*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

Saudara Azmi,
Bermohon kehadrat Allah, agar saya dan sdr. diberikan petunjuk.

Sebenar-benar Allah adalah ZAT Allah. Tidak diketahui dan sampai oleh ilmu, putus 
segala ibarat
dan isyarat.

Sebenar Allah itu Maha (Hidup, Tahu, Kuasa, Kehendak, Mendengar, Melihat, 
Berkata-kata, Mencipta)
dengan ZatNya. Zat Allah SWT telah Maha Sempurna, berdiri sendiri tidak memerlukan 
kepada sesiapa
(makhluk).

Maha (Hidup, Tahu, Kuasa, Kehendak, Mendengar, Melihat, Berkata dan Mencipta) itu 
adalah Sifat Zat
iaitu Sifat Yang Berdiri pada Zat. Dinamakan juga sebagai Sifat Rububiyyah.

Sifat Zat ini maknanya Zat Allahlah. Zat Allah ini telah berSifat (Rububiyyah), 
berAsma dan
BerAf'al. Semuanya itu pada martabat ZAT iaitu ESA, tiada sekutu baginya dan tidak 
seumpama
bagiNya akan segala sesuatu.


Sifat 20 yang dipelajari di kebanyakan kitab Tauhid itu adalah menceritakan berkenaan 
Sifat Allah.
Sifat Allah bukannya Zat Allah.

Sifat Allah adalah terbit daripada "Wujud" Wujud itu dinamakan sebagai "Wujud yang 
Nafsiah". Iaitu
mewajibkan sifat itu berWujud selagi ada Zat yang tidak dikerana oleh suatu kerana.

Wujud itulah Sifat Uluhiyyah yang menerbitkan daripadanya Sifat Maani yang melazimi 
pula dengan
Sifat Maanawiyah.

Zat tidak berWujud. Sebab itulah tidak diketahui keadaanNya dan diharamkan pula 
mengkajinya. Yang
berWujud itu Sifat.

Sifat Allah tidak bercerai tanggal dengan Zat Allah. Zat Allah adalah Zat yang tidak 
kerana oleh
suatu kerana (rujuk istilah sifat nafsiah). Zat Allahlah yang mengkeranakan Sifat 
Allah (Wujud).
Tepatnya, Sifat Allah, Wujud, dikeranakan Zat Allah (Zat yang tidak dikerana oleh 
suatu kerana).

Oleh kerana Sifat Allah itu tidak bercerai tanggal akan Zat Allah maka selayaknyalah 
Dia yang
sangat Iman, Islam, Tauhid dan Makrifat akan Tuhannya (Zat Allah).

Para ulama mengibaratkan (Maha Suci Allah dari segala ibarat dan kias) umpama lampu 
dan cahaya.
Lampu dengan cahaya tidak bercerai. Tetapi lampu bukannya cahaya (cahaya bukannya 
lampu). Lampu
itulah yang mengkeranakan wujudnya cahaya. Bermakna, Wujud cahaja itu masih 
dikeranakan oleh lampu
itu.

Jadi, yang kita diwajibkan mempelajari ilmu Tauhid itu ialah untuk berIman dan 
mengenal Sifat
Allah (BerIman dengan alam ghaib). Kenal akan "orang yang sangat kenal/makrifat akan 
Allah akan
menyampaikan kita mengenal akan sebenar-benar Allah".

Jangan silap faham ya. Sifat 20 itu bukannya setakat disuruh hafal. Tetapi disuruh 
kenal/makrifah.

Bersambung....insya Allah.
Wassalamualaikum wbt.

"Azmi B. Mohd Nor (Central)" wrote:

> > Assalamualaikum w.b.t
> >
> >
> > Sdr Hassan , Sani Norku & Abdul Rahman,
> >
> > Sedikit persoalan dari saya, keberatan jugak bagi saya utk menyentuh hal2 sebegini,
> > apatah lagi hal yg berkaitan bab2 Tauhid. Dinyatakan yg Allah Taala itu hidup
> > dgn dzatnya, tahu dgn dzatnya, berkuasa dgn dzatnya,berkehendak dgn dzatnya,
> > mendengar dgn dzatnya,melihat dgn dzatnya,berkata2 dgn dzatnya, mencipta dgn
> > dzatnya, mengetahui dgn dzatnya dan yg  mana kita tahu semua itu adalah sifat2 
>Allah.
> > Kita pasti dah belajar dari sekolah rendah lagi mengenai sifat 20 tersebut.Kalau 
>semua
> > nya itu, spt Allah itu melihat,mengetahui, mendengar dan segala-galanya dgn 
>dzatnya,
> > maka menjelaskan yg mana sifat dan dzat Allah itu adalah berbeza.
> >       Apabila berlakunya kiamat, adakah sifat2 yg 20 Allah Taala itu juga akan 
>turut
> > musnah? Diantara sifat2 20 tersebut, spt Allah Taala itu maha mendengar, maha 
>melihat,
> > maha mengetahui dan sebagainya keatas setiap makhluknya dan seluruh penciptaannya.
> > Berlakunya hari kiamat, seluruh sistem cakrawala2, planet2,alam seluruh isinya akan
> >  hancur dan musnah.Jadi apa perlunya lagi sifat2 20 tersebut bagi Allah?. Dunia 
>sudah tiada.
> > Adakah sifat-sifat 20 Allah Taala juga akan turut musnah ketika berlakunya kiamat?
> > Bolehkah saya mengatakan yg sifat 20 tesebut akan turut musnah, tapi bukan  
>Dzatnya.
> >       Kalau kita tanyakan pd orang lain, apakah sebenarnya yg dimaksudkan dgn
> > "Dunia" itu. Mungkin dia akan mengatakan pengertian dunia itu amatlah luas,yg mana
> > terdiri dari gunung-ganang, bukit bukau, hutan rimba, lautan, dan bermacam2 lagi yg
> > kalau dibilang pun takkan habis sampai bila2.Bolehkah saya mengatakan yg dunia
> > itu sebenarnya adalah ruang dan masa(space & time)? yg mana semua makhluk
> > ciptaan Allah dan seluruh isi alam ini terdiri dan dilingkungi dgn ruang dan masa.
> > kejadian manusia dan seluruh ciptaan Allah ada mulaan dan akhiran.Utk bergerak
> > spt contoh utk manusia, sememang memerlukan ruang.Macamana keadaan sekali,
> > sememangnya tak dpt lari dan semuanya tertakluk pd ruang dan masa.
> >       "Allah itu ada dimana-mana" Apakah yg sebenarnya yg dimaksudkan
> > "dimana-mana" ?. Tak mungkin Allah Taala itu tertakluk pd ruang dan masa.Kalau
> > kita cuba mengkaji dgn akal fikiran, tak mungkin kita menjumpainya kerana
> > diketahui akal manusia itu adalah terbatas dan sepaling2 tinggi pun takkan
> > sampai kemana. Mungkin yg dijumpainya adalah satu ruang yg kosong dan gelap.
> > Tunjukkan saya sekiranya ada salah dan silap.
> >
> >
> >
> >
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Assalamualaikum wbt.
> >
> >
> > Alhamdulillah, terima kasih sdr. Sani Norku. Satu artikel yang panjang
> > dan begitu bermaklumat. Atas usaha sdr. moga-moga Allah SWT reda dan
> > merestuinya.
> >
> > Izinkan saya ingin menambah sedikit di ruangan ini.
> > Sekiranya jika diizinkanlah Allah, untuk menerangkan "baru sebaris ayat
> > Allah sahaja"  berkajang-kajang panjangnya. Itu baru pandangan dari satu
> > orang, sedangkan Allah SWT mengurniakan ilmunya kepada ramai orang!
> >
> > Persoalannya apakah yang wajib diiktiqadkan kepada Allah SWT?
> > Bagaimanakah mahu mengesahkan iktiqad tersebut?
> > Apakah pula yang dimaksudkan dengan akidah?
> > Bagaimanakah mahu mengesahkan akidah yang benar/hak?
> > Apakah pertaliannya pula dengan ibadah? Iaitu ibadah yang tidak putus
> > (24 jam atau 1440 minit) sehari semalaman?
> > Bagaimanakah menghubungkan iktiqad, akidah dan ibadah itu sebagai satu
> > tali iaitu "tali Allah" yang setiap wajib tidak memutuskannya,
> > menceraikannya dan merenggangkannya?>
> >
> > Tidak dapat di kalangan manusia dan jin untuk mencapainya semua ini
> > melainkan dengan daya upaya, petunjuk dan bimbingan Allah SWT jua. Yang
> > menunjukinya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (yang menjadi
> > pilihannya)?
> >
> > Ibadah itu banyakkah (berbilang)  atau pun satu? Apakah syarat dan ciri
> > ibadah? Dan apakah perkara-perkara yang membatalkan ibadah?
> >
> > Jadi, dalam mentala'ah tulisan sdr. Sani Norku ini, tentulah persoalan
> > yang paling pokok sekali ialah apakah kaitannya dengan iktiqad, akidah,
> > ibadah dan amal. Seterusnya apakah pula kaitannya menceritakan berkenaan
> > roh (Yang ditiupkan dari RohKu - roh adalah milik Allah) dengan
> > pengajian - syariat, tarekat, hakikat dan makrifat.
> >
> > Siapakah sebenar-benar khalifah Allah?
> > Apakah sebenar-benar hakikat?
> > Siapakah dia yang sebenar-benar bersyariat, bertarekat, berhakikat dan
> > bermakrifat?
> > Apakah pertalian antara sebenar diri, hakikat dan hakikat alam?
> >
> > Berbalik kepada sebahagian dari isi kandungan tulisan sdr. Sani Norku,
> > tercatat bahawa sebenar-benar Allah itu ialah ZAT yang Laisakislihi
> > syaiun...
> > Jadi Allah hidup dengan Zatnya
> > Tahu dengan ZatNya
> > Berkuasa dengan ZatNya
> > Berkehendak dengan ZatNya
> > Mendengar dengan ZatNya
> > Melihat dengan ZatNya
> > Berkata-kata dengan ZatNya
> > Mencipta dengan ZatNya
> >
> > Bagaimana ZatNya? Maha Suci ZatNya, tidak diketahui keadaanNya.
> > Tersampai oleh akal dan fikir. Kyayal dan mimpi. Malahan oleh kasyaf dan
> > sebagainya yang daripada makhluk. Akhir kata putus segala ibarat dan
> > isyarat.
> >
> > Lalu bagaimanakah mahu beribadah?
> > Dan mendirikan solat?
> >
> > Jadi persoalan-persoalan ini tidak akan terjawab jika hanya membaca buku
> > dan kitab. Tulisan dan nukilan orang lain. Ucapan dan syarahan orang
> > lain. Walau beribu kitab dihafal. Jangan hairanlah dengan itu semua.
> > Selagi tidak berguru dan beramal dengan bimbingan guru yang rasyeikh
> > ilmunya dan pengucapannya maka selagi itulah gagal dalam beriktiqad,
> > akidah, ibadah dan solat.
> >
> > Berkenaan dengan iktiqad, akidah, ibadah dan solat ini, mungkin kita
> > boleh menipu orang lain. Tetapi bolehkah kita menipu diri kita sendiri?
> > Apatah lagi menipu Tuhan?
> >
> > Sebagai contohnya setiap hari lima kali orang berIman mendirikan solat.
> > Dalam niat ada qasad ada taarad dan ada ta'ayin.
> > Ada rukun qauli, rukun fi'li dan rukun qalbi.
> >
> > Sebaik sahaja sesaorang itu berniat dalam takbiratul ihram dan hingga
> > selesai mendirikan solat. Bagaimanakah yang dikatakan niat tidak boleh
> > putus dan berubah atau bertukat. Jika berubah niat maka batallah amal.
> > (Setiap amal bergantung kepada niat). Sedangkan niat hanya difahamkan
> > ketika dalam takbiratul ihram?
> > Sedangkan jika putus niat, maka bertukar dan berubah ia?
> >
> > Satu persoalan lagi ....solat dikatakan berhadap ke hadrat Allah SWT?
> > Bagaimana yang dikatakan hadir hati berhadap ke hadrat Allah SWT?
> >
> > Sedangkan Tidak ada seumpama baginya akan segala sesuatu. Maka setiap
> > yang terlintas, terkhayal, terbayang dan teringat di hati, dikepala dan
> > diangan-angan ..itu semuanya bukan. Masih tidak temu juga yang
> > sebenar-benar Tuhan?
> >
> > Ilmu tidak sama dengan amal. Teori tidak sama dengan amali. Dalam
> > pelajaran dan kitab atau buku semua ada tercatat bahawa Allah adalah
> > "laisakamislihi syaiun". Tetapi bila solat yang dihadap masih juga yang
> > berupa, berhuruf, bermakna, tergambar dan terbayang yang selainnya.
> > Masih juga berbuat syirik kerana masih juga menyembah selainnya ketika
> > mengaku menyembahnya!
> >
> > Inilah natijah daripada tidak berguru dan mengambil Jalan (tarekat).
> >
> > Di dalam Quran dan  Hadis semua sudah dibayangkan oleh Allah dan Rasul
> > Allah. Segala dosa yang dilakukan oleh anak Adam, sekiranya mereka
> > memohon ampun nescaya Allah akan ampunkan KECUALI  dosa syirik.
> >
> > Dosa syirik tidak akan diampuni Allah.
> >
> > "Di akhirat kelak, datang anak Adam dengan memikul dosa yang teramat
> > berat sehingga tidak larat lagi berdiri melainkan mengesut dengan>
> > menia> rap di hadrat Allah SWT. Kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,
> > demi kebesaran dan Ketinggian Allah, nescaya Allah ampunkan , KECUALI
> > dosa syirik".
> >
> > Syirik itulah sesat yang paling nyata. Kerugian yang teruk.
> >
> > Wallahu 'alam.
> > Wassalmualaikum wbt.
> >
> > Sani Norku wrote:
> >
> > > 3: FITRAH (FIKIRAN, ILHAM & KASYAF) DAN WAHYU
> > >
> > > Semua manusia berasal daripada diri yang satu iaitu
> > > Nabi Adam a.s. Sekalian yang lahir daripada Adam a.s
> > > dinamakan bangsa manusia. Tidak ada keturunan Adam a.s
> > > yang berbangsa haiwan, tumbuh-tumbuhan atau
> > > gali-galian. Adam a.s dan keturunan beliau a.s menjadi
> > > manusia kerana mereka semua memiliki kemanusiaan.
> > > Tidak ada manusia yang tidak memiliki kemanusiaan.
> > > Benih kemanusiaan yang pertama disemaikan pada
> > > kejadian Adam a.s dan kemudian benih tersebut
> > > 'berjalan' kepada Siti Hawa, ibu yang mulia dan
> > > diberkati dengan keturunan yang amat ramai. Ketika
> > > Adam a.s dan Ibu Hawa berada di dalam syurga benih
> > > kemanusiaan itu hanya aktif pada mereka berdua
> > > sahaja., tidak 'membiak'. Setelah mereka dikeluarkan
> > > daripada syurga dan ditempatkan di bumi, di dalam
> > > dunia, baharulah benih kemanusiaan itu menampakkan
> > > keupayaannya melahirkan generasi manusia. Benih
> > > kemanusiaan akan terus bekerja melahirkan manusia
> > > hingga ke hari kiamat. Apabila berlaku kiamat
> > > baharulah benih kemanusiaan itu berhenti melahirkan
> > > manusia.
> > >
> > >
> >
> > ----------------   delete
> > ------------------------------------------------------------
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> >

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke