*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



KENYATAAN AKHBAR SDR EZAM MOHD NOR

Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri berhubung 
dengan usaha rakyat untuk menyerahkan memorandum rakyat pada 15 April 2000 ini. 
Perdana Menteri telah menuduh usaha ini sebagai satu agenda rusuhan ganas yang dibuat 
untuk mencetuskan keadaan huru hara di negara ini. 

Rakyat yang berhimpun pada 15 April ini adalah rakyat yang prihatin terhadap kezaliman 
yang berlaku di negara ini di zaman pemerintahan Mahathir Mohamad. Rakyat akan 
memperingati tarikh 14 April, tarikh di mana Dato' Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan 
hukuman penjara 6 tahun, sebagai HARI KEZALIMAN MAHATHIR. Rakyat harus terus 
diingatkan dan dididik untuk memahami erti kezaliman dan membina tekad untuk menentang 
kezaliman. 

Saya mencabar Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk membuktikan segala bentuk 
perancangan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang didakwa mempunyai unsur-unsur 
keganasan. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab saya tetap menolak sebarang unsur 
keganasan dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mempastikan keganasan 
tidak berlaku. Saya bercadang untuk menemui pihak Polis Diraja Malaysia untuk 
bekerjasama mempastikan keganasan dapat dihindarkan. Saya menyeru seluruh rakyat yang 
akan hadir pada 15 April ini untuk tidak membawa sebarang bentuk objek yang boleh 
dilihat sebagai senjata malah kayu bendera juga tidak akan kita benarkan untuk dibawa 
pada hari tersebut dan sekiranya dibawa kita akan mempastikan ianya diserahkan kepada 
pihak polis pada hari tersebut. 

Kenyataan Mahathir semalam adalah tindakan seorang pemimpin yang gelabah dan takut 
dengan kebangkitan dan kesedaran rakyat. Beliau faham semakin dalam rasa kebencian 
rakyat terhadap kezaliman maka semakin meneballah kebencian rakyat terhadap beliau 
sebagai seorang pemimpin yang paling zalim dan kejam yang pernah dilahirkan oleh 
negara ini. MEMORANDUM RAKYAT adalah suara hati rakyat yang cintakan keamanan dan 
memohon simpati serta keprihatinan Raja-raja Melayu untuk mengambil tindakan 
sewajarnya kepada Perdana Menteri yang zalim ini. Masalah perpecahan Melayu yang 
digembar-gemburkan oleh Mahathir akhir-akhir ini adalah angkara kezaliman beliau. 
Dalam sejarah kepimpinan negara ini kita tidak pernah menyaksikan seorang pemimpin 
yang sekejam dan sezalim Mahathir Mohamad. Beliaulah pemimpin Melayu pertama yang 
menghina Rasullullah S.A.W., menghina alim ulama, bertindak kejam dan ganas kepada 
musuh politiknya, memulakan politik fitnah dan politik dendam, mengunakan jentera 
kerajaan !
untuk menggugut dan memeras pemimpin dan rakyat. 

15 April ini adalah hari rakyat memperingati kezaliman seorang manusia yang bernama 
Mahathir Mohamad. Memperingati kezaliman ini penting supaya rakyat benar-benar faham 
akan makna keadilan. Rakyat yang berani dan terus dengan cita-cita untuk menyerahkan 
memorandum ini pada tarikh tersebut adalah merupakan rakyat yang akan dikenang oleh 
sejarah sebagai rakyat yang bermaruah dalam sebuah negara yang berdaulat. Kami akan 
hadir sebagai rakyat Malaysia yang menolak sebarang bentuk kezaliman. Kami tidak 
mewakili mana-mana parti atau organisasi. Kami hadir sebagai rakyat biasa yang 
mewakili suara hati rakyat yang menentang kezaliman. Saya sendiri akan hadir bukan 
sebagai Ketua Pemuda keADILan tetapi sebagai rakyat biasa yang bertanggungjawab yang 
akan terus berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan maruah rakyat dan negara yang 
tercemar dengan kezaliman yang dilakukan oleh Mahahtir Mohamad. 

Mohamad Ezam Mohd Nor 
10 April 2000 
 





Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke