Astora kecundang.......

Assalamualaikum,

Semalam aku berkesempatan mendengar debat antara Ustaz Mohd Asri dan Astora Jabat @ Hassan atau ese (nick utk Hassan di tempatnya di Siam). Astora berasal dari Jabat, Narathiwat, Thailand merupakan rakyat Thai dan bukan warganegara Malaysia. Beliau tidak menamatkan pengajian Master nya. Jadi bermakna beliau hanya ada Bachelor degree sahaja. Beliau berumur di lingkungan 4Oan.

Ustaz Mohd Asri berumur 2Oan mendapat ijazah mudanya di Jordan dan sekarang meneruskan pelajaran ke peringkat PHD di UIA di jurusan ALQuran & Hadis.

Hujjah Ustaz Mohd Asri tentang Negara Islam (pro & kontra) amat padat dan bersandarkan dalil2 AlQuran dan Hadis. Disertakan juga Nama Kitab2 dan penulis (ulama) yang menulis kitab2, disamping memperincikan latar belakang ulama yang menjadi rujukannya dan rujukan Astora Jabat. Malah Ustaz Asri membawa kitab2 nya, malah kitab2 rujukan Astora dibawanya. Juga edisi yang terbaru. astora pun tidak tahu kewujudan edisi baru itu... Astora habuk pun tarak....

Astora hanya mampu mengatakan dia pro dengan konsep Negara Islam tetapi gagal memberi pro dan kontranya. Tiada hujjah langsung yang diberi utk menunjukkan dia pro. Juga tiada hujjah menunjukkan dia kontra. Beliau tidak memberitahu pendiriannya tetapi hanya menceritakan sejarah pemerintahan Islam dari Zaman Nabi, khulafa ur-rasyidin, Muawiyyah, Abasiyyah, Othmaniyyah sehinggalah ke zaman ini. Tanpa huraian dan kupasan yang mendalam... only on surface...

Yang lawaknya dalam keadaan dia tidak dapat mengiktiraf mana2 negara Islam yang awal, alih2 dia kata Negara Islam yang pertama ialah Pakistan.

Satu lawak hujjah jenakanya ialah dalam mempertimbangkan hujjah untuk menentukan kriteria negara Islam, ianya hendaklah LOGIK dan BAIK. Tengok apa Astora cakap..... hampasssss.... Kalau Islam ikut logik, lebih baik makan kucing dari ayam, sebab kucing lebih bersih dari ayam.

Perbahasan Astora bukan sahaja hambar, gagap, malah mempamirkan panas barannya ketika buat lawak (maaflah... pada aku dia bukan berhujjah, tapi buat lawak.... langsung takde hujjah). "Hujjah" nya menggunakan Hadis lemah malah kenyataanya tidak terang. beliau tidak mengkaji, cuma buat window shopping macam nak beli barang. Tak beli pun....

Sebagai contoh, ketika Tartar menawan Damsyik 1OOO tahun lalu, perundangan Negara Islam di bawah pemerintahan Tartar menggunakan undang2 yang diolah dari Yahudi, Kristian dan Islam. Astora cuba menggambarkan tiada perlaksanaan Hukum Islam secara 1OO% dan boleh boleh menerima undang2 seperti itu. Astora tidak kupas satu persatu, tetapi membiarkan kenyataanya begitu sahaja... Ustaz Asri membidas menyatakan bahawa mengikut tafsir Ibnu Kathir, corak pemerintahan ini adalah kufur dan wajib diperangi. Astora tidak terkata apa. Ustaz Asri menegaskan kpd Astora, sila lihat kitab tafsir Ibnu Katsir.

astora cuba membangkitkan bahawa tiada ayat AlQuran dan Hadis menerangkan tentang negara Islam malah menolak Madinah bukan sebagai negara Islam kerana saiz yang kecil. Lemah betul Astora.... alahai... Astora menambah, malah di zaman Sayyidina Omar AlKhattab, ada undang2 Farsi dan Rumawi yang diguna pakai oleh Kerajaan Islam. Sekali lagi Astora cuba menggambarkan bahawa Undang2 lain boleh bertapak di negara Islam.

Ustaz Asri membidas, bahawa walaupun size negara Islam (Madinah) itu kecil tetapi Nabi membina asas2nya. Allah tidak akan memperincikan setiap peraturan utk manusia. Peraturan baru yang diceduk dari Farsi dan Rumawi adalah yang dibenarkan oleh syarak... Tetapi, Astora GAGAL memperincikan setiap hujjahnya. Hanya Ustaz Asri yang menjelaskannya secara terperinci.

Astora juga GAGAL menjawab YA atau TIDAK apabila seorang pakchik menanya sama astora ada menegur Mahathir tentang kebejatannya. Persoalan ini timbul kerana Astora kununnya akan menyanggah sesiapa sahaja yang dianggap buat sesuatu yang menyimpang. Mahathir jelas telah menyimpang. Tetapi tidak diselar tida ditegur sebagaimana beliau menyelar ulama2 yang padanya tidak betul... Astora cuba berdolak dalih. Dia hanya kata ada beritahu. Beritahu apa?? dia tidak jelaskan selanjutnya. Itulah wajah sebenar Astora... putar belit nombor satu... kecut cakap ajer kecut... Ada seorang yang menjerit kat AStora.... "DAYUS !!!" Tak boleh disangkal lagi.

Ustaz Asri juga tidak senang dengan sikap Astora yang menjelekkan kesilapan yang dilakukan ulama2 soleh Timur Tengah seperti Yusuf Al-Qardhawi. Kesilapan adalah masalah peribadi. Tetapi beliau mengecam ulama2 ini seperti depa adalah penjenayah (mujrimin) dan mempunyai kepentingan politik. Walhal Dr Yusuf tidak terlibat dgn politik.

AHHHH.... banyak lagi nak citer....

Semakin jelas siapa sebenarnya Astora ini. Yang aku tau, dia bukanlah rakyat Malaysia (rakyat Thai). Dia cuba menyuntik minda negatif dalam pemikiran rakyat Islam. Anasir asing yang dibela dan dibelai oleh UMNO utk mempertahankan UMNO. Astora membela UMNO hanya kerana Mahathir adalah tokoh pembangunan yg sukar dicari ganti....(kata Astora). Ini agaknya hujjah LOGIKnya utk mempertahankan UMNO.... Bukan AlQuran/Hadis yang disandarkan sebagai ukuran utk mempertahankan Islam.

P/S: kesimpulan: Astora GAGAL kemukakan hujjah dan pandangannya dengan terbuka dan GAGAL menentukan pendiriannya, walaupun dipersoalkan berkali2 oleh pengerusi dan Ustaz Asri sendiri. Astora TIDAK SERIOUS untuk selesaikan kekusutan yang diperbincangan.

Wallahualam,

Dipetik daripada Pemantau



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke