*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
   

(aii...tak sempat nak menulis pulak hari ini, tapi tak apa lah, sapa yang
kelapangan boleh baca nota ini yang ada dalam simpanan saya)

Psikologi Sosial : PAKAR PEMUJUK (PERSUASI)

Dalam dunia ini ada orang yang berkerja sebagai mempengaruhi fikiran kita
supaya terpengaruh dengan mereka. Objektif mereka supaya keputusan kita,
akan menguntungkan mereka.

(Ramai lah orang seperti ini di sekeliling kita, sama ada yang dibayar gaji
atau yang tak ada gaji.)

Orang yang berkerja di syarikat pengiklanan dianggap profesional untuk
mempengaruhi fikiran kita. Mereka dibayar gaji untuk tujuan tersebut.
Mereka mempunyai teknik teknik untuk mempengaruhi kita. Golongan yang lain
pula ialah seperti ahli politik, juru jual dan pendakwah.

(saya pun pernah terpengaruh dengan jurujual, dia kata "belilah barang ini
….baik …saya selalu gunakan" saya pun beli… saya terpengaruh dengan kata
kata dia ..bukan tertarik dengan  barang itu. Orang yang jual ubat biasanya
banyak teknik seperti ini..kita pun boleh guna teknik seperti ini ..tapi
hati-hati takut jadi menipu pula)

Contoh dalam pengiklanan , rokok dianggap tidak berguna pada manusia (malah
ada ulama yang keluarkan fatwa haram) , tapi pakar pengiklanan pandai ubah
fikiran kita supaya tertarik dengan rokok. Iklan rokok tapi yang
ditonjolkan ialah pengembaraan atau pakaian yang mewah-mewah. Jadi rokok
dikaitkan dengan barangan mewah.

(tapi saya rasa..unsur ketagih yang banyak mempengaruhi pengguna membeli
rokok daripada teknik pemujukan  )

Ahli politik dan pendakwah pula bukan jual benda , tapi jual idea. Mereka
mahu kita sokong mereka atau ubah tabiat kita sekarang. Cuma ahli politik
dan pendakwah mempunyai matlamat yang berbeza. Ahli politik untuk
kepertingan parti dan kuasa, manakala pendakwah mengharapkan ganjaran
daripada Allah. Tugas Da'I  sama dengan tugas jurujual(peniaga),cuma
matlamat tak sama…sesuailah dengan maksud ayat ini :
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan
yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (QS. 61:10)
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah
dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu
mengetahuinya, (QS. 61:11)

( itulah bezanya antara UMNO dan PAS, UMNO berjuang untuk kepentingan
politik(orang Melayu), sedangkan PAS bukan hanya politik tapi dakwah
(kedua-duanya sekali)…dan mereka(UMNO) jadi jahil bila kata syurga dan
Neraka adalah satu rasuah politik….tapi tidak dinafikan ahli PAS pun ramai
juga yang jahil, zaman dulu pun ada…kalau tidak mana ada orang kecing dalam
masjid pada zaman Nabi. Tapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak
PAS.)

 Pemujukan tidak lagi digunakan apabila kuasa sudah ada. Namun kedua-dua
elemen ini boleh digunakan bersama-sama supaya matlamat lebih berkesan.

(Saya fikir PM lebih banyak guna kuasa daripada pemujukan…untuk
pertandingan jawatan Presiden UMNO….kata-katanya sudah menjadi arahan…..apa
nak kata…Tahniah pada PM kerana kekal sebagai Presiden UMNO.)
 
Orang yang rapat di sekeliling kita seperti ibu bapa, suami / isteri, dan
kawan –kawan  Banyak mempengaruhi kita dengan pemujukan. Kadang-kadang kita
tak perasan rupa-rupanya mereka telah menggunakan teknik pemujukan.

(kepada orang UMNO yang terasa hati harap maaf....banyaklah
bersabar....sapa suruh sokong UMNO)





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke