*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED] http://www.bigfoot.com/~hafnie http://orgmaya.cjb.net _______________________________________________________ E-Makalah Bil 15 7 Apr 2000 - Applikasi Secara Terbuka _______________________________________________________ Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat. Ini adalah E-mail yang dikirimkan kepada sahabat-sahabat yang menyertai melalui Onelist(Egroups) dan juga Listbot. Ia juga dipanjangkan kepada senarai email tertentu. Sila abaikan e-mail ini jika saudara/i tidak kehendakinya. Jika e-mail ini adalah satu gangguan sila hantarkan e-mail kepada [EMAIL PROTECTED] untuk membuat laporan. Sila rujuk akhir Ema ini untuk berhenti atau sertai senarai yang Haris kendalikan. (1) Applikasi Secara Terbuka (AST) Open Source Software (OSS) (2) Netscape (3) Linux (4) StarOffice (5) OpenContent (6) VNC http://www.uk.research.att.com/vnc/ (7) Kempen Penggunaan Applikasi Secara Terbuka (KEMOSS) (8) Pertukaran Autoresponder (1) Applikasi Secara Terbuka ============================ AST adalah applikasi dimana kod-kod aturcaranya adalah dibina secara terbuka antara "programmer" yang selalunya dihubungkan antara mereka melalui rangkaian Internet. Sesiapa sahaja yang berkemampuan dalam membina applikasi boleh menyertai kumpulan pembinaan AST. Sejarah AST bermula dengan wujudnya pendapat membina applikasi secara kod terbuka. Pergerakan "Opensource" http://www.opensource.org/ telah membayangkan keadaan seperti digambarkan. Untuk memastikan perkara ini benar-benar berlaku, opensource telah merangka beberapa garis panduan untuk membantu perkembangan AST. Antara yang perlu diambil perhatian adalah GPL GNU Public License. Adakala dipanggil sebagai Copyleft. GPL adalah lesen umum untuk mereka yang mahu membangunkan applikasi secara terbuka, dimana kod-kod applikasi itu adalah milik umum dan boleh dilihat dan diubah oleh mereka yang berminat dengan pembangunan applikasi dibawah GPL ini. GPL memastikan bahawa Applikasi yang dibina secara terbuka akan terus dibina secara terbuka dan ia boleh digunakan dengan percuma tanpa terikat dengan pembayaran. GPL juga untuk memastikan kod-kod applikasi GPL tidak disembunyikan dan ia membolehkan orang lain untuk mengubah applikasi itu menjadi lebih baik lagi atau mengetasi masalah yang mungkin timbul tanpa perlu menunggu pembina asal membuat perubahan. Disamping itu juga, ia dapat memastikan penerusan dalam pembinaan sesuatu applikasi itu, walaupun mungkin pembina asal sudah tidak berminat lagi. Masalah yang mungkin timbul adalah soal hakcipta, dimana AST dibawah GPL adalah hak umum, pembina asal tidak dapat menuntut bayaran royalti atau menuntut hakcipta ke atas applikasi yang asal dibina olehnya. Namun begitu bagi mereka yang mahu mengekalkan hakcipta applikasinya dan masih mahu membuka kod-kod kepada umum boleh mengunakan lesen Berkeley Software Distribution (BSD). Didalam lesen BSD, kod-kod applikasi adalah secara terbuka, boleh diubah dan disebarkan kepada orang ramai secara percuma ataupun dengan bayaran yang minima. Perbezaan dengan GPL adalah kepada Hakcipta. Applikasi dengan lesen BSD, hakcipta dimilik oleh mereka yang mempunyai hakcipta keatas AST itu. Ia bukan hak umum. Ia mempunyai Hakcipta pembina asal AST itu. Bagi pengguna sama ada GPL ataupun BSD, pemilikan dan penyebaran AST adalah percuma. (2) Netscape ============ Satu masa dahulu Netscape hampir menguasai 80 peratus daripada penggunaan pelayar Internet dunia. Dengan kedatangan Internet Explorer. Netscape telah banyak kehilangan penguasaannya dan ini telah memaksa Netscape membuka kod-kod pelayar Nescape Comunicator kepada umum. Netscape telah mengumumkan projek Mozilla http://www.mozilla.org dimana kod-kod dibangunkan secara terbuka diseluruh dunia. Lesen pelepasan kod-kod Netscape, adalah seperti lesen BSD. Dimana pembangunan Netscape dilakukan secara terbuka, namun Netscape masih memiliki hakcipta ke atas kod-kod applikasinya. Netscape Communicator terdiri daripada Applikasi membaca Email dan News, Navigator untuk melayari Internet, Composer untuk membuat laman dan pelbagai lagi. Oleh kerana M$ telah memasang IE didalam Win95/98, maka pengguna telah hanya mengguna IE tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada persaingan yang sihat. Mungkin bagi kita dengan memikirkan IE percuma dan sedia terpasang kita menggunakan IE, namun kita sebenarnya telah hampir membunuh syarikat Netscape yang mempunyai ciri dan idealogi persaingan yang sihat. Bukan setakat Netscape sahaja yang menghadapi kesan ini. Pelbagai lagi applikasi pelayar laman seperti Adora juga hampir mengalami kepupusan. Pilihan adalah hak pengguna, maka bagi Haris bila membuat pilihan, Haris berhak menggunakan apa sahaja pelayar yang Haris suka. Haris tidak mahu dipaksa pakai pelayar yang telah sedia ada dipasang didalam OS yang Haris gunakan. Maka pilihan Netscape adalah yang terbaik bagi Haris. Netscape adalah projek applikasi secara terbuka dan ia telah banyak membimbing ramai pengaturcara tanpa mengira batasan negara, ugama dan budaya. Ia juga boleh didapati secara percuma dengan menggunakannya akan memastikan AST terus berkembang dengan sihat. Maka rendahbebanlah Netscape di http://www.netscape.com (3) Linux ========= Linux adalah saingan utama kepada Win95/98 yang setakat ini hampir menguasai 90 peratus daripada komputer di rumah. Linux dibangunkan secara terbuka ia semakin matang dengan pelbagai applikasi telah dibina untuknya. Yang penting sekali adalah antara muka atau Desktop Linux yang berdasarkan Xfree, mampu saingi Desktop Windows itu sendiri. Desktop Xfree ada pelbagai binaan, antaranya KDE, Gnome sekadar menyebut beberapa nama. Kita tidak terikat dengan hanya satu atara muka (interface). Linux juga bukan sekadar OS untuk pengguna dirumah, ia juga mempunyai kemampuan menjadi pelayan komputer sama seperti WinNT. Apache untuk pelayan Laman. Samba untuk pengkongsian fail-fail seperti jaringan Windows, Routed dan Gated untuk menjadi ia seperti router, dan NIS untuk kawalan pusat pengguna dalam rangkaian. IPmasquerding untuk pengkongsian talian internet kepada pelbagai PC. IPchain untuk menjadikan Linux kita seperti Firewall, Sendmail untuk pengurusan email, NFS untuk pengkongsian fail antara pelayan, dimana NFS dilihat seperti berada dalam komputer pelayan itu sendiri. FtpD untuk pengkongsian fail dalam Internet dan juga Intranet, ia juga boleh menjadi pelayan NEWS dan juga siapa tidak pernah mendengar Majordomo. Dan bagi Komputer Super, Bewolf untuk komputer cluster, antara pelbagai komputer. Gabungan komputer ini digunakan untuk kajian dan penyelidikan bagi masalah yang sukar dan melibatkan penggunaan komputer yang laju. Oh yaa, bagi yang melihat filem Titanic, kesan grafik adalah gabungan Komputer Compaq dengan Linux. Sekadar menyebut beberapa perkara yang Linux mampu lakukan. Semua ini adalah dibangunkan secara terbuka dan ia adalah percuma dan mungkin hanya melibat kos yang rendah. http://www.linux.org/apps/index.html Mengapa bayar lebih ? Haris mengakui adalah sukar sedikit untuk mendapat sokongan dalam Linux di Malaysia. Linux masih baru di Malaysia. Namun begitu kumpulan sokongan ini semakin matang dan berminat membantu bagi yang baru. Sila lawat laman http://www.my-linux.org . Ini adalah kumpulan perbincangan tempatan yang boleh diajukan pelbagai masalah Linux kepadanya. Disamping itu juga beberapa vendor besar seperti IBM, HP dan Compaq telah menyatakan sokongan kepada Linux. Haris pasti jika, kita membeli komputer daripada vendor ini, kita boleh membuat pilihan untuk memasang Linux dan mendapat sokongan kepada masalah Linux. Bagi yang baru bermula, laman http://www.linux.org dan http://www.linux.com adalah antara laman yang sepatutnya dilawati. Laman-laman ini akan membawa kita kepada laman-laman rujukan yang lain. Linux boleh direndah-beban daripada pelbagai laman. Oleh kerana Linux boleh didapati dengan pelbagai "Distribution" ataupun Distro kita boleh boleh memilih yang mana sesuai untuk kita. Distro adalah Linux yang digabungkan dengan pelbagai applikasi yang sesuai. Linux sahaja adalah Kernel yang menjadi asas kepada OS. Pelbagai syarikat wujud dan membina Linux dengan pelbagai tujuan. Distro memudahkan seseorang pengguna memilih Linux berdasarkan tujuannya menggunakan Linux. Contohnya, RedHat Linux adalah Distro yang mudah untuk dipasang bagi pengguna baru. RedHat juga mempunyai pilihan sama ada pengguna mahu menjadikan ia sebagai server atau sebagai Desktop biasa. Mandrake pula adalah dibina untuk dijadikan sebagai pelayan komputer yang hebat untuk pelayan laman dan juga SAMBA. Kita juga boleh mencuba Caldera, OpenLinux, SuSe dan pelbagai lagi Distro. http://www.linux.org/dist/index.html Ada juga Distro yang dibina supaya ia boleh dipasang bersama Win95/98. Ia memudahkan bagi kita yang baru mahu mencuba Linux tapi terhad dalam jumlah komputer yang boleh digunakan. Antaranya adalah DragonLinux dan juga Winlinux2000. Linux adalah satu projek besar. Rendah beban fail-fail linux melibatkan fail-fail yang banyak dan besar. Cuba dahulu mencari di kedai-kedai komputer. Tolong beli yang original kerana ini adalah projek yang memerlukan sumbangan kewangan yang besar. (4) StarOffice ============== StarOffice adalah pilihan selain daripada M$Office yang kita selalu kita gunakan. Sama seperti Netscape, StarOffice telah dibeli oleh SUN http://www.sun.com namun ia masih dibina secara terbuka. StarOffice adalah percuma dan lesen penggunaannya adalah BGL, Binary General Public License. (5) OpenContent =============== GPL dibentuk untuk applikasi. Masalah pula timbul untuk dokumen-dokumen yang ditulis untuk applikasi-applikasi AST. Maka satu lagi lesen telah dibentuk untuk dokumen -dokumen ini. OpenContent. http://www.opencontent.org (6) Virtual Network Computing ============================= Virtual Network Computing (VNC) adalah applikasi kawalan untuk Windows dan juga Linux. Ia digunakan untuk mengawal sesuatu PC daripada tempat lain melalui talian Intranet ataupun Internet. Sesuai untuk pengendali Cybercafe untuk melihat apa yang penggunanya lakukan. http://www.uk.research.att.com/vnc/ (7) KEMOSS ========== Kempen Penggunaan Aplikasi Secara Terbuka adalah bertujuan untuk menyedarkan orang ramai bahawa kita ada pilihan untuk menggunakan pelbagai applikasi daripada AST. Dengan KEMOSS, diharapkan AST akan berkembang dengan lebih cepat dan meluas dan sebagai alternatif kepada applikasi yang lebih murah. http://alpha.mysmac.com.my/~hafnie/html/kemoss.html (8) Autoresponder ================= Autoresponder Haris kepada senarai kumpulan perbicangan email khusus untuk masalah komputer dan internet telah bertukar. Alamat terbaru adalah [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]> Onelist sudah bergabung ke dalam Egroups. Dalam beberapa bulan ini kita akan melihat perubahan alamat email sesuatu kumpulan dalam Onelist. Sila pastikan alamat email kita tidak tercicir. =========== Setakat ini sahaja buat kali ini. Harapan Haris, sesuatu yang baik dapat digunakan oleh saudara/i semua. Walau bagaimana pun, Haris tidak dapat bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul langsung atau tidak langsung hasil daripada penulisan Haris. Situasi dan keadaan mungkin berbeza. Semua tulisan Haris adalah pendapat peribadi tanpa membabitkan sebarang organisasi. Haris cuba menulis dalam bahasa yang boleh difahami oleh kita yang masih baru dalam komputer dan juga Internet. Sila hantarkan komen dan pendapat anda ke [EMAIL PROTECTED] . atau [EMAIL PROTECTED], Haris sedia mendengarnya. Sebarang masalah komputer dan internet harapan Haris dapat diajukan kepada kumpulan-kumpulan perbincangan email yang Haris telah kumpulkan. Sila hantar email kosong kepada autoresponder Haris di [EMAIL PROTECTED] untuk mendapatkan senarai kumpulan sokongan dan keterangan ringkas kumpulan. Haris aktif didalam kumpulan dunia-digital. Jumpa disana. Jika anda mahu berkongsi E-Makalah ini dengan orang lain. Harapan Haris anda kirimkan kesemua E-Makalah ini tanpa ada sebarang perubahan. Haris amat menghargainya. Sekian. wassalam : ) 7 Apr 2K ============================================================== Email ini adalah OpenContent - - - - --> http://www.opencontent.org/opl.shtml http://www.bigfoot.com/~hafnie OPEN-SOURCE URL: http://www.muslimsonline.com/~open-src Hakcipta Terpelihara 1998 1999 2000 - Harisfazillah Jamel Untuk keluar daripada senarai haris. Hantarkan email kosong ke [EMAIL PROTECTED] Untuk sertai senarai haris. Hantarkan email kosong ke [EMAIL PROTECTED] Bagi senarai email listboat. http://members.theglobe.com/hafnie/art/art.htm Masalah komputer. Hantarkan masalah anda dengan menyertai senarai email dunia-digital dengan menghantar email kepada [EMAIL PROTECTED] Masalah hendaklah dihantar kepada [EMAIL PROTECTED] Bagi kumpulan sokongan lain. Hantarkan kepada Autoresponder [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]> Keluaran lalu di http://alpha.mysmac.com/~hafnie/makalah/ema.html ________________________________________________________ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>