*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TOLONG!!!!!!!!!! aku macam kena geletek.  Gelak jangan tak gelak dengan
kenyataan Alu Rustam.  PErasan le dia, kerajaan Kelantan dan Terengganu
nak buat lawatan rasmi ke Melaka.  Pinggan tak retak, nasik tak dingin.

Kesian Pak Ali, macam-macam cara dia lakukan untuk mengambil hati PM
kesayangan beliau agar lepas ni dapat pulak jadi TPM ke kalau PM nak
tendang Dollah Badawi.  Aduuuuui hai, Pak Ali... Pak Ali........ 
Ataukah dia nak dapat undi terbanyak untuk MT?  Maka senanglah lepaih
ni dapat jadi Naib pulak, lepaih Naib untuk-untung dapat lak Timbalan
berkat lagaknya yang brutal tu.  Heh heh negeri kecik tak pa, asai hati
besar, beb!

--- "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Bagi menunjukkan integriti beliau, MB Melaka juga sepatutnya
> mengeluarkan
> larangan yang lebih ketat bagi lawatan rasmi ke tempat-tempat yang
> mana
> dasar-dasar yang tidak baik diamalkan dan boleh memberi pengaruh
> seperti
> mana-mana negara-negara bukan Islam, negara-negara yang Islam hanya
> tinggal
> pada nama spt Turki dsb.
> Tak gitu???
> 
> Dan... apa yang dimaksudkan dengan dasar-dasar yang tidak baik yang
> dilakukan oleh kerajaan Kelantan & Terengganu?
> I guess beliau tak mention sebab takut backfire kot?
> 
> -----Original Message-----
> From: Sifu [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Friday, 07 April, 2000 2:06 AM
> To: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: H-Net* Meneruskan Dasar MB BN yang Brutal
> 
> 
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> BERITA MALAYSIA 
> 
>  MELAKA LARANG LAWATAN RASMI KE KELANTAN DAN
> TERENGGANU 
>  
>    
> 
> MELAKA, 6 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka
> telah menguatkuasakan larangan kepada semua jabatan
> dan agensinya daripada mengadakan lawatan rasmi ke
> Kelantan dan Terengganu. 
> 
> Ketua Menteri Datuk Wira Mohd Ali Rustam berkata surat
> pekeliling mengenai arahan itu akan dikeluarkan tidak
> lama lagi dan larangan itu turut melibatkan anak-anak
> syarikat milik agensi kerajaan negeri. 
> 
> "Larangan itu bagaimanapun tidak merangkumi lawatan
> tidak rasmi seperti melancong atau berziarah," katanya
> kepada pemberita di sini, hari ini. 
> 
> Beliau berkata arahan itu bukan bertujuan menganiayai
> kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang dipimpin
> oleh PAS tetapi bagi memastikan dasar-dasar tidak baik
> dua buah kerajaan negeri itu tidak dicontohi oleh
> agensi kerajaan negeri Melaka. 
> 
> Setakat ini semua pegawai kerajaan negeri telah
> dimaklumkan secara lisan mengenai arahan terbaru itu,
> katanya ketika ditemui di kediaman rasminya di Seri
> Bendahara di sini. 
> 
> Mohd Ali juga berkata kerajaan negeri tidak
> menggalakkan kakitangan agensi dan anak syarikat
> kerajaan negeri mengadakan lawatan seperti itu kerana
> bimbang mereka akan terpengaruh dan mencontohi
> dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua
> negeri berkenaan. 
> 
> Mengulas lebih lanjut mengenai arahan itu, Mohd Ali
> berkata sebagai contoh ia akan melarang kakitangan
> Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB)
> daripada mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Kota
> Baru atau Kuala Terengganu. 
> 
> "Mereka sebaliknya digalak mengadakan lawatan rasmi ke
> Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau mana-mana majlis
> perbandaran di negeri lain," katanya. 
> 
> Mohd Ali juga berkata sehubungan dengan itu, lawatan
> rasmi oleh agensi atau anggota exco kerajaan negeri
> Kelantan dan Terengganu ke Melaka juga perlu
> mendapatkan kebenaran dari kerajaan negeri. 
> 
> Sebelum ini, kerajaan negeri Melaka telah membuat
> kejutan dengan mengeluarkan wang simpanan tetapnya
> dari dua buah bank di negeri ini selain mengenakan
> tindakan terhadap doktor dan peguam panel, syarikat
> kontraktor serta syarikat penilaian harta kerana
> terbabit dalam kempen parti pembangkang semasa pilihan
> raya umum tahun lepas. 
>  
>  
> 
> 
> =====
> "Berkerja seolah-olah untuk hidup selama-lamanya, beramal ibadat
> seolah-olah
> akan mati keesokannya"
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
> http://im.yahoo.com
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Sifu <[EMAIL PROTECTED]>

> Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke