*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Adakah Malaysia sudah menjadi negara Kominis ? Sejak bila pistol mainan diharamkan ? Mengapa ada beribu-ribu kedai yang menjual pistol mainan dan siapakah yang mengeluarkan lesen ? Di setiap rumah kita ada pistol mainan anak-anak kita. Bermakna regim Mahathir boleh menuduh kita sebagai penjenayah kerana menyimpan pistol mainan di rumah kita.............. ahhh, kiranya aku bermimpi di Malaysia Boleh ! ================================================ Polis jumpa pistol mainan, 46 ditahan 7.10pm, SAB: Polis menahan 46 orang termasuk dua wanita dan empat pelajar kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan "14 Hitam" petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Kamaruddin Md Ali memberitahu wartawan di Dataran Merdeka, polis telah menjumpai sepucuk pistol mainan dalam simpanan seorang pelajar yang ditahan. Pelajar itu akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 6 Akta Senjata Api. Sementara 45 orang lagi akan dikenakan tindakan untuk pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai kad pengenalan, memarahi pegawai polis dan tidak beredar apabila diarah. Kamaruddin juga mengesahkan tokoh reformasi Abdul Malek Hussain turut ditahan. Sementara itu, Naib Presiden KeADILan Tian Chua meminta semua penyokong reformasi beredar selepas sembahyang Maghrib. Beliau memberitahu malaysiakini satu sidang media akan diadakan esok. -- > Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>