Cadet...kita
> nak letakkannya kat ranking manalah agaknya...golongan susah, golongan pertengahan, 
>ataupun golongan mewah???? 
>       Baru2 ni juga, dikawasan saya menjadi isu tentang pembahagian Zakat..
> Berapa ramai lagi sekarang ni yg kita boleh mendefinasikannya sebagai golongan
> orang2 yg fakir. Last2 sekali , Yg memiliki motor bot, ladang getah 5-6 ekar masih
> dikira layak menerima wang zakat.Asalkan "orang aku" semuanya boleh.Tentang
> saguhati pd yg cemerlang UPSR, saya fikirkan adalah lebih baik dikaji balik tentang
> pemansuhannya.Ini adalah satu penghormatan yg besar pd mereka yg berjaya, agar
> dpt lagi membakar semangat utk terus cemerlang dimasa2 yg akan datang.Kita
> fikirkanlah bersama utk anak2 bangsa kita semua.
>       Pas telah berjaya memerintah Terengganu.Slogan Tahun Melawat Terengganu 97, 
>Beautiful state,beautiful culture..orangnya baik.Kita kena kaji> 
> macamana dgn sifat2 semulajadi orang2 Trg. Kata orang, lain padang lain belalang,> 
> Kena kaji balik sebab2@faktor2 yg menyebabkan kemenangan PAS dlm pilihanraya
> yg lalu di Trg.Kalau takde pengundi yg mengundi PAS, masakan Pas boleh 
>menang..Siapakah pengundi itu? Mestilah peratusan terbesarnya adalah rakyat Trg itu 
>sendiri kan? Apa yg menyebabkan rakyat Trg telah bertukar arah..mestilah
> ada penyebabnya..cause and effect tu mesti ada...Ada ke kita nak bagitau orang
> yg contohnya...Ali..!! , Abu telah meningggal...Ali tanya 'Kenapa?..kita jawab
> dah sampai ajalnya...samalah jugak kalau kita berbincang sesuatu dgn seseorang.
> Last2 sekali...dia jawab, nak buat macamana...Takdir..takdir.Pas telah berjaya
> memenangi  pilihanraya yg lalu di Trg..seharusnya juga berjaya memenangi hati 
>rakyat2nya jika sekiranya utk terus bertapak kukuh di Trg...kalau tidak pastinya
> hujan melanda ditengahari.Budaya "ikut-mengikut" ni ada baik dan juga sebaliknya.
> orang masuk Pas kita masuk Pas, orang takbir, kita turut sama bertakbir...orang 
> kat surau 5 waktu, kita kat kedai kopi...itu tak betul, ini tak betul. Orang2 yg 
>macam ni lah yg rosak lagi merosakkan...bermacam2 diambil tahu, sembahyang imam tu 
>tak sah, sembelih orang tu tak boleh makan...nikah tak sahlah.orang berpolitik, dia
> berpolitik...kokok berderai2, ekor bergelumang s**t... 
>       Kalaulah kita "berkehendakkan orang" ,kita hendaklah memberi contoh yg baik 
>padanya. Kalau kita mengaku orang parti Pas, kita kenalah menjaga adab-tatasusila 
>kita, baik perbuatan maupun percakapan kita.Dlm mailing ni pun, macamlah percakapan 
>kita juga. Jagalah adab kita..pd yg sedang bercakaran dlm ni, harap dpt hentikan. Tak 
>gunanya drp terus berterusan lagi. Teringat saya pd siri2 ceramah Us. Ismail kamus yg 
>lalu...katanya..Lepas ceramah ni " Kalau tikar bawak balik,surat khabar pun bawak 
>balik...jangan nanti orang kata orang Pas tak reti bahasa. forget and forgive, let's 
>the spirit!
>       kita jangan terlalu cepat menghukum sesuatu perkara itu.Jangan sampai
> spt menepuk air didulang, terpercik ke muka sendiri. Pernah terjadi pd diri saya,
> ada seorang pernah bersoal jawab dgn saya... engkau ni sembahyang dgn imam
> tu....kau tau tak sembahyang kau tak sah!..kebetulan imam tu jugak yg menjadi 
> juru nikah di kawasan saya semenjak dulu lagi...Kata saya ..kalau tak sah, macamana 
>dgn orang yg dinikahkan oleh imam tersebut? semua tu tak sah jugaklah, katanya. Saya 
>kata, lepas ni kau balik tanya orang tua kau, sapa yg menikahkannya dulu....lepas ni 
>kau tahulah, engkau ni siapa.Kalau tak sah, dia tu 
> anak apa?
>       Yg lalu, dijadikan pengajaran dan sejarah.w/pun tidak dilaporkan, tapi 
> kita mengetahuinya dari sumber2 lain yg boleh dipercayai.Kenapa ada timbulnya
> kemungkinan? Kenapa kita tidak cuba utk belajar mengakui sesuatu yg telah
> terjadi/berlaku.Kenapa perlu berdolak-dalih disini.Bukannya saya nak merekakan
> benda yg tidak ada, saya pun tahu hukumnya orang berdusta apabila bercakap.
> banyak cakap-banyak salah, banyak salah-banyak dosa,banyak dosa-neraka 
>tempatnya.Kita selalu pandang ringan terhadap perkara2 yg kecik. Benda2
> yg kecik ni lah, lambat-laun akan membinasakan kita semua.
> Maafkan saya jika sekiranya ada terkasar bahasa,typing error, menyinggung
> mana2-pihak, individu dan semuanya.
> Wassalam!  
> 
> 
> 
> 
>  
>       
>       
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> Assalamualaikum w.w
> 
> Kita patut sahut seruan sdr Azmi supaya berhujjah berdasarkan fakta dan 
> realiti bukan semata-mata emosi yang dikongkongi oleh kebencian serta 
> dendam.  W'pun kita perlu menganalisis adakah fakta yang kita ketengahkan 
> itu bersesuaian dengan hujjah kita ataupun sebaliknya.
> 
> Satu contoh ingin saya kemukakan di sini ialah 'protes' sdr Azmi tentang 
> pemansuhan tol jambatan dan bukannya bayaran letak kereta.  Menarik cara sdr 
> berhujjah kerana, menurut sdr "Cuba tengok kat bandar KT, terutamanya 
> kawasan Pasar Kedai Payang...full park everytime. Kita tengok siapa yg > 
> setiap hari mengunjungi tempat terseb> ut.Kebanyakan pakcik2 dan pakcik yg 
> taraf kemiskinannya jauh lebih tinggi berbanding orang2 yg menggunakan tol 
> dijambatan Sultan Mahmud tersebut".  Soalan saya : Kalau pakcik2 ini taraf 
> kemiskinannya lebih tinggi mungkinkah mereka berkeupayaan memiliki kereta 
> dan meletakkan kereta mereka di kawasan tersebut sehingga penuh?.
> 
> Satu lagi sdr bekecelaru dalam membahagikan bidang kuasa kerajaan pusat dan 
> kerajaan negeri.  Pendidikan adalah bidang kuasa kerajaan pusat tapi Yayasan 
> Terengganu dalam bidangkuasa Kerajaan Negeri.  Jadi andainya tiada hadiah 
> duit/basikal dll dari Pejabat Pendidikan Negeri, tanyalah pada pihak 
> Kementerian.  Tapi kalau Y.T'ganu menghentikan pemberian hadiah tersebut 
> maka bolehlah bertanya kepada K. Negeri.
> 
> Pembekuan projek tidak semestinya kesalahan K. Negeri.  Jika peruntukan 
> projek tersebut dari K Pusat apa yang dapat dilakukan kalau mereka nak 
> hentikan.  Ini mungkin tindakan balas dendam/lepas geram pihak tertentu.  
> Sifat ini tidak sepatutnya ada pada diri seorang yang begelar pemimpin.  
> Saya tak fikir pihak swasta tulin terikut-ikut dengan tindakan spt ini.  
> Lainlah kalau keputusan bisnes mereka lebih hampir kpd keakrapan hubungan 
> dengan individu tertentu, bukan atas merit bisnis.
> 
> Walau b'pun saya setuju yang tidak semua pengikut/ahli PAS berfikiran 
> terbuka ketika berhujjah dan bertindak.  Apa yang yang perlu dikhuatirkan 
> kalau kita yakin berada pada landasan perjuangan yang benar.  Kes kelas 
> tadika kemas mungkin benar berlaku atau sebaliknya sebab lapuran berita 
> hanya terdapat dalam akhbar anti PAS.  Walau b'pun yang patut diikut/dengar 
> adalah apa yang pucuk pimpinan katakan.  Tambahan pula mengikut saudara, 
> insiden ini dah pun selesai. Kalaulah benar ini berlaku apalah sangat jika 
> dibandingkan dengan derita yang ditanggung oleh pensimpati PAS akibat 
> tindakan parti lawannya.  Namum kini bukan alasan untuk ahli PAS 
> melakukannya.
> 
> Saya juga setakat ini dulu.  Juga minta maaf sekiranya saya menyinggung 
> mana2 pihak. Bukan niat saya nak mengata sesiapa.
> 
> 
> Wassallam
> 
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
> 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Azmi B. Mohd Nor (Central)" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to