*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam,

kita hanya mendoakan yg baik2, supaya matinya, akhirnya di dalam husnul khatimah 
terhadap org2 yg beriman. Tapi pada hakekatnya terpulanglah kpd Allah krn Allah saja 
yg mengetahui hal ghaib.

apabila seseorang itu mati dlm tersenyum, atau matinya accident dilanggar mobil, atau 
matinya terbakar, dibunuh, di hempap rumah dll, kita hanya dapat mendoakan shj. Tapi 
diakhirat kelak terserahlah kpd Allah.

kengkadang seseorang itu matinya amat mengerikan, tetapi kita tidak boleh mengatakan 
ianya mati dlm su'ul khatimah.

kengkadang kita menyaksikan seseorang mati dlm maksiat, tetapi kita tidak boleh 
mengatakan yg dia akan kekal finnar. 

hatta seorang yg syahid, kita hanya dapat berdoa agar Allah menerima syahidnya, tetapi 
pd hakekatnya ALlah shj yg tahu.

Tapi yg peliknya saudara seolah-olah mengatakan yg Wahabi itu bukan ASWJ. dimana 
akhlak sufi? dan saudara terlalu confuse dlm banyak hal, terlalu banyak yg perlu 
diperbetulkan. 

Allahua'lam


------Original Message------
From: "roslan nordin" <[EMAIL PROTECTED]>

Salam,

Patutlah sedara menyesatkan Sufi kerana sumber rujukkan sedara dari Fahaman 
Wahabi yang bukan Ahlul Sunnah. Tetapi yang peliknya selama ni sedara 
mengaku sebagai Ahlul Sunnah. Saya rasa kefahaman Islam yang sedara dapat 
telah bercampur-baur dengan Fahaman Wahabi.

Jika seandai nya kaum Sufi itu sesat, bagaimana pula dengan penulis-penulis 
kitab Feqah dari Asia Tenggara ni yang majoriti dari mereka adalah orang 
Sufi atau ulamak-ulamak Sufi termasuk Syeikh Daud Fatani, Sheikh Abdus Samad 
Palembang dan sebagai nya. Maka kitab-kitab Feqah tulisan mereka tidak lah 
boleh kita jadikan rujukkan kerana mereka-mereka ini sesat !!!!!!!!!!! Jadi 
kitab Feqah yang boleh kita pakai sekarang ini hanyalah kitab Feqah karangan 
Sheikh Abdul Wahab sahaja termasuklah Ben Baz itu.

Satu lagi Imam-imam yang empat iaitu Syafi-e, Hanafi, Maliki dan Hambali 
adalah juga orang Sufi atau lebih di kenali sebagai Faqih Sufi. Maka 
mereka-mereka ini pun sesat juga..........
Oleh itu yang tinggal pada kita sekarang ini hanyalah Mahzab Wahabi yang 
penaung nya Sheikh Abdul Wahab.

Kesimpulan nya, fahaman yang diterima oleh Allah s.w.t hanyalah fahaman 
Wahabi sahaja dan yang akan masuk syurga adalah mereka-mereka
dari Golongan Wahabi sahaja........Imam-imam mahzab yang empat itu semua nya 
masuk NERAKA ...............Bukan kah begitu ??????

O.k lah saya nak cerita sedikit tentang pengalaman saya, nak percaya atau 
tidak terpulang-lah. Guru saya adalah orang Sufi dan mengamalkan Tariqat 
Ahmadiah dan mengajar Tauhid, Feqah dan Tasauf di masjid Kg. Baru dahulu. 
Nama beliau adalah Ustaz Ramli bin Saad dan tinggal di Kg. Baru, K.L. Beliau 
alim dalam bahasa Arab terutama nya Ilmu Nahu.
Beliau juga mempunyai banyak karamah-karamah sepanjang pergaulan saya dengan 
beliau. Apabila beliau meninggal dunia,mengapa beliau meninggal dunia 
tatkala mengajar Hadis dan yang lagi saya tak paham, saya lihat sendiri 
jenazah beliau tersenyum manis ketika dikapan kan.
Jikalau beliau ni sesat kerana jadi orang Sufi kenapa akhir hayat beliau 
sedemikian rupa.... husnul khatimah ????????????

Lagi satu saya nak cerita, ada seorang Tok Guru Tariqat Ahmadiah namanya 
Tuan Guru Haji Ali (yang juga seorang ahli PAS seumur hidup).
Yang menakjubkan saya, tatkala beliau hampir hendak mati beliua sempat 
mengucap dua kalimah shahadat iaitu mati didalam husnul khatimah.
Jika seandai nya dia sesat kerana mengamal ajaran Sufi mengapa beliau mati 
dalam keadaan begini.Berita kematian beliau disiarkan didalam Harakah 
kemudian nya.

Oleh itu saya minta Ibnu Muhajir mengulas pengalaman saya ini.
Jika seandainya Ibnu Muhajir ada cerita sebegini, saya ingin juga mendengar 
nya.

Wassalam.
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke