*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Alhamdullillah.....

Memang keredhaan Allah yang kita cari dan mohon. Semoga diakhirat nanti
kita dihimpun dalam kalangan umat Muhammad.

 Baik, di beberapa sessi perbincangan antara kalangan ahli tariqat/sufi,
memang keredhaan Allah lah yang dicari. Setiap amalan mereka tidak lah
mengira atau menghitung hitung-hitung supaya kelak mereka akan dibalas
syurga. Umpamanya oh hari ni, saya telah menolong orang yang susah, baik
dibalas baik, tentu usaha baik saya akan ditulis dibahagian kanan saya.
Itukan tidak ikhlas namanya. Jadi kata mereka, jika aku berbuat amal
sebesar gunung, kalau lah balasan ALLAH kepada dineraka, aku redho atas
pemberiannya. Tengok macamana tahap redho mereka kepada ALLAH.

Ahli tariqat dinasihatkan supaya menjaga setiap gerak hati supaya tidak
melakukan perkara-perkara riak, tidak ikhlas dsb. Ini adalah terbit dari
aspek ketika menjaga hati melalui zikir-zikir yang diamalkan. Saya sempat
bertanya apakah zikir-zikir amalan mereka. Tidak lain hanya menyebut ALLAH,
ALLAH, kalau boleh tidak putus-putus sehari semalam. Saya rasa ini sudah
cantik dan bagus. Mungkin ini yang dikatakan diantara hablumminallah
(betulkan saya kalau tersilap) iaitu hubungan yang tak putus dengan ALLAH.
Jadi setiap gerak-geri mereka hanyalah ALLAH samada ketika makan, minum,
solat dsb.

Yang satu lagi, ya sahabat, mereka juga menasihati supaya terimalah tariqat
yang mempunyai talian yang tidak terputus (sanad) dari guru sampai sahabat
4 (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali) sehingga Nabi Muhammad. Jika terputus
talian tariqat-tariqat ini, maka tariqat itu adalah yang diada-adakan. Maka
setiap ilmu itu ada pertalian guru, sehinggakan solat juga diterima dari
guru(bukan belajar dari buku). Wah selama ini saya pun belajar melalui
buku. Menarik juga ya!! Bagaimana komen Ibnu Muhajir.

Juga diberitahu mereka tidak melekakan hal syariat. Katanya syariat dan
hakikat tidak bercerai tanggal. Justeru itu mereka tetap mengikut halal
haram, sembahyang, puasa, mengerjakan haji dan sebagainya. Mereka juga sama
dengan kita ke masjid dan surau. Bagaimana ya sahabat?

Antara yang menarik perhatian saya, teringat akan sabda Nabi bahawa, kamu
akan berdepan dengan peperangan (jihad)  yang besar selepas ini, iaitu
jihad melawan hawa nafsu kamu. Saya kaitkan dengan asuhan penjagaan hati
tadi dengan zikir yang tak putus-putus kepada Allah dengan peringatan Nabi
supaya melawan nafsu. Tidak ke perjalanan mereka mengikut kehendak Nabi.
Selama ini kita diberitahu supaya melawan nafsu tapi cara bagaimana nak
buat agak samar-samar.  Ini saya kira pun okay!! Saya diceritakan bahawa,
seorang tawanan perang telah mengaku akan mengikut Islam. Dia pandai
mengerjakan solat, berpuasa, fasih membaca Al-Quran. Tetapi hatinya ya
sahabat, masih teringat akan berhala dan ugamanya. Dia dicampak ke Neraka
akhirnya. Tawanan perang tidak mempunyai hati yang tetap kepada ALLAH. Jadi
saya berfikir, bagaimana dengan kita yang sentiasa terputus zikirnya.
Nauzubillahhiminzaliq.

Cerita-cerita ini ditulis dengan bahasa yang sederhana tidak terlampau
detail agar ianya senang difaham oleh semua. Nasihat ahli tariqat tadi pada
saya, `kalau tak minum airnya, mana nak tahu manis atau tawar'.  Eh eh
betul juga ya.

Wassalam




ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]> on 20/04/2000 12:37:35

To:   [EMAIL PROTECTED], kelana berkelana <[EMAIL PROTECTED]>,
      [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
      Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
cc:

Subject:  Utk yang berkelana - 2


Salam~

Bismillah...

Hala tuju ASWj ialah mencari keredhaan Allah.Bagaimana? sptmana yg telah
diajarkan Rasul melalui Acuan Quran, dan dipraktekkan oleh generasai
sahabat, salafus-soleh,generasi quran yg unik.

Jalannya tidak lain ialah dgn ubudiyah,iaitu dgn merealisasikan tauhid
uluhiyah di muka bumi ini. Antaranya ialah wajib menegakkan addeen (syariat
Allah) dimuka bumi ini. Methodnya atau manhajnya ialah method Rabbani spt
mana yg digariskan quran & sunnah dan direalisasikan oleh sahabat.

Yaitu dgn jalan beriman kpd Allah (memurnikan tauhid dan menjauhi toghut),
dakwah, amar makruf nahi mungkar dan jihad fisabilillah. itulah tareqa
(sunnah)yg haq. Itulah caranya merealisasikan tauhid uluhiyah
(ibadah/amal).

Walaupun tuan2 qiyamulail setiap malam, menjadi ajk masjed, menjadi ketua
usrah, menjadi imam besar sekalipun, jika kewajiban selepas Iman kpd Allah
(aljihad) tidak ditunaikan, tidak diusahakan utk ditunaikan, tidak
memulainya, tidak bercita-cita menunaikannya, maka Gelaran FASIQ tetap
tertampal didahi. Tetap tergantung kalung fasiq di leher. Begitulah fatwa
ulama berdasarkan Quran Sunnah. Sifat mahmudah yg bagaimana kalau sudah
bergelar fasiq?

Setiap jamaah yg tidak menjadikan AlJihad sebagai program jamaahnya, maka
ianya hanyalah main-main. (Syaikh Abu Bakr Ba'shir). Wajib anda
meninggalkan jamaah yg tidak memperhatikan masalah alJihad (Syaikh ABdullah
Azam)

Itu lah Mizan Allah, kayu ukur dlm menimbang hati seseorang.


------Original Message------
From: [EMAIL PROTECTED]

Satu komentar ilmiah dari Hassan Hj Abdullah. Ini adalah pegangan,amalan
dan hala tuju orang tarikat-sufi. Pada saya nampak agak terang dan
berserabut bila membacanya. Sedikit sentuhan pasal solatnya juga nampak
tertib mengikut rukun-rukun dan yang bagusnya dimana hati sewaktu solat nak
ditujukan. Aii..nak jaga hati ni bukan perkara yang mudah. Dalam solat,
entah masa bila melencong sana, melencong sini, sedar-sedar dah sampai
rakaat terakhir. Dalam perbincangan ringan-ringan (maklumlah orang awam),
melalui bertarikat ada `sabun' bagi mencuci ketulan daging yang kecil yakni
hati. (Bukan hati yang zahir tu!! yang nampak dengan mata kepala) Kalau
kotor hati tadi kotorlah `perangai' (syaitan duduk kat situ - dia yang
control kita). Baik hati tadi, baik lah perangai, amal, tutur kata, bersih
dari PHD (perasaan hasad dengki) dsb. Oi bukan senang nak keluar dari sifat
mazmumah kepada mahmudah. Iblis sudah berjanji dengan Allah akan mengoda
anak cucu Adam sampai ke kiamat. Pada hemat saya, vital target adalah pada
hati manusialah.

Ok, kita sudah dengar penjelasan, pegangan,amalan dan hala tuju dari
Tarikat-Sufi. Bila kita orang awam boleh mendengar dari pegangan,amalan dan
hala tuju Ibnu Muhajir dan rakan-rakan. Macam mana kita nak membersihkan
dan menjaga hati. Jangan melencong ya! Tungguuuuuuuu

Wassalam
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke