*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



146.) Bab : Yang telah datang pada menyatakan hadis yang membicarakan kelebihan orang 
yang fakir 
Ketahuilah kiranya ya saudaraku, fakir itu amat besar kelebihannya. Sesetengah 
daripada sebabnya itu adalah kerana ia
menjadikan sesaorang itu merendah diri dan hina serta jauh daripada sifat takabur atau 
membesarkan diri. Bahkan ianya
juga mengurangkan hisab yang akan dilakukan ke atas dirinya di hari akhirat kelak.  
Namun ianya bersalahan pula jika sesaorang itu merupakan orang yang kaya. Kekayaan 
yang ada padanya menyebabkan ia
menjadi sombong, membesar dan bermegah diri serta cenderung kepada jalan kejahatan. 
Bahkan juga akan jadi berat
hisabnya di hari akhirat nanti.  
Oleh kerana itulah datang beberapa banyak hadis yang menunjukkan mengenai kelebihan 
orang yang fakir. Satu
daripadanya adalah hadis yang dikeluarkan Imam Abu Isa At-Termizi dengan katanya - 
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Abdullah bin Mughafal r.a, 
katanya telah berkata
seorang laki-laki kepada Nabi SAW : 
Demi Allah, sesungguhnya aku kasih kepada kamu 
Apabila didengari oleh Nabi SAW katanya itu, lalu ia pun bersabda : 
Telitikanlah apa yang telah kamu katakan itu, jangan pula dikatakan sahaja kasih kamu 
kepadaku, kerana
sesiapa yang benar-benar kasih kepada sesaorang lain sudah tentu ia akan ikut 
sebagaimana kehendaknya.
Maka kehendak aku itu bukanlah senang untuk diambil dan dicapai serta diamalkannya. 
Maka oleh sebab itu
hendaklah kamu telitikan apa yang telah kamu katakan.  
Jawap laki-laki itu lagi kepada Nabi SAW : 
Demi Allah, sesungguhnya hamba memang kasih kepada kamu. 
Disebutkan oleh laki-laki itu berulang-ulang sebanyak tiga kali. 
Mendengarkan pengakuan laki-laki itu lalu bersabda Nabi SAW kepadanya : 
Jika sesungguhnya engkau itu benar-benar kasih kepadaku maka sediakanlah dirimu untuk 
menjadi seorang
yang fakir. Ini kerana fakir itu akan menjadi sarung kepada dirimu yakni sebagai 
pakaian diri yang dapat
memelihara daripada sifat-sifat yang keji. Bahkan fakir itu juga akan segera mengenai 
kepada orang-orang
yang kasih kepadaku, iaitu lebih segera daripada air kujuh yang lari mengalir ke 
kuala.  
Kata Abu Isa At-Termizi ~ bermula hadis ini hasan lagi sahih.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Paklang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke