*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya:Sabda Rasulullah s.a.w.."Sesungguhnya
Allah tidak melihat pada rupa paras dan harta kamu ,tetapi kepada hati dan
amal kamu."(Muslim)

Dalam Hadis ini menerangkan akan kepentingan Niat dan mengamalkan segala
niat  itu dengan seikhlas-ikhlasnya kerana Allah s.w.t.
Allah s.w.t. telah memberi petunjuk di dalam Al-Quran serta hadis
Rasulullah s.a.w. sebagai panduan untuk membezakan diantara kebenaran dan
kebatilan.Dari situ pula sampaikan oleh sahabat-sahabat kemudian disambung
oleh salafussoleh(ulamak yang hidup sehingga 300 tahun selepas kewafatan
Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal 11 Hijrah pada hari Isnin).
kemudian disambung oleh ulamak-ulamak terkemudian untuk pengetahuan
kita.Oleh itu saranan ulamak yang tidak terikat dengan gaji atau elaun
dalam sesuatu organisasi (Ikhlas kerana Allah s.w.t.)adalah dari Allah
s.w.t. dengan lafaz dan cara yang berbeza tetapi membawa maksud yang sama
sepertimana perintah Allah yang Maha Besar
yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya:Sabda Rasulullah s.a.w.:"Siapa
percayakan Allah dan Hari Akhirat maka berbaktilah kepada jirannya.Siapa
percayakan Allah dan Hari Akhirat muliakanlah tetamu dan siapa percayakan
Allah dan Hari Akhirat hendaklah bercakap apa yang baik atau pun
diam."(Syaikhan)

Daripada Qais bin Abi Hazim r.a. katanya:Sabda Rasulullah s.a.w."Siapa yang
menghilangkan dari orang mukmin suatu penderitaan dunia ini, Allah akan
menghilangkan daripadanya bencana di Akhirat.Siapa yang membantu orang yang
susah Allah akan menolongnya didunia dan Akhirat dan siapa yang melindungi
orang muslim Allah akan melindunginya didunia dan Akhirat.Allah bersedia
menolong Hamba selama Hamba itu sentiasa menolong saudaranya."(Muslim)

AMIN.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sharin_Mohamad_Sa'[EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke