*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Saudara Hisham

1. Alhamdulillah bila saya mendengar bahawa saudara tidak beriktikad 
demikian. Tapi bagaimana dengan golongan yang menggelarkan diri mereka 
sebagai sufi yang berpendirian demikian. Apakah mereka ini tidak sesat?

2. JIka posting saya terhadap iktikad golongan golongan yang sesat tesebut 
dianggap sebagai sebagai fitnah, maka saya hanya sekadar memanjangkan fitnah 
yang telah dikeluarkan oleh ABU NASR AL-SARRAJ AL-TUSI dalam karyanya 
AL-LUMA'.Saya mengutipnya dari " tokoh sufi dan penyelewengan Akidah oleh 
Zakaria Stapa, Berita Publishing".
Di dalam Al-Luma' al-Sarraj merekodkan 14 jenis penyelewengan dari aspek 
usul atau akidah yang dikenal pasti berlaku dan dianuti oleh golongan 
golongan yang menggelarkan diri sebagai sufi dalam tempoh sehingga zaman 
beliau menulis kitab al-Luma' tersebut. Menurut as-Sarraj kesalahan yang 
cukup asas atau utama ialah penyelewengan yang melibatkan persoalan usul 
atau akidah. Golongan ini dikategorikan sebagai sesat dan cukup sukar untuk 
dibaik pulihkan.

- Jika kita menggunakan Al-quran dan hadis untuk menolak beberapa pegangan 
ahli ahli sufi di hizbinet ini, kita dikatakan menafsir mengikut kemahuan 
dan hawa nafsu sendiri walaupun tafsiran ulama muktabar digunakan.
- Bila saya memanjangkan tulisan/pendapat tokoh sufi sendiri, saya dikatakan 
membawa fitnah... maka saya pohon penjelasan apakah pijakan dan sandaran 
yang saudara dan juga ahli ahli sufi di hizbinet akui untuk digunakan dalam 
perbincangan ini?

3. Kata Sari al-saqati ( giru kepada Al-Junaid):
" Apabila seorang insan itu memulakan amalan hidup zuhud (amalan sufi), 
kemudian setelah itu baru mempelajari hadis, maka dia akan musnah. Apabila 
seorang insan itu mula dengan mempelajari hadis, kemudian setelah itu baru 
mengamalkan cara hidup zuhud (amalan tasawuf), maka dia akan berjaya."

SOAL: Apakah ahli ahli sufi di hizbinet ini mempelajari hadis dahulu sebelum 
terjun ke dunia sufi? Kerana saya melihat ramai yang mendakwa ahli sufi di 
hizbinet ini, tetapi setengahnya tidak mencerminkan pemahaman mereka tentang 
al-hadis bahkan saya lihat ada yang pengetahuannya tentang al-hadis lebih 
cetek daripada saya yang berpendidikan sekular ini.

Ini membuatkan saya teringat ungkapan Al-Ghazali:
" Ketahuilah, sesungguhnya golongan salik di jalan Allah adalah sedikit 
bilangannya, sedangkan golongan yang mendakwa dakwa diri ( sebagai salik) di 
jalan Allah adalah ramai (sekali) bilangannya....."

Moga moga Allah memasukkan kita semua ke dalam golongan yang sedikit 
itu......Amin.

4.Kes calon PAS Kuala Perlis.
Saya hanya menuntut hak saya bukannya membalas dendam. Dan saya tidak mahu 
calon yang tidak amanah menjadi penguasa.Jika calon tersebut tidak mahu 
memulangkan kembali hak tersebut dan sanggup bangun di hadapan Allah sebagai 
pencuri di Hari Akhirat nanti  maka terpulanglah..... Saya akui ilmu saya 
tentang politik ini memang cetek. JIka Amanah itu bukanlah sifat yang dicari 
dalam diri pemimpin maka saya berlepas tangan dalam hal tersebut.Kerana saya 
melihat  tulisan Imam Ibnu Taimiyah dan juga Imam Mawardi tentang siasah 
politik banyak menekankan tentang tanggungjawab. Dan bagi saya, seseorang 
yang bertanggung jawab adalah seseorang yang mesti mempunyai sifat amanah.

sekian wassalam
kb


>
>itu adalah fitnah semata2 terhadap sufi yg haq, selama
>saya mengambil tariqat dan berguru dgn guru saya,
>tidak pernah beliau mengajar begitu, malah beliau ada
>mengkritik mereka2 yg menolak syariat..
>
>salam
>  #Masihkan ada dendam sdra pada calon PAS perlis?
>Beliau telah kalah.
>
>--- k b <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> >
> >
> >
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> > http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]
> >       }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> > [EMAIL PROTECTED]     }
> >
> >
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >
> >
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Assalamu alaikum,
> >
> > PENYELEWENGAN AKIDAH SUFI
> >
> >
> > Di antara jenis penyelewengan yang berlaku dan
> > dianuti oleh golongan yang
> > menggelarkan diri mereka sebagai sufi ialah:
> >
> > 1. Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan
> > dengan persoalan kemerdekaan
> > dan perhambaan. Golongan yang sesat ini beriktikad
> > bahawa seseorang hamba
> > itu dikategorikan dalam kategori perhambaan selama
> > mana di antaranya dengan
> > Allah masih berlaku penyembahan. Tetapi apabila ia
> > telah 'sampai' (wusul)
> > kepada Tuhan, maka ia telah menjadi merdeka; lalu
> > ketika itu perhambaan
> > telah gugur daripada dirinya.
> >
> > 2. Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan
> > dengan persoalan kenabian
> > atau kewalian. Berdasarkan kisah Nabi Musa a.s . dan
> > Khidir a.s. golongan
> > sesat ini beriktikad bahawa kewalian adalah lebih
> > baik daripada kenabian.
> >
> > 3. Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan
> > dengan persoalan al-hulul.
> > Golongan al-Hululiyyah ini beriktikad bahawa Tuhan
> > memilih jasad jasad
> > tertentu, lalu Dia menempati jasad berkenaan dengan
> > pengertian ketuhanan.
> > Dengan itu, unsur atau pengertian kemanusian jasad
> > berkenaan menjadi hilang.
> >
> > Kesilapan atau penyelewengan dalam hubungan dengan
> > persoalan fana' unsur
> > kemanusiaan. Golongan sesat ini menyangka bahawa
> > unsur kemanusiaan seseorang
> > manusia boleh menjadi fana'. Maka itu, sebahagian
> > mereka meninggalkan makan
> > dan minum dengan anggapan bahawa apabila jasad
> > menjadi lemah, maka unsur
> > kemanusiaan jasad itu akan hilang dan akan
> > membolehkan jasad itu bersifat
> > dengan sifat ketuhanan.
> >
> >
>______________________________________________________
> > Get Your Private, Free Email at
> > http://www.hotmail.com
> >
> >
> >
> >
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> > : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:
> > UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> > menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
> >                )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
> >                )
> >
> >
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "k b" <[EMAIL PROTECTED]>
> >
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Send online invitations with Yahoo! Invites.
>http://invites.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: =?iso-8859-1?q?hisham=20ahmad?= <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "k b" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke