*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(sambungan catatan temubual dengan seorang muslimah,
isteri salah seorang saf kepimpinan PAS Johor)


Tanya : Di Johor khususnya, ada cerita-cerita yang
mengatakan ada isteri-isteri ahli PAS sendiri yang
belum menjadi ahli muslimat PAS. Kalau ini benar, pada
pandangan akak apakah jalan penyelesaiaan yang positif
yang harus kita ambil ?


Jawab : Sebenarnya situasi seperti ini memang ada. Di
kawasan saya ni pun ada beberapa kes. Si suami agak
aktif dengan jamaah, tetapi si isteri pula bukan
setakat tak sokong PAS malah jadi AJK UMNO. Dalam hal
ini, saya kira si suami harus memainkan peranan yang
penting. Kita duduk serumah, saya kira ada ruang yang
lebih terbuka untuk membentuk isteri sendiri. Tetapi
membentuk isteri pun bukan kerja mudah dan ringan.
Lebih-lebih lagi melibatkan soal hati dan fiqrah.
Sebagai ahli PAS si suami patutnya bukan hanya
berusaha untuk mendakwahkan isterinya dengan lisan
semata-mata, malah yang paling berkesan ialah dakwah
dengan perbuatan. Maksud saya bukanlah memukul...tapi
tunjukkan akhlak Islam yang baik dengan isteri.
Tunaikan tanggung jawab kita sebaik mungkin. Tampilkan
diri kita sebagai suami mithali. Lunasi keperluan
keluarga kita dan seumpamanya lagi. Yang paling pokok
harus bijak, sabar dan bertawakal. Saya yakin
sekeras-keras hati wanita akan lembut juga bila
berdepan dengan suami yang cukup bertanggung jawab dan
penyayang. Tapi kalau si suami sendiri pun perangai
teruk, akhlaknya teruk, macamana isteri nak terpikat.
Malah ianya membahayakan jamaah. Isteri akan memperli,
inikah perangai orang PAS. Dalam pada itu, muslimat di
kawasan atau cawangan pun perlu memainkan peranan.
Ambillah sikap ringan tulang membantu apa-apa
kesulitan keluarga tersebut. Biar si isteri itu terasa
akan kemesraan dan buah tangan pertolongan kita.
Ziarahilah selalu mereka, sekurang-kurangnya untuk
bertanya khabar. Saya teringat satu pengalaman manis
di sini. Ada seorang ahli baru PAS, dia masuk PAS tapi
isterinya tak masuk dan jadi SU Wanita UMNO cawangan.
Saya dengar cerita kadang-kadang tu, kerap
jugalah...si isteri sengaja kunci pintu dari dalam
bila suaminya balik lewat malam kerana mengikuti
program PAS. Tidurlah si suami itu dalam lorinya
kerana si isteri tak nak buka pintu. Si isteri ni
pulak, bila kami bercadang untuk ziarah, tak bagi kami
datang rumahnya. Susah juga. Tapi satu ketika si
isteri tadi bersalin, jadi saya dan beberapa muslimat
yang lain datang ziarah. Ada lah peluang bertemu dan
beramah mesra dan memberi hadiah. Selepas itu saya
sering menziarahinya dan bila saya balik ke Kelantan,
saya akan belikan untuknya hadiah-hadiah, kain
batiklah, keropoklah...dan,alhamdullillah, dalam
pilihanraya baru-baru ni si isteri tadi dah jadi
petugas pondok panas PAS. Walaupun pada masa yang sama
ayahnya adalah petugas pondik panas UMNO. Saya dengar
cerita, suaminya juga banyak berusaha, berbagai ayat
dan hujah yang dia minta dari ustaz untuk melembutkan
hati isterinya. Alhamdulillah, Allah beri hidayah
kepada mereka sekeluarga. Mudah-mudahan Allah juga
mengurniakan saya sekeluarga kebaikan.


Tanya : Maaf akak saya tanya soal agak peribadi.
Antara tanggung jawab isteri ialah melayani suami
dengan sebaik-baiknya. Dalam usaha mununaikan tanggung
jawab ini bagaimana sikap akak ?


Jawab : Ini soalan berat lagi nih...(ketawa) tak boleh
cerita lebih-lebih ni....Kita isteri ni, itu adalah
perkara paling asas dalam memupuk hubungan baik dengan
suami. Kemesraan, pujuk rayu dan luahan kasih sayang
perlu sentiasa hangat kepada suami. Apa salahnya ?
Saya perhati kadang-kadang kita ni terlalu serious
dalam keluarga. Alasannya ialah sibuk dan letih banyak
kerja. Dalam letih-letih buat-buat mesra pulak, nanti
tak pasal-pasal si dia tu naik sheikh pula, susah juga
kan ?....(ketawa)....tapi saya rasa kita isteri kena
well prepared setiap masa. Maaflah kalau saya nampak
ortodok dalam hal ini. Layanan mesra dan terbaik dari
kita amat perlu kepada seorang suami. Saya suka
bersikap terbuka dengan suami dalam hal ini. Biar dia
paham keadaan kita. Kita manusia yang serba lemah.
Kita isteri ni pun bukanya tahu sangat bila dia
hendak...(ketawa)....alih-alih nak saja...kita tak
prepare, ni yang kadang-kadang mood tak berapa
mengancam..(ketawa)....boring juga tu...tapi kita kena
usahakan agar ianya mencapai yang terbaik...rasanya
betul tu. Suami saya pernah sebut, dia sering berada
di luar, kadang-kadang tempias suasana di luar itu
merangsang jiwa orang lelaki, jadi untuk mengurangkan
daya tarikan di luar rumah yang berbagai itu, maka
isteri harus memainkan peranan. Naqibnya dulu pernah
pesan katanya, kalau hati kita gelisah kerana gejolak
nafsu, maka jangan keluar rumah melainkan selesaikan
dulu dengan isteri. Kalau tidak agak sukar nak jaga
hati dan mata. Bila memikirkan hal ini, apa salah
kalau kita sebagai isteri dengan penuh kasih sayang
bantu suami kita untuk sentiasa bersih hati dan
matanya dari kemungkaran. Kita pun tak rugi...dapat
juga...(ketawa) dapat pahala lah...Saya rasa kita
perlu lebih terbuka. Si suami harus diberi faham agar
mengerti sudut-sudut keperluan isteri dan kelemahan
mereka. Jangan mudah merajuk atau ambil hati apabila
hajat mereka tak terpenuhi mengikut kehendak mereka.
Isteri kena berterus terang secara baik dan kasih
sayang kepada suami agar tak timbul sebarang salah
faham, salah pendekatan, salah time, salah tempat dan
banyak salah-salah lagi ...(ketawa....) Saya kira
dalam hal ini tak perlulah nak malu-malu sangat untuk
berbincang dengan suami.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Lajnah Tarbiyyah DPP Johor <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke