*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Kepada netters di sekitar Pulau Pinang, saya  berharap ada sesiapa yang 
dapat confirmkan sama ada debat Ust Asri dengan Astora Jabat ni jadi atau 
tidak? kalau jadi , saya nak balik kampung hujung minggu ni!!!!

>From: Alif Kamari <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Rozi Bin Muda <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: [alternatif-net] RE: [islah-net] Latarbelakang Astora Jabat
>Date: Thu, 6 Apr 2000 03:26:13 -0400 (EDT)
>
>Assalamualaikum,
>Saya hanya sekadar menambahkan saja, mudah-mudahan ada manfaatnya.
>Sesungguhnya Astora Jabat merupakan aset yang maha berharga bagi Umno,
>khususnya Mahathir. Sekiranya status kerakyatan Astora dapat diatasi,
>mungkin dia akan diberikan portfolio penting di Pusat Islam.
>Isu tentang Astora sudah beberapa kali muncul di mailing list islah-net dan
>maharana. Saya sendiri pernah menggali latar belakang 'ulama Umno' itu dari
>beberapa orang teman lamanya, ketika Astora masih bersekolah di Wakaf 
>Bahru,
>Tumpat, Kelantan. Orang yang mendidik Astora mulai dari kelas satu
>ibtidaiyah (di Pedau, Jabat, Narathiwat) sehingga dia melanjutkan pelajaran
>ke Mesir adalah Ust. Abdul Karim Hassan (yakni abang kepada YB Bunut 
>Payung,
>Taqiyuddin Hassan).
>Abdul Karim adalah tokoh nasionalis kiri berasal dari Kedah. Beliau bukan
>sekadar kagum, bahkan menerima bulat-bulat fikiran Soekarno. Pidatonya
>dengan gaya khas yang mirip Soekarno, memang tidak asing lagi bagi
>murid-muridnya seperti Astora.
>Setelah mengajar di beberapa tempat di selatan Thailand, akhirnya Karim
>mendirikan sekolah agama di Pedau, Jabat. Karim terlibat dalam perjuangan
>pembebasan Patani. Seperti halnya Soekarno, dia cenderung berpihak kepada
>blok sosialist/komunis (bahkan pernah pula bekerja sama dengan orang-orang
>komunis Melayu seperti Rashid Maidin dll) dalam usaha memperjuangkan
>kemerdekaan Patani.
>Pada saat kemuncaknya, Karim tidak hanya yakin, tetapi juga berusaha
>menanamkan ideologi sosialist di benak anak-anak didiknya. Kemudian dia
>mengadopsi faham sosialis-Islam, yang mulai berkembang di setengah-setengah
>negara Arab untuk digunapakai dalam perjuangan menghadapi penjajah Thailand
>(yang menjajah bumi Melayu Patani) yang bersekutu dengan Amerika.
>Oleh kerana ketika itu faham sosialis-Islam ini mendapat tentangan hebat
>dari Ikhwanul Muslimin di negara-negara Arab, terutama Mesir, maka Karim
>mengecap Ikhwan dan semua gerakan Islam sebagai antek-antek (sekutu) Barat
>yang menjadi musuh Timur (sosialisme dan komunisme).
>Dan dengan otak yang sudah terpalut persepsi yang salah terhadap Islam
>itulah Astora Jabat berangkat ke Mesir. Di sana dia bergaul rapat dengan
>tokoh-tokoh sosialist dari berbagai bangsa. Jadi pandangan Astora terhadap
>Ikhwanul Muslimin dan gerakan apapun yang bercita-cita untuk mendirikan
>negara Islam, tetap sama dengan pandangan orang-orang sosialist di negara
>manapun. Tugas Astora di Malaysia ialah untuk membendung kebangkitan Islam,
>dengan cara memesongkan penafsiran ayat-ayat Allah sesuai dengan yang
>diinginkan puak-puak sekular dalam Umno.
>Tidak heranlah sekiranya suatu ketika dulu pernah ada penjaring yang
>menyamakan Astora Jabat dengan 'ulama Belanda', Snouck Hurgronje yang
>mempelajari Islam dengan maksud untuk menghancurkan Islam dari dalam. 
>Snouck
>diperalatkan untuk melawan gerakan Islam di Aceh, sementara Astora pula
>diperalatkan Umno untuk berdepan dengan Pas.
>Soal isteri Astora tak pakai tudung, itu jangan hairan. Isteri dia orang
>Arab, tapi bukan jenis wanita yang mengerti agama. Bukankah tokoh politik
>yang menjadi idola Astora, iaitu Mahathir Mohamad, juga beristerikan wanita
>yang tidak pakai tudung di depan umum?
>
>
>
>
>------Original Message------
>From: Rozi Bin Muda
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Sent: April 5, 2000 2:01:31 PM GMT
>Subject: [islah-net] Latarbelakang Astora Jabat
>
>
>At 03:47 AM 4/4/2000 -0400, akh Ibrahim wrote:
>
>{deleted}
> >
> >2. Astora Jabat:
> >
> >Minta maaf saya tak dapat nak tulis panjang pasal Astora Jabat walau pun
> >keturunan kami bersasal dari tempat yang sama; cuma cukup saya katakan
> >Astora Jabat cumalah seorang opportunist yang cuba mengambil kesempatan 
>di
> >atas suatu perjuangan yang sudah kita ketahui tiada lagi mendapat 
>dokongan
> >daripada alim ulamak dan majoriti orang Islam di Malaysia.
> >
> >Mungkin cerita dari USM ini boleh kita jadikan renungan:
> >
> >'Menurut cerita, ada orang telah berjaya hack ke dalam sistem komputer
> >peribadi Astora Jabat, dan mereka telah menjumpai link-link yang telah
> >dilawati oleh beliau. Masyaallah, kebanyakannya adalah site-site lucah!!'
> >
> >Email yang bertajuk 'Tok Ayah' (saya sendiri belum melihatnya) yang
> >menceritakan tentang link-link tersebut dikatakan sedang pantas beredar 
>di
> >internet sekarang. Kiranya siapa yang ada email tersebut, sudilah kiranya
> >forwardkan kepada kita semua. Bukan untuk apa, cuma sebagai renungan....
> >
> >Wallah hu aklam
> >Ibrahim
> >Pengirim: Ibrahim Yaakob
>
>Assalamu'alaikum....!
>
>Saudara Ibrahim dan rakan penjaring,
>
>Saya sempat bersemuka dengan si Astora Jabat ini pada Kongres Professional
>Muda Melayu bulan Februari lalu di PWTC. Sebenarnya saya merasa hairan
>kenapakah Astora Jabat yang dipilih untuk membentang kertas utama pada
>bahagian Agama dan Sosial untuk dibincangkan oleh peserta kongres, 
>sedangkan
>ramai lagi tokoh agama yang lebih senior dan lebih berkelayakan untuk
>dijemput memberi ucaptama dalam perhimpunan sedemikian rupa. Saya 
>mengesyaki
>itulah pilihan pihak UMNO kerana tokoh ulama lain 'tidak boleh diharapkan'
>untuk membela mereka.
>
>Mungkin juga ketentuan takdir, walaupun saya telah memilih kumpulan
>perbincangan aspek ekonomi kerana ia paling berkaitan dengan bidang kajian
>saya serta badan yang saya wakili (ISIS Malaysia), saya telah dimasukkan
>juga ke bahagian ini. Maka, mahu tak mahu, saya terpaksa bersemuka dengan
>seorang 'tokoh ulama UMNO' yang kononnya berjuang untuk menyucikan agama
>ini.
>
>Sebagaimana diperkenalkan oleh Pengerusi, nama asal beliau (Siam) ialah Sei
>Toramain (ejaannya mungkin tak betul, tapi begitulah bunyinya), berasal 
>dari
>daerah Jabat, di daerah Pattani, selatan Thailand. Itulah kaitannya dengan
>nama pena beliau "Astora Jabat". Mengikut Pengerusi, nama panggilan
>masyarakat tempatan beliau ialah "Hussein". Beliau mendapat pendidikan awal
>sekolah agama di Pattani, kemudian melanjutkan pelajaran ke Jordan. Beliau
>pernah tinggal di beberapa tempat di tanah Arab, termasuk Mesir, Jordan dan
>Palestin dan pernah juga melawat Israel. Semasa di sana beliau pernah
>bertugas sebagai Tutor bahasa Arab, dan kemudiannya sebagai Kolumnis Utusan
>Malaysia. Beliau boleh bertutur dalam beberapa bahasa, antaranya Bahasa
>Melayu, Siam, Inggeris, Arab dan Perancis.
>
>Memerhatikan cara beliau membentangkan kertas ucaptama beliau, saya
>mendapati beliau memang mahir dalam Bahasa Arab dan kaedah mantik bahasa.
>Cara beliau mengulas terbukti beliau cuba mempamirkan kebolehan beliau ini
>dengan membidas beberapa pandangan ulama (kebanyakannya telah diulas dalam
>ruangan beliau di Utusan Melay), dengan menggunakan mantik bahasa yang
>berbelit-belit serta mengelirukan orang kebanyakan. Saya meneliti setiap
>baris pengucapan beliau dan mendapati tidak banyak isi sebenarnya (itupun
>kebanyakannya isu basi), serta memang banyak 'loophole' dalam cara
>penghujahan.
>
>Walau bagaimanapun, saya merasa agak gusar juga kerana mungkin
>kelemahan-kelemahan susunan hujjah beliau ini mungkin tidak disedari oleh
>orang kebanyakan dan ini boleh mengelirukan mereka. Perhatikan saja cara
>beliau mengulas saban minggu di Utusan Malaysia, walaupun bagi kita ia
>adalah idea yang menyongsang daripada maksud sebenar, semakin ramai
>nampaknya masyarakat yang tertipu dengan beliau. Saya mengagak inilah 
>agenda
>utama mengapa beliau telah diberi ruang yang luas untuk menyuarakan
>pendapatnya  dalam media massa, supaya 'golongan atas pagar' dan orang
>kebanyakan keliru, yang hasilnya, UMNO akan dapat mengekalkan 'status
>quo'nya. Sesuatu perlu dilakukan untuk membendung agenda jahat ini, atau
>masyarakat makin bertambah keliru.
>
>Berbalik kepada pembentangan beliau, di samping menyampaikan pandangan
>beliau tentang kepentingan keseimbangan dunia dan akhirat, beliau akan
>menyelitkan beberapa 'technicalities' bahasa Arab melalui beberapa istilah
>(beliau memang mahir bab ini) yang boleh menyebabkan kekaguman di minda
>pendengar. Maka dengan cara ini, hujjah-hujjah beliau (walaupun sebenarnya
>banyak kelohongannya) mudah diterima oleh ramai pendengar.
>Kemudiannya walaupun penekanan banyak diberikan kepada pembangunan duniawi,
>sehingga seolah-olah ukhrawi itu dikebelakangkan, saya melihat sidang
>pendengar kelihatan khusyuk seolah-olah setuju atau pun sudah layu kerana
>diulit dengan beberapa kerumitan 'terms' yang menyulitkan mereka. Apa yang
>saya nampak, agenda yang cuba diketengahkan sebenarnya ialah, suatu
>pernyataan sokongan terhadap kaedah pembangunan duniawi yang sedang
>dilaksanan oleh PM dan sekutunya. Itulah yang saya dapat simpulkan daripada
>kupasan pembentangan beliau. Sesiapa yang ingin melihat secara lebih 
>lanjut,
>bolehlah melawat ke halaman http://www.kpmm.com.my, yang mengandungi kertas
>kerja beliau.
>
>Selesai pembentangan, saya melihat para peserta masih cuba 'recover'
>daripada leteran panjang beliau. Begitulah selalunya yang terjadi jika
>seseorang pintar cuba menegakkan sesuatu yang sebenarnya tidak betul, 
>tetapi
>dengan kemahiran mereka, membuat ulasan-ulsan yang kompleks yang 
>menyebabkan
>pendengar leka malahan pasrah terhadap hujjah mereka. Menyedari hal ini,
>saya bangun menempelak isu utama beliau dengan penegasan kembali bahawa
>halatuju utama kita adalah sebenarnya ke akhirat, bukannya dunia dengan
>berdalilkan ayat ke-4, surah ad-Duha. Bagi saya keperluan pembangunan dunia
>perlulah dilihat dari konteks tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi,
>yang hasilnya akan dipersoalkan di akhirat kelak. Saya juga melahirkan
>kebimbangan tentang merebaknya penyakit 'hubbud-dunya' (cintakan dunia) 
>yang
>menyerang para korporat dan cendekiawan, yang menumpukan seluruh tenaga
>mereka hanya untuk dunia dan telah lari dari maksud asal kehidupan kita di
>dunia ini. Tanpa halatuju yang jelas ke akhirat, kita sebenarnya bukan
>membangunkan dunia, tetapi akan merosakkannya.
>
>AlhamduliLlah! Penegasan sedemikian nampaknya dapat disambut baik oleh para
>peserta dan mulalah perbincangan menjadi hangat dan lahirlah beberapa
>kritikan membina. Jauh dalam sudut hati saya, saya berdoa semoga para
>peserta tidak terpedaya dan semoga agenda utama beliau untuk mengelirukan
>masyarakat itu dapat disekat.
>
>Selesai daripada kongres, saya bertemu semula dengan beliau semasa 
>mengambil
>komuter untuk balik ke Kajang. Saya berjaya mengelak dan cuma memerhatikan
>beliau dari kejauhan. Kelihatannya beliau bersama seorang perempuan TIDAK
>BERTUDUNG dan seorang anak kecil, saya agak itu adalah keluarga beliau
>(husnus-dzan ya Sheikh!).  Beliau juga turun di stesen Kajang dan mengambil
>teksi untuk ke destinasi yang tidak saya ketahui bersama 'keluarga' beliau
>tadi.
>
>Analisis deduktif yang saya buat, kalaulah 'isteri' beliau (atau mungkin
>keluarga terdekat) pun dibiarkan togel sedemikian, maka tentulah penekanan
>kepada penghayatan Islam beliau tidak mantap. Berdasarkan pula
>tulisan-tulisan beliau yang sering mengelirukan bahkan berbahaya itu, saya
>berpendapat kita harus berhati-hati dengan orang sebegini. Asas ilmu yang
>ada serta kepintaran akal beliau mungkin digunakan untuk maksud yang tidak
>baik. Oleh yang demikian, tulisan dan hujjah beliau sepatutnya tidak
>dibiarkan bebas tanpa ditapis dan perlu dijawab untuk mengelakkan sebarang
>kekeliruan kepada masyarakat umum.
>
>Saya mengalu-alukan debat yang bakal diadakan antara beliau dengan Ustaz
>Asri di Markaz al-Imam Ibnu Qayyim di Bukit Mertajam pada 8hb. April ini.
>Cuma, saya mengharapkan satu persediaan yang rapi dibuat untuk menangkis
>sebarang dakyah yang akan beliau sebarkan. Perhatikan betul-betul mantik 
>dan
>konotasi bahasa yang beliau gunakan, dan patahkanlah hujjah-hujjah beliau
>dengan baik dan mudah difahami oleh pendengar. Saya harap perdebatan ini
>menjadi medan terbaik untuk kita mengenali dengan lebih dekat seorang 
>'tokoh
>ulama liberal' yang sedang dipromosi secara besar-besaran oleh UMNO dewasa
>ini.
>
>Semoga tulisan dan respons saya ini memberi manfaat untuk saya dan ikhwan
>semuanya. Wassalamu'alaikum...!
>
>Akhukum fil Islam,
>
>Rozi Bin Muda
>ISIS Malaysia
>
>
>
>------------------------------------------------------------------------
>Get a NextCard Visa, in 30 seconds!
>1. Fill in the brief application
>2. Receive approval decision within 30 seconds
>3. Get rates as low as 2.9% Intro or 9.9% Fixed APR
>Apply NOW!
>http://click.egroups.com/1/2646/5/_/200786/_/954909265/
>------------------------------------------------------------------------
>
>///// JIM-IT: Jaringan Informasi Masyarakat http://www.jim.org.my
>//////////////////////////////////
>
>Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
>Jamaah
>Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian
>
>Langganan : Hantar E-mail kosong ke  [EMAIL PROTECTED]
>Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  [EMAIL PROTECTED]
>
>Untuk urusan pengiklanan, sila hubungi: Aris Sipan "[EMAIL PROTECTED]".
>
>-----------------------------------------------
>FREE! The World's Best Email Address @email.com
>Reserve your name now at http://www.email.com
>
>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "muhammad abdullah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke