*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



        Kasih Ibu utk kita. Kasih kita utk Ibu???

        Assalamualaikum semua,

        Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita

bersama.  Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu

siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada
ibu

mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan

sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua

ibubapa kita.

        Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik

beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan
adik

beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil didikan

ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam diri

anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di

negara ini, malah di tempat lain juga.

        Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa

dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasaannya, ibu
beliau

akan bersembang-sembang dengan jiran selepas solat Asar. Tetapi pada hari

itu, selepas solat Asar, ibu Ustaz Harun tidak keluar ke bernada rumah
untuk

beramah mesra dan bertanya khabar dengan jiran-jiran. Para jiran

tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan pergi ke

rumah anak-anak, tidak pula. Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu
itu,

lalu jiran-jiran mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap  ibu Ustaz Harun.

Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi
tiada

jawaban. Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan

alangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun
telah

pun meninggal dunia semasa dalam solat Asar.

        Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya,

apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati

jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid, jenazah

lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah

perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini.

Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau (Ustaz Abu Hassan Din
dan

Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka.

        Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan

ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan

sendiri oleh Ustaz Harun Din. Walaupun diminta oleh orang-orang kampung

untuk melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik

mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa ini

adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta

mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna.  Oleh itu,
sebagai

penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu

mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu.
Maka

ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka, mengenangkan

tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang

berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman. Sehinggalah ke saat

pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik

beradik.

        Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita

sendiri.  Bagi yang masih mempunyai  ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan

kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin

menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tandah hormat kita kepad

kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan

itu kepada orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan
jenazah

mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untukn berbakti. Inilah

bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan, di samping doa dan

amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibubapa kita.

        Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak

kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa dan

ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan anak-anak

kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan

pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan,

atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang

telah kaku?

        Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan

juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan didikan

agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada
anak-anak

kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada agama,
bangsa

dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi.

        Wahu'alam.

        Sekian.



        SAJAK ..  INILAH MASANYA



        JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU

        CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU

        KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH

        YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU



        CINTAILAH IBU SEKARANG

        SEMASA IBU MASIH HIDUP

        USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI

        KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN

        DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI



        JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU

        TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG

        JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI

        SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR

        KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN





        OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU

        WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU

        LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG

        SEMENTARA IBU MASIH HIDUP

        AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA










 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Asmah Ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke