*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

PAS kesal penangkapan pimpinan KeAdilan 

KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - PAS kesal dengan tindakan polis terhadap beberapa 
pimpinan Keadilan hari ini. 

Awal pagi ini, polis menahan Ketua Penerangan KeAdilan, Roslan Kasim dan direman 
selama tujuh hari manakala Ketua Pemudanya, Mohd Ezam Mohd Noor ditahan di Sungai 
Petani selepas solat Jumaat tadi. 

Polis juga meminta lima yang lain iaitu Ketua Pemuda Subang KeAdilan, Lokman Adam, 
Setiausaha kerja KeAdilan, Zahid Mat Arif, Ketua Bahagian Bukit Bintang, Sanusi, Tian 
Chua dan 
Gopalakrishnan. 


Presidennya, Dato' Fadzil Noor berkata, tindakan polis itu menandakan kerajaan tidak 
demokratik dan menggunakan kekerasan. 

Menurutnya, PAS mendesak agar mereka yang ditahan dibebaskan dengan segera kerana 
tidak ada asas sama sekali penangkapan itu dibuat. 

"Polis dan kerajaan perlu menghormati kebebasan rakyat yang dijamin oleh 
perlembagaan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.com hari ini. 

Beliau juga menyeru agar kerajaan tidak terlalu angkuh dengan segala kuasa mereka 
untuk menghalang rakyat. 

Sebelum ini, kerajaan dan polis beberapa kali memberikan amaran tindakan tegas akan 
diambil terhadap mereka yang melibatkan diri dalam perhimpunan aman yang dijadualkan 
diadakan di Masjid Negara petang esok. 

Dalam perkembangan berkaitan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menganggap penangkapan 
terbaru itu menunjukan polis tidak profesinal dan tidak mengikut perlembagaan. 

"Ketua Polis Selangor kelihatan berlagak sebagai ahli politik berbanding sebagai 
pegawai polis," kata Suaram dalam kenyataan akhbarnya di sini hari ini. 

Menurut mereka, Deklarasi Antarabangsa Hak Asasi Manusia dan perlembagaan negara 
memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman. 

"Kami menganggap tindakan polis itu mencabul hak asasi manusia," kata mereka. 

  



Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke