*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ALOR SETAR : Kira-kira 6,000 pelajar sekolah agama di Kedah kini dalam
dilema berikutan keputusan kerajaan menetapkan hanya Sijil Tinggi Agama
Malaysia (STAM) diterima pakai untuk menyambung pegajian di Universiti
Al-Azhar, Mesir mulai tahun depan.
        Presiden PAS, Dato´Fadzil Mohd Noor berkata, dengan peraturan ini bermakna
Sijil Tinggi Agama yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK)
tidak lagi diterima oleh Unversiti Al-Azhar, sebagai syarat melanjutkan
pelajaran ke sana. 
        "Dengan tinidakan tersebut, ia akan menjejaskan penuntut dari sekolah
agama rakyat di bawah kelolaan MAIK terutama Maktab Mahmud". 
        "Berikutan tindakan itu sekurang-kurangnya enam sekolah agama yang
sijilnya diiktiraf universiti itu selama ini terjejas", tegasnya ketika
mengemukakan usul di sidang Dewan Negeri Kedah.
        Beliau menambah, langkah yang munasabah wajar dilakukan agar penuntut yang
memegang Sijil Tinggi Agama dan sijil-sijil lain, selain STAM tidak sia-sia
dan teraniaya.
        "Oleh yang demikian, saya meminta dewan yang mulia ini supaya menerima
usul di atas untuk di bincangkan dalam persidangan ini kerana perkara yang
ditimbulkan mempunyai kepentingan kepada orang ramai dan perlu
disegerakan", ujarnya yang juga ADUN Anak Bukit.
        Ustaz Fadzil mengemukakan usul berkaitan STAM untuk dibahaskan di sidang
dewan, tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Badruddin Amiruldin.
        Ustaz Fadzil ketika di temui selepas sidang dewan berkata, peraturan itu
merupakan pencabulan pengiktirafan terhadap sekolah agama di negara ini
termasuk di Kedah yang selama ini mendapat pengiktirafan dari Universiti
Al-Azhar.   


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Khairina Khairi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke