*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagaimana Muhajir tahu bahawa itu adalah maqam yg
tertinggi? Hebat Muhajir hebat!!!

--- ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> salam~
> 
> Yg benarnya ajaran batil yg dibawah ini adalah maqam
> tertinggi tasauf sufi iaitu fana, wahdatul wujud,
> nur muhammad dan martabat 7. 
> 
> justeru Sani & de Gang ni maqam kulit yaitu maqam
> kasta terbawah perengkat sufi , maka dia belum lagi
> didedahkan kpd mende ngarut cam tu.
> 
> tak caya tengok arqam sendiri. ahli2 baru tak dak
> can belajar tareqat muhamadiah dan silat SUNDA.
> nanti bila dah lama, maka maqam mereka naik taraf,
> bila dah diupgrade-kan, baru ler di ajarkan benda2
> pelik bin ajaib.
> 
> kan terus kembali kpd Quran Sunnah dan apa yg
> diamalkan oleh generasi sahabat & salfussoleh lebih
> selamat.
> 
> Wslm
> 
> 
> From: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>
> 
> FAHAMAN-FAHAMAN TASAUF PALSU 
> DAN AJARAN SESAT
> ============================
> 
> Perkataan tasauf, ahli sufi yang sering diperkatakan
> oleh masyarakat, setakat mana masyarakat kenal ahli
> tasauf yang sebenar? Kita tidak tahu. Oleh sebab itu
> kita lihat ramai orang terjebak dengan ajaran sesat
> yang berselindung disebalik nama tasauf atau ahli
> sufi. 
> 
> Ajaran sesat yang berselindung disebalik nama tasauf
> ini bukan pada hari ini sahaja timbul, malah ianya
> timbul sebelum Imam Al-Ghazali lagi. Apabila agama
> Islam tersebar luas keseluruh pelosok dunia dan
> bukan
> sahaja disekitar negara arab sahaja malah ianya
> mencakupi disebelah Rom dan Parsi. Kesan daripada
> itu
> berbagai kesan budaya telah menyerap masuk kedalam
> Islam. Hasil daripada itu juga fahaman yang berasal
> dari budaya lain telah menyerap masuk kedalam
> masyarakt Islam. Kesempatan inilah yang telah
> diambil
> oleh musuh Islam untuk merosakkan Islam dengan orang
> Islam sendiri. 
> 
> Dalam kitab “Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayan Haqiqatu
> Iman
> Al-Mu’minin” oleh ‘Alim Al-Fadhil Muhmammad Arshad
> telah menyatakan terdapat tiga belas golongan
> fahaman
> salah yang berselindung disebalik nama sufi atau
> ahli
> tasauf. Golongan ini layak digelar sebagai kafir
> atau
> fasiq. Kerana ajaran-ajaran mereka bertentangan
> dengan
> ajaran Islam yang berpandukan Al-Quran dan sunnah
> Rasulullah s.a.w. Golongan tersebut ialah: 
> 
> Pertama: Habibiyyah, antara iktiqad golongan ini
> ialah: 
> ------------------------------------------------  
> Apabila seseorang itu telah sampai kepada martabat
> kasih kepada Allah, maka terlepas dari taklif
> syara’.
> Segala yang haram menjadi halal bagi mereka. Fardhu
> sembahyang, puasa dan sebagainya adalah harus bagi
> mereka untuk mengerjakannya atau tidak. 
> Golongan mereka tidak perlu menutup aurat. 
> Apabila samapi ketahap yang paling tinggi sekali
> kasih
> kepada Allah segala dosa besar seperti zina, minum
> arak dan sebagainya boleh mereka lakukan dan tidak
> mendapat azab daripada Allah. 
> Segala ibadat zahir tidak perlu mereka lakukan dan
> mereka hanya perlu bertafakkur sahaja untuk
> beribadat.
> 
> Harus bagi mereka untuk bersetubuh dengan segala
> perempuan. 
> Segala harta didunia ini adalah milik anak Adam. Dan
> kita semua adalah dari keturunan anak Adam, jadi
> kita
> berhak segala harta yang berada di muka bumi ini. 
> 
> Kedua: Auliyaiyyah, antara iktiqad golongan ini
> ialah:
> 
>
-----------------------------------------------------
> Apabila seseorang itu sampai kepada darjat wilayah,
> terlepas mereka daripada segala suruhan dan larangan
> dan martabat wali lebih mulia dari martabat nabi.
> 
> Ketiga: Thamrakhiyyah. 
> ----------------------
> Golongan ini antara lain, iktiqad mereka ialah tidak
> lagi terikat dengan suruhan dan larangan Allah.
> Golongan ini mengharuskan menyanyi dan segala alat
> muzik. Mereka diharuskan untuk berzina dan
> sebagainya.
> Golongan ini diasaskan oleh Abdullah Thamrakhiyyah.
> 
> Keempat: Ibahiyyah, iktiqad mereka ialah: 
> -----------------------------------------  
> Kita tidak perlu melakukan kerja-kerja menyuruh
> kepada
> kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana kita
> sendiri
> tidak mampu melakukan kerja-kerja tersebut apalgi
> untuk menyeru orang lain. 
> Golongan ini mengharuskan zina dan tidak berdosa. 
> 
> Kelima: Haliyah. Iktiqad golongan ini ialah: 
> --------------------------------------------  
>  Diharuskan menari dan bertepuk tangan sambil
> menyanyi
> sehingga pengsan. 
>  Kata mereka bahawa “Sheikh kami berada dalam suatu
> hal”. 
> 
> Keenam: Huriyyah. 
> -----------------
> Iktiqad golongan ini hampir sama dengan iktiqad
> golongan Haliyah, cuma mereka menambah semasa kami
> pengsan ketika menyanyi, kami didatangi oleh
> bidadari
> daripada syurga lalu kami jima’ dengan mereka dan
> setelah sedar kami mandi junub.
> 
> Ketujuh: Waqi’iyyah. 
> --------------------
> Iktiqad golongan ini ialah bahawa kita tidak perlu
> kenal Allah Taala. Ini kerana kita ini lemah lagi
> seorang hamba. Jadi kita tidak perlu mengenal Allah
> lagi.
> 
> Kelapan: Mutajahiliyyah/Mutahalliyyah. 
> --------------------------------------
> Golongan ini memakai pakaian-pakaian yang elok dan
> melakukan pekerjaan fasiq. Antara kata mereka
> bahawa:
> Kami tidak dapat lari dari melakukan zina.
> 
> Kesembilan: Mutakasilah. 
> -----------------------
> Golongan ini malas bekerja. Kerja mereka hanyalah
> meminta-minta daripada orang ramai samada atas nama
> zakat atau sedekah.
> 
> Kesepuluh: Ilhamiyyah. 
> ---------------------
> Iktiqad golongan ini sama seperti al-Dahriyyah.
> Golongan ini enggan belajar dan membaca Al-Quran.
> Pada
> pandangan mereka, Al-Quran itu hanya merupakan hijab
> untuk mengenal Allah. Kerana itu mereka hanya
> mempelajari syair-syair dan kata hikmah sahaja
> sebagai
> tarikat mereka.
> 
> Kesebelas: Hululiyyah. Iktiqad golongan ini ialah: 
> --------------------------------------------------  
>  Bahawa setiap makhluk bersatu dengan Allah Taala. 
> Harus kita memandang kepada perempuan yang cantik
> dan
> boleh menari dan memeluknya. Kerana sifat cantik itu
> adalah sifat Allah yang dianugerahkan kepada kita
> semua. 
> Apabila seseorang itu sunyi dari hawa nafsu dan
> ikhlas
> kepada Allah, maka gugurlah segala amal syariat.
> Segala ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat dan
> sebagainya. 
> 
> Keduabelas: Kaum Wujudiyyah. 
> ----------------------------  
> Iktiqad golongan ini berdasarkan kepada tafsir
> kalimah
> “La Ilaha IllaLlah” iaitu: Tidak ujud melainkan ujud
> Allah. Dan pandangan mereka lagi bahawa tidak maujud
> melainkan dalam kandungan ujud segala makhluk. Iaitu
> setiap makhluk terdapat ujud Allah. Allah dan
> makhluk
> adalah dari satu jenis dan sebangsa. Golongan ini
> juga
> beriktiqad bahawa tuhan bertempat dan tertakluk
> kepada
> masa.
> 
> Ketigabelas: Mujassimah. Iktiqad golongan ini ialah:
> 
> ----------------------------------------------------
>  
>  Allah mempunyai anggota seperti tangan, kaki,
> 
=== message truncated ===

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke