PARLIMEN: RTM SIARKAN IKLAN KIRA-KIRA RM1.7 JUTA SEMASA PILIHAN RAYA

 

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Bayaran yang diterima bagi siaran iklan melalui rangkaian radio dan televisyen RTM pada pilihan raya umum lepas bernilai RM1,355,881.50.

Timbalan Menteri Penerangan Datuk Khalid Yunus memberitahu persidangan Dewan Rakyat mengenai perkara itu hari ini semasa menjawab soalan Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat).

Beliau bagaimanapun tidak menjawab soalan tambahan Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong) yang ingin tahu nama syarikat yang membayar iklan berkenaan.

Tindakan Khalid itu menyebabkan Chow dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) bangun serentak mendesak Khalid memberikan jawapan kerana ia adalah soalan tambahan.

Khalid kemudian berkata beliau hanya menjawab soalan yang dikemukakan dan sudah menjawab soalan berkenaan.

Jawapan Khalid itu menyebabkan anggota pembangkang bising kerana tidak berpuashati tetapi ditenteramkan oleh Speaker Tun Mohamed Zahir Ismail dan meminta Kamaruddin! mengemukakan soalan tambahan.

Kamaruddin bertanya adakah kemungkinan syarikat yang membayar iklan berkenaan boleh dikenakan tindakan menurut Akta Rasuah kerana berkemungkinan terlibat dalam mendapatkan tender kerajaan kerana Menteri Kewangan dan Bendahari Umno adalah orang yang sama.

Khalid hanya berkata: "Itu soal lain."

-- BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke