*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cili  Api 69

PEDAS-PEDAS CILI API
(14hb April 2000)

POLIS MEMBUAT GEMPAR

Pihak polis terus membuat gempar tentang perhimpunan pada 15 April.
Pihak
penganjur berulang kali memberi jaminan perhimpunan itu akan dijalankan
secara aman. Bukankah perhimpunan aman dibenarkan mengikut Perlembagaan
Persekutuan? Tetapi  beberapa pemimpin UMNO dan pegawai polis
berhari-hari
dan bertubi-tubi mendakwa mereka yang berhimpun akan membawa senjata dan

membuat huru-hara. Mereka jelas sekali mahu menjadikan ini alasan bagi
mereka bertindak. Lagi pun inilah caranya untuk menimbulkan ketakutan di

kalangan rakyat, supaya mereka menyokong Cek Det.

Cili Api diberitahu oleh satu sumber dari dalam pasukan polis sendiri
bahawa
pihak polis sedang membuat persiapan yang serius secara besar-besaran.
Di
sebuah pusat polis dekat Jalan Semarak, sekurang-kurangnya 10 buah trak,

penuh dengan anggota-anggota FRU berkali-kali berlatih. Latihan
dijalankan
juga di beberapa buah balai polis yang lain. Kira-kira 800 orang anggota
FRU
telah didatangkan ke Kuala Lumpur dari sebuah negeri di utara KL. Tidak
tahu
berapa ramai pula yang diangkut  dari selatan.

Ramai pegawai SB diletakkan di stesen-stesen bas, keretapi dan LRT.
Jalan-jalan masuk ke KL dan menuju ke Masjid Negara akan dikawal atau
disekat oleh polis. Suasana takut sengaja ditimbulkan. Semua ini
dilakukan
untuk memastikan tidak ramai yang akan dapat sampai ke tempat
perhimpunan.
Jika yang datang tidak ramai, bolehlah Cek Det dan lain-lain mengumumkan

gerakan reformasi tidak mendapat sambutan dan sudah mati.

Cili Api dimaklumkan oleh sumber yang sama bahawa  jikalau  ramai juga
yang
berhimpun, maka pihak polis dan jabatan main kotor (dirty tricks
department)
di bawah Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri akan membuat kacau.
Mereka
akan memulakan pergaduhan dan pertempuran. Mereka juga akan melempar
batu,
kayu dan  “molotov cocktail” yang telah mereka sediakan. Ini akan
memudahkan
pasukan polis dan FRU bertindak secara ganas, seperti yang selalu
berlaku.

Selepas itu mudahlah Cek Det, Dolah Badawi ketua-ketua polis KL dan
Selangor, dibantu oleh media, meneruskan  propaganda fitnah dan
pembohongan
mereka. Parti-parti pembangkang akan diburuk-burukkan. Pemimpin-pemimpin

tertentu akan dituduh membuat kacau-bilau. Akan ditegaskanlah bahawa
apa
yang diramalkan oleh pegawai polis dan pemimpin BN benar-benar telah
berlaku. Pada hal merekalah yang mengatur dan merancangkan hampir
segalanya.

Cili Api tidak ada asas untuk meragui segala rancangan ini. Seperti yang

telah  disebut, Cili Api mendapat maklumat dari dalam. Mungkin ada
beberapa
perkara terperinci yang boleh dipersoal.  Tetapi Cili Api percaya
gambaran
besar yang diberi adalah tepat.

PRODUKTIVITI NAIK, GAJI TIDAK

Surat khabar hari ini melaporkan satu kenyataan menarik daripada Menteri

Datuk Rafidah Aziz. Mengikut Rafidah, produktiviti (kadar pengeluaran)
pekerja dalam sektor swasta telah naik lebih kurang 14 peratus. Tetapi
kadar
upahan cuma naik 6.5 peratus. Kos buruh pula turun 4 peratus.

Cili Api hendak tanya: jikalau benar produktiviti sudah naik, mengapakah

gaji tidak selaras naiknya? Cek Det dan menteri-menteri BN yang
berkenaan
selalu mengatakan bahawa gaji boleh dinaikkan hanya jikalau poduktiviti
naik. Tetapi gaji pekerja kebanyakannya di takuk lama juga. Tanyalah
pekerja
ladang dan hotel. Pekerja ladang sudah bertahun-tahun menuntut gaji
bulanan
dan minima, tetapi masih belum berjaya. Pekerja hotel Hilton sudah
berkali-kali berpiket, tetapi masih belum dapat apa-apa, walaupun
khabarnya
hotel itu, terutama cawangan Petaling Jayanya, mendapat untung besar.

Kerajaan telah membayar bonus dan kenaikan gaji 10 peratus kepada
pekerja
dalam sektor awam. Mengapakah tidak ada kenaikan sama dalam sektor
swasta?
Rafidah kata kos buruh sudah turun. Antara faktor yang boleh menyebabkan
ini
ialah upahan menurun dan penggunaan teknologi lebih efisien. Jika kos
lain
tidak meningkat, berertilah kadar untung yang  diperolehi pihak
usahawan/pemodal akan bertambah.

Cili Api nak tanya: Bukankah dengan alasan ini sepatutnya  upah pekerja
dinaikkan? Lagi pula  harga barang keperluan sekarang semakin meningkat
dan
tanggungan pekerja semakin berat.

Cili Api mememang tidak puas hati dengan dasar pemerintah BN. Ia selalu
memihak kepada pemodal dan bukan kepada pekerja.


Cili Api


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke