*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Saya rasa KWSP boleh bertindak lebih cekap dengan
menghantar borang penukaran nama waris melalui mail
sebagaimana dihantar half-yearly statement. Kalau
nak tunggu 7.3 memandu ke pejabat KWSP, itu cara
bekerja berkhidmat style lama - banyak masa terbuang.
Lagipun macam KWSP cakaplah, ramai yang lupa pasal ni.

Macam khidmat pejabat tanah pun dah ada improvement
sikit. Dulu cukai yang kurang dari RM500 tak boleh
pakai cek, sekarang sudah boleh. Kalau tidak kenalah
pergi pos opis buat wang pos atau pergi sendiri 
ke pejabat tanah - kan buang masa tu.

Takkanlah KWSP yang duit banyak tu tentu boleh
mencanggihkan lagi perkhidmatan mereka. Berapa banyak
lah agaknya duit yang sudah masuk tabung tak dituntut?

-------------

7.3 juta ahli KWSP tiada nama waris

Oleh Zulkofli Jamaludin
19 April 2000 

KUALA LUMPUR, Selasa – Kira-kira 7.3 juta ahli Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum menamakan pewaris,
menyebabkan keluarga mereka menghadapi masalah untuk 
menuntut simpanan apabila pencarum terbabit meninggal
dunia.

Pengurus Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar
berkata, sehingga Januari lalu, hanya 2.2 juta atau 
23.43 peratus daripada 9.5 juta pencarum, mengemas 
kini nama pewaris masing-masing.

Sambil menasihatkan pencarum KWSP supaya tidak 
memandang ringan perkara itu, beliau berkata, proses
mendaftar nama waris amat mudah dengan ahli hanya perlu
menamakan waris baru dalam borang yang disediakan di
pejabat KWSP berhampiran.

Kebanyakan ahli meletakkan nama ibu atau bapa ketika
mula mencarum kerana ketika itu mereka belum berkahwin
atau langsung tidak meletakkan penama.

“Kegagalan pencarum membuat penamaan boleh menimbulkan
masalah kepada waris jika dia meninggal dunia. Begitu
juga apabila penama (waris) itu meninggal dunia, ia 
turut mendatangkan kesulitan untuk membuat tuntutan 
dan terpaksa melalui pentadbir pusaka.

“Bagi mengelak keadaan seumpama itu berlaku, pencarum
dinasihat mengemas kini nama waris masing-masing di 
pejabat KWSP berhampiran,” katanya ketika dihubungi 
hari ini.

Nik Affendi berkata, walaupun simpanan ahli akan
dibayar mengikut Peraturan dan Kaedah KWSP 1991, ada 
kes yang dibawa ke mahkamah oleh waris ahli kerana 
simpanan dibayar kepada orang lain.

Kes seperti itu berlaku kerana ahli sendiri menamakan
orang lain dalam borang KWSP 4. Sebagai contoh, ada 
ahli yang menamakan ibu bapa atau adik beradik sebagai
perwaris dan tidak memindanya selepas berkahwin.

“Apabila meninggal dunia, waris yang tidak dinamakan
dalam borang itu tidak berhak menuntut simpanan kerana 
bayaran dibuat kepada penama dalam borang KWSP 4,” 
katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pencarum ketika ini tidak
menyedari pentingnya membuat penamaan waris atau 
memberikan butir terbaru mengenai diri masing-masing 
dari semasa ke semasa.

Bagi mengelak pelbagai masalah kepada pewaris, KWSP
menggalakkan ahlinya membuat penamaan selepas berusia
18 tahun.

Ahli hendaklah membuat penamaan baru selepas berkahwin
dengan mengisi borang penamaan KWSP 4, mengisi nombor
kad pengenalan atau nombor sijil beranak bagi penama 
yang belum cukup 12 tahun.

“Bagi mengelak masalah, KWSP juga tidak menggalakkan
sesiapa dilantik sebagai penama dalam borang itu 
menjadi saksi kepada penamaan yang dibuat,” katanya.

(BH)

_____________________________________________________________
Check out our community at...
http://groups.kangaroomail.com

and access the world's best search engines instantly at...
http://search.kangaroomail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Orang Muda <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke