*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
…….sambungan…….

 Tajuk : Patuh Kepada Selain Daripada ALLAH Adalah
Penyelewengan.
---------------------------------------------------
     Ini adalah satu tajuk yang ditulis oleh Mawdudi
rahimmatulmullah,untuk menyatakan bahwa kepatuhan
selain daripada ALLAH SWT adalah suatu penyelewengan
dan kesesatan.Sebab itu,apabila kita menyebut
kepatuhan kepada ALLAH,maka ia sebenarnya terkandung
di dalam satu perkataan yang dinamakan `ubudiyah.
 [ `Ubudiyah,yang boleh kita faham ialah bermakna
penyembahan dan kepatuhan kepada ALLAH.Dan inilah yang
kita lafazkan 17 kali sehari (rujuk ayat 5 Suratul
Fatihah).Dan itulah jua yang menjadi matlamat
penciptaan manusia dan jin.
ALLAH meletakkan matlamat penciptaan kedua-dua jenis
makhluk ni (yang disamping mereka diberi kuasa yakni
kuasa sementara untuk mentadbir alam dunia; dan juga
disamping mereka menggunakan segala bahan yang ALLAH
cipta di bumi untuk kegunaan dalam kehidupan dunia
mereka); ialah untuk manusia ingat bahwa sedalam mana
pun bumi yang mereka korek dan seluas mana pun laut
yang mereka terokai untuk mencari minyak dan
sebagainya; tapi keutamaannya ialah masalah `ubudiyah
mestilah difahami. ]

     Kepatuhan dan penyembahan adalah milik mutlak
ALLAH SWT.Seperti yang telah disebut oleh Imam Ghazali
rahimmullahu ta`ala di dalam kitabnya ‘Aiyuhal Walad’;
dimana katanya bahwa ciri-ciri kepada `ubudiyah itu
ada ‘3’.
Bila disebut ‘Hanya Engkau (ya ALLAH) yang kami
sembah’ atau apa saja yang kita nak kait dengan 
penyembahan kepada ALLAH (`ubudiyah kepada ALLAH),maka
kata Imam Ghazali,”Untuk menjadikan sah penyembahan
kamu atau untuk diterima akan `ubudiyah kamu,maka dia
mesti ada ’3’ ciri.”
[ Dalam dunia ni,semua benda dikenali melalui
ciri-cirinya.Misalnya; untuk mengenali kereta,cirinya
mesti ada ‘4’ tayar.Dikenali motor dengan ‘2’
tayar,itu cirinya.Begitu jugalah dengan `ubudiyah
kepada ALLAH,dimana menurut Imam Ghazali bahwa untuk
mengenalinya atau mengesahkan `ubudiyah,beliau
meletakkan ‘3’ ciri yang besar. ]

     Ciri `ubudiyah yang pertama ialah hendaklah kamu
memelihara perintah syarak.
[ Mula-mula sekali ialah perintah ALLAH SWT mesti
dipelihara.Tidak boleh kita biarkan orang
memperlekeh-lekehkan atau mempertikaikan hukum-hukum
syarak.
Seperti ‘puak-puak karat’ lah tuan-tuan: yang
bahayanya,sudahlah depa tidak ada sifat
penyembahan,kemudian depa cuba nak tarik pula kita
jadi macam depa jugak.
Seperti kata Imam Ghazali,”Kamu mesti ada sifat
memelihara perintah syarak.”…Inilah perangai Nabi
s.a.w..Sehingga pada satu ketika,semasa perbahasan
tentang akhlak Nabi Muhammad s.a.w.,Imam Ghazali
pernah menyebut bahwa akhlak Nabi ialah dia cukup
marah kalau hak ALLAH dicabul, hukum ALLAH
dipermainkan dan hak ALLAH dinafikan.Kata Imam Ghazali
lagi,”Nabi begitu marah sehingga merah mukanya.”…Tapi
kalau hak Nabi sendiri,dia cukup berlembut.Seperti
yang kita pernah belajar dalam Sirah,yakni adanya
beberapa orang Badwi yang baru masuk Islam,datang
kepada Nabi,lalu ada diantara mereka yang mencekik
leher Nabi dengan serban,semata-mata kerana nak minta
daripada Rasulullah sedikit gandum/kurma.Tapi Nabi tak
marah,malah baginda s.a.w. suruh Saiyyidina Umar layan
orang-orang Badwi itu dengan baik,walaupun berbekas
merah di leher Nabi,akibat cekikan dengan kain serban
oleh orang Badwi tadi.Nabi tak marah kerana Nabi
tahu,memang orang-orang Badwi ni,agak kasar sikit
perangai mereka,dan lebih-lebih lagi yang mereka minta
itu memang hak mereka.
Tapi kalau hak ALLAH dicabul,yang ni yang Nabi cukup
marah.Inilah perangai Nabi s.a.w.,dan sifat inilah
yang kita nak kena ambil.Kita hendaklah memelihara
perintah syarak,sampai ke tahap kita rasa marah kalau
ada orang yang cuba nak mempermainkan ayat-ayat
al-Quran.
Kalau selagi perasaan marah ni tak dak,tuan-tuan
jangan sembanglah nak jihad ka apa ka. ]

     Kemudian ustaz Halim teringat apa yang disebut
oleh al-Ustaz Fathi Yakan dalam kitabnya ‘Bahtera
Penyelamat’; dimana beliau mengisahkan akan sebuah
negeri yang dihuni oleh 18000 orang penduduk,dan
kebanyakannya pula terdiri daripada alim
ulama.Tapi,tiba-tiba negeri itu dibala oleh ALLAH
sehancur-hancurnya.Lalu kata ustaz Fathi Yakan bahwa
ini terjadi hanya kerana satu sebab; iaitu kesemua 18k
penduduk negeri itu,tidak pernah merasa marah apabila
hak ALLAH dicabul.
[ Mereka dilaknat kerana mereka tak pernah rasa nak
marah.Mereka rasa boleh sembahyang tu,kira orait
dah.Mereka rasa bila mereka dah jadi tok alim
besaq,kemudian boleh karang kitab pula; itu semua depa
ingat dah cukup baguih.Tapi mereka tak ambil peduli
langsung bila ada dikalangan mereka yang lawan
ALLAH.Maka,inilah sebabnya ALLAH hancurkan negeri itu.
Inilah yang ustaz nak bagitau bahwa nak memelihara
perintah syarak sampai keperingkat,kita kena ada
perasaan marah bila melihat orang cabul hak
ALLLAH.Tapi yang amat-amat dikesali sekarang ni ialah
ada sebahagian orang-orang Melayu yang mengaku
Islam,tapi tak ada langsung ke’sensitiviti’an mereka
bila mana ada orang bukan Islam sudah berani
terang-terangan menghina hukum syarak.Bukannya mereka
nak tegur ka apa ka sekurang-kurangnya, malah depa
tepuk tangan rasa seronok lagi ada.
Yang ‘kepala taik’ tu,tak cukup dendamnya di
Malaysia,dilepaskannya sehingga ke New York.Dia
menghina sebuah gerakan Islam (tarak lain,PAS la
tu),yang kononnya terlalu extreme, tak boleh tolerate,
deviationise dan macam-macam lagi tohmahan yang
buruk-buruk tentang pergerakan Islam.Didepan siapa,dia
kata tu,tuan-tuan? Di depan Yahudi Amerika,tuan-tuan.
Masyarakat tolong fikirlah,la ni agak-agak siapa yang
sesat? Adakah ceramah-ceramah PAS dan
kuliyyah-kuliyyah di Masjid itu sesat? 
Ini komen saya (penulis),bukan ustaz :
(…Kalau kita sesat; awat kuliyyah-kuliyyah kita boleh
buat secara ‘open’ atau ‘Live’ kepada masyarakat? Kita
bukan pi buat kuliyyah di hujung-hujung kampung dekat
dengan hutan,nuuuh,bagi sapa pun tak tau.Dak
aih,niii,tengah-tengah town pun kita buat.Sapa pun tak
kata apa.
Kalau kita sesat; awat puak-puak umno dok berdolak
dalih nak buat muzakarah? Last-last sekali sampai muka
tak malu,pi jumpa Raja-raja suruh settle kes
perpecahan orang Melayu.Kemudian,baru-baru ni; malu
puak-puak karat diparahkan lagi oleh tersungkurnya
ulama depa yakni Astora Jabat ditangan Ustaz Asri
Zainal Abidin.Tuan-tuan boleh dapatkan tape/CD debat
itu sekarang,sudah ada dalam pasaran.Dan lepas
tu,tuan-tuan boleh nilai sendiri.Bagi saya debat tu,
kira tarak ‘fight’ untuk ustaz Asri,macam langit
dengan bumi.Bagi saya la,lebih baik dengaq Pyan Habib
baca sajak dia,daripada dengaq Astora dok merapu tak
tau bijik buah.
La ni baru kita tau, patut puak karat ni dok selalu
dolak dalih; pasai kalau buka Quran/Hadis,depa nanti
kena….woiii umno,malu la weiiii !
Ok la ni; mai kita tengok sapa sesat dalam bentuk asas
yang paling simple,yakni ukur dengan Quran.Kita
compare apa kata Pas/umno,kemudian kita boleh buat
rumusan samada pangkah Pas masuk syurga atau pangkah
umno masuk syurga ka (isu yang dok hingaq sangat
baru-baru ni).
First sekali; dalam Quran ada ayat suruh sembahyang
dak? Jawabnya, ada.Lalu orang Pas sembahyang dan orang
umno pun sembahyang…okkk cantik,kira seri la.
Kedua; dalam Quran ada ayat suruh posa dak? Jawabnya,
ada.Lalu orang Pas posa dan orang umno umno posa
jugak…okkk cantik,seri lagi.
Kemudian yang ketiga; dalam Quran ada tak ayat suruh
jauhkan arak dan judi? Jawabnya, ada.Lalu bila pangkah
Pas,maka Pas menang di Kelantan dan Trengganu,maka
banyaklah lesen-lesen judi ditarik dan kedai-kedai
arak ditutup.Baru-baru ni,masa saya pi
Kelantan/Trengganu,satu banner atau poster yang
mengiklankan arak+judi pun tak nampak,walaupun dalam
kedai kopi Cina.Syukur kepada ALLAH.Manakala bila
pangkah BN,maka arak/judi terus berleluasa.Maka
terjawablah persoalan yang selama ini menjadi isu
hangat dengan kaedah yang paling simple saja.Itu baru
kita ambik perkara yang dhurori yakni yang semua orang
memang tau dalam Islam, tak masuk lagi bab-bab
penyelewengan aqidah.Bab aqidah,saya serah kembali
kepada ustaz Halim.)
Yang ni baru sambung dari kuliyyah ustaz Halim:
Penyelewengan aqidah yang paling ketara sekali ialah
semasa kempen pilihanraya ke 10 tahun lalu.Dimana
pemimpin-pemimpin umno/bn bercakap dalam keadaan tidak
ada pedoman; inilah sesat namanya.Contohnya, dalam
Harakah telah mendedahkan ucapan daripada
pemimpin-pemimpin sesat di Pasir Mas,Kelantan.Salah
sorang daripada mereka mengatakan bahwa jangan takut
dengan api neraka kerana api neraka ni macam api yang
dok goreng keropok sahaja.Inilah contoh satu ucapan
yang biadap dengan Tuhan,yang kemudiannya mengundang
bala ALLAH.Sebaik saja si’kurang ajar’ tu balik
daripada ceramahnya di Sek.Men.Teknik Pasir Mas;
Harakah melaporkan bahwa ribut datang lalu
menerbangkan bumbung sekolah berkenaan.Yang kena,
orang yang tak berdosa.
Kemudian,dalam ceramah mereka di Sedaka,Yan pula;
datang lagi pemimpin sesat dalam kempen mereka.Dia
kata bahwa dia telah bermimpi masuk neraka,dan
berjumpa dengan ‘2’ orang iaitu Mat Sabu dan TG Nik
Aziz…Astaghfirullah…Ini juga satu ucapan yang sesat
kerana mempermain-mainkan neraka walaupun dalam
mimpi.Adakah kamu nak masuk sangat ka? Tahukah
mereka,bahwa kata Nabi,”ALLAH menyalakan api neraka
selama 1000 tahun,yang mula-mula warnanya
merah.Kemudian,ALLAH menyalakan lagi 1000 tahun
lagi,lalu api neraka bertukar menjadi warna
putih.Kemudian,ALLAH nyalakan nereka 1000 tahun
lagi,maka akhirnya neraka bertukar menjadi hitam
laksana malam yang gelap gulita.”…..Itulah warna api
neraka; nak goreng keropok apa kalau macam tu punya
keadaan?…Tapi,bila dah biadap; bila tak pelihara
syarak; apabila sembahyang mereka hanya seperti
kosmetik; puasa juga menjadi kosmetik sahaja
(pancarkan dalam tv,yang depa buka posa); maka ibadah
kosmetik mereka itu,tidak ada nilai di hadapan ALLAH
SWT.Jadi,apabila menentukan orang masuk neraka/syurga
walaupun dalam mimpi,adalah satu penyelewengan aqidah
yang tidak diizinkan oleh ALLAH.
Kemudian,ada seorang lagi pemimpin sesat yang bercakap
di Kuala Ketil pula; dia mengatakan bahwa Saiyyidina
Hamzah yang gugur syahid di medan Uhud tidak
dimandikan dan terus dikambus begitu saja oleh
Nabi,kerana masa tu,Nabi payah nak dapat
air…..Astaghfirullah,apa punya sesat pemimpin yang
kata lagu ni.Heran sungguh kita, macamana depa ni
boleh sujud kepada ALLAH? Saya sampai tak boleh nak
pikiaq puak-puak sesat ni; bagaimana depa sembahyang
sujud keada ALLAH,walhal depa boleh main api neraka
macam goreng keropok sahaja.
Kemudian,depa dengan sombong dan takabbur mengatakan
bahwa,”Awat lidah/mulut kami tak herot pun? Ok saja,
bila kami kata TG tak betul serta hudud tak betul.”
Maka dengan kerana itu,ustaz Halim mengulangi kepada
puak-puak sesat ni dengan suruh rujuk kepada Surah
al-Mujaadalah ayat 8 yang bermaksud,”Apakah kamu tidak
melihat wahai Muhammad? Orang-orang yang dilarang
berbisik-bisik (maksud bisik disini ialah
konspirasi.Bila Nabi lalu,depa nanti umpat
macam-macam.Tapi bila berhadapan dengan Nabi,depa jadi
lain pulak.Bila jumpa Rasulullah,depa nanti bagi salam
sambil cium tangan Rasulullah.Tapi bila Nabi pergi
daripada mereka,depa start durhakai Rasulullah
kembali.Inilah perangai Yahudi/munafiq.)”
Tiba-tiba,yahudi/munafiq kata,”Pasai apa Tuhan tak
azab kita,yakni terhadap apa yang kita telah cakap
kepada Rasulullah?”…Sama tak tuan-tuan, ucapan oleh
yahudi/munafiq yang dirakamkan ALLAH dalam Quran,
dengan ucapan pemimpin-pemimpin umno/bn,hari ini?
Maka jawab ALLAH,”Ya,Aku tak kacau hangpa di
dunia.Tapi hangpa mau ingat; cukuplah untuk hangpa
semua yang berbisik-bisik dan yang mencaci maki
Muhammad, neraka jahannam untuk hangpa.Cakap banyak
tak mau.”…ALLAH jawab dalam Surah al-Mujaadalah khusus
untuk puak-puak sesat ni. ]

     Jadi,memelihara perintah syarak merupakan ciri
`ubudiyah yang pertama.Yang kita mesti faham bahwa
setiap daripada kita adalah terlibat menjaga perintah,
menjaga kemurnian dan kecantikan Islam.
[ Apalah yang ada sangat kat kita ni,yang ada sampai
nak lawan ALLAH TA`ALA,sahabat-sahabat sekelian?
Sepertimana ALLAH tanya kita dalam firmanNya yang
bermaksud,”Adakah kamu ada agama lain? Adakah kamu ada
cara hidup lain? Kamu tak hendak ikut hukum Aku? Kamu
tak hendak haramkan arak/judi? Kamu tak nak kerat
tangan pencuri? Kamu tak nak rejam orang yang
berzina?…Baik, sekarang Aku nak tanya kamu lagi :
Adakah kamu punya Tuhan yang lain daripada ALLAH?
Adakah kamu punya ugama yang lain daripada apa yang
telah Aku turunkan?…Sedangkan,penduduk langit yakni
malaikat-malaikat yang begitu besar seperti ‘8’
malaikat yang menanggung arasy Aku, sentiasa tunduk
takut kepada Aku.Ada malaikat yang punyai 600 sayap di
kanan dan 600 sayap di kiri; yang sekiranya kalau satu
sayap saja dibuka,maka seluruh timur/barat gelap
tertutup.Itulah Jibril a.s..Sebesar ini Malaikat,tapi
mereka Islam dan tunduk kepada Aku.”…..Apa sayap yang
kita ada,tuan-tuan? Nak lawan ALLAH konon.Nak lawan
mengantuk pun tak mampu.
Kata ALLAH lagi,”Penduduk langit yakni
malaikat-malaikat yang beribu-ribu juta jumlahnya
serta berganda-ganda besarnya daripada kamu lagi,pun
tunduk kepada Aku.Begitulah juga dengan matahari dan
bulan yang patuh kepada Aku.Dan semua pokok-pokok kayu
tumbuh dengan perintah Aku.Apakah kamu yang kerdil ini
nak lawan Aku???!!!”…..ALLAH tanya kita tu.Apa pasai
kita tolak Islam? Apa pasai kita tak hendak pelihara
perintah syarak,melainkan  menempah diri kita sebagai
salah satu calon ahli neraka.(Minta dijauhkan ALLAH).
   Ketika Nabi s.a.w. di’mikraj’kan ke langit; Nabi
tengok ada 2-3 orang Rasul yang umat mereka masuk
syurga,hanyalah seorang sahaja.Sehingga Nabi beritahu
kepada sahabat bahwa umatnya yang akan masuk syurga
tanpa hisab pun kira sedikit juga,yakni hanyalah 70000
sahaja…….Tanya pada diri kita sendiri; gamak-gamaknya
kita diantara 70k tu ka? Dengan amalan yang tak
seberapa, layakkah kita,tuan-tuan? Bayangkan
tuan-tuan,umat Nabi sejak daripada zaman Nabi dahulu,
kemudian mai kepada zaman Imam Syafi`e (tabi`in),
kemudian kepada tabi`in tabi`in, sampailah kepada
zaman kita; selama jangkamasa 1400 tahun lebih tu,yang
masuk syurga tanpa hisab,hanyalah 70k sahaja.Layakkah
kita yang banyak dosa ni sebagai calonnya,tuan-tuan?
Ya,ALLAH, takutnya hambamu ini,ya ALLAH.
Pasai, kemungkinan besar,umat akhir zaman ni (kita la)
akan dihisab; kerana offer yang ALLAH bagi tu,kira
sampai kat Tabi`in tabi`in kira dah ‘completed’.Kita
ni pakai tak dak la; pakat masing-masing kena menjawab
dengan detail di depan ALLAH SWT nanti.Rintangan demi
rintangan akan dihadapi ; soalan-soalannya, seperti
harta ambik daripada sumber mana? Umur habih kot mana?
Ilmu,hang manafaat kot mana?…Semua ditanya
tuan-tuan.Naya kita,tuan-tuan. ]

     Sebab itu,kita tak boleh tolak Islam; kerana
Islam adalah agama yang cukup baik/indah.Kita mestilah
meng’Esa’kan ALLAH dalam segala apa jua bidang.Yakni
‘Esa’kan ALLAH SWT pada zat,sifat dan
perbuatanNya.Maka,tiada siapa pun boleh menandingi
kehebatan ALLAH.
[ Dengan  kenyataan ini,ustaz Halim teringat lalu
menceritakan satu kisah yang berlaku di India satu
masa dahulu.Ceritanya mengenai seorang Paderi kristian
ajak orang-orang Islam berdebat.Tapi ulama-ulama dan
mu`alim-mu`alim  di India malas nak layan paderi
tu,pasai dia dok kata Tuhan ni 3 dalam 1,macam shampoo
tu.Tapi paderi tu tetap menunggu sapa yang akan
menyahut cabarannya itu.Dan akhirnya,cabaran paderi
itu disambut oleh seorang India Muslim yang kerjanya
jaga lembu.Lalu dia parking lembunya,dan dia pi jumpa
paderi tu,”Kamukah paderi yang nak berdebat dengan
orang-orang Islam tu?”…Jawab paderi,”Ya.”…Kata
pengembala lembu tu,”Baik.La ni Tuhan kamu ada
berapa?”…Paderi tu jawab,”Ada 3,yakni 3 dalam
1.”…Tanya pengembala tu lagi,”Siapa 3 tu?”…Jawab
paderi,”Yang pertama ALLAH.Kemudian bini
dia,Maryam.Kemudian anak dia,Nabi Isa.”…Kemudian tanya
lagi pengembala tu dengan nada confuse,”Tuhan kamu
jadi sejak bila?”…Kata paderi,”Oh! Lama
dah.Beribu-ribu tahun yang lalu.”…Tanya pengembala
tu,”Betul ke ni?”…Jawab paderi,”Betul,dari dulu sampai
sekarang,Tuhan itulah.”…Tanya lagi si pengembala tu
dengan nada yang lebih confuse,”Punyalah lama,sejak
dulu sampai sekarang; Tuhan kamu hanya ada anak
seorang sahaja ka? Tengok,aku ni.Gembala lembu
saja.Baru 5 tahun kahwin,tapi sudah ada 5 orang anak.1
tahun,1 anak jugak.Jadi,tuhan kamu tak kuat lah, kuat
aku lagi.”…Paderi tu garu kepala,dengan ayaq tu dia
belah.
Maka dari cerita itu, ALLAH tetap akan mewujudkan
seseorang yang akan bangkit membela ugama yang
diiktirafNya sahaja,walaupun daripada seorang
pengembala lembu. ]

…….bersambung…….      

 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke