*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


        ----------


        Asalamualaikum...

        Maafkan saya untuk  bertanya ..kerana saya rasa agak keberatan untuk menyentuh 
perkara berkaitan denagnTauhid kerana kalau tergelincir maka akidah akan runtuh...

        Seperti Saudara Hasan katakan...Zat itu adalah itu adalah kepunyaan 
Allah..maknanya ia adalah kepunyaan mutlak Allah dan ia adalah tidak berbelah 
bagi..Sifat 20 menunjukkan keagungan Allah  bila ia MAHA segalanya...demi kerana 
Zatnya itu...Begitu juga sifatnya yang 20 itu tidak patut berada pada maklukh lain 
demi kerana keagungan Allah tetapi kenapa..pertanyaan saya adalah...?Kenapa Sifat Alah 
itu.. sesetengah terdapat pada Manusia?

        Allah Maha mendengar...kita juga boleh mendengar walau pun tidak MAHA.
        Allah berkata kata..kita juga berkata kata.
        Allah melihat ..kita juga ..melihat..
        Allah kudrat..kita juga ada kudrat ...dalam batasan kita..
        Allah mengetahui..Kita juga mengetahui dalam batasan kita

        ...so persoalannya ,..SIAPAKAH  MANUSIA ITU?...

        Dan saya percaya kalau kita dapat kenal siapa kita..maka kita akan kenal 
dengan Allah..kerana Allah telah berfirman..awal agama adalah mengenal Allah...bukanya 
awal agama mengenal solat...tapi tuhan tak kenal....

        Wallahualam...

                ----------
                From:  Hassan Hj Abdullah[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
                Sent:  20 April 2000 18:52
                To:  Azmi B. Mohd Nor (Central)
                Cc:  Sani Norku; kelana berkelana; [EMAIL PROTECTED]; 
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
                Subject:  Re: H-Net* Utk yang berkelana


                 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
                 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
                 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
                 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
                 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
                          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
                 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                Assalamualaikum wbt.

                Saudara Azmi,
                Bermohon kehadrat Allah, agar saya dan sdr. diberikan petunjuk.

                Sebenar-benar Allah adalah ZAT Allah. Tidak diketahui dan sampai oleh 
ilmu, putus segala ibarat
                dan isyarat.

                Sebenar Allah itu Maha (Hidup, Tahu, Kuasa, Kehendak, Mendengar, 
Melihat, Berkata-kata, Mencipta)
                dengan ZatNya. Zat Allah SWT telah Maha Sempurna, berdiri sendiri 
tidak memerlukan kepada sesiapa
                (makhluk).

                Maha (Hidup, Tahu, Kuasa, Kehendak, Mendengar, Melihat, Berkata dan 
Mencipta) itu adalah Sifat Zat
                iaitu Sifat Yang Berdiri pada Zat. Dinamakan juga sebagai Sifat 
Rububiyyah.

                Sifat Zat ini maknanya Zat Allahlah. Zat Allah ini telah berSifat 
(Rububiyyah), berAsma dan
                BerAf'al. Semuanya itu pada martabat ZAT iaitu ESA, tiada sekutu 
baginya dan tidak seumpama
                bagiNya akan segala sesuatu.


                Sifat 20 yang dipelajari di kebanyakan kitab Tauhid itu adalah 
menceritakan berkenaan Sifat Allah.
                Sifat Allah bukannya Zat Allah.

                Sifat Allah adalah terbit daripada "Wujud" Wujud itu dinamakan sebagai 
"Wujud yang Nafsiah". Iaitu
                mewajibkan sifat itu berWujud selagi ada Zat yang tidak dikerana oleh 
suatu kerana.

                Wujud itulah Sifat Uluhiyyah yang menerbitkan daripadanya Sifat Maani 
yang melazimi pula dengan
                Sifat Maanawiyah.

                Zat tidak berWujud. Sebab itulah tidak diketahui keadaanNya dan 
diharamkan pula mengkajinya. Yang
                berWujud itu Sifat.

                Sifat Allah tidak bercerai tanggal dengan Zat Allah. Zat Allah adalah 
Zat yang tidak kerana oleh
                suatu kerana (rujuk istilah sifat nafsiah). Zat Allahlah yang 
mengkeranakan Sifat Allah (Wujud).
                Tepatnya, Sifat Allah, Wujud, dikeranakan Zat Allah (Zat yang tidak 
dikerana oleh suatu kerana).

                Oleh kerana Sifat Allah itu tidak bercerai tanggal akan Zat Allah maka 
selayaknyalah Dia yang
                sangat Iman, Islam, Tauhid dan Makrifat akan Tuhannya (Zat Allah).

                Para ulama mengibaratkan (Maha Suci Allah dari segala ibarat dan kias) 
umpama lampu dan cahaya.
                Lampu dengan cahaya tidak bercerai. Tetapi lampu bukannya cahaya 
(cahaya bukannya lampu). Lampu
                itulah yang mengkeranakan wujudnya cahaya. Bermakna, Wujud cahaja itu 
masih dikeranakan oleh lampu
                itu.

                Jadi, yang kita diwajibkan mempelajari ilmu Tauhid itu ialah untuk 
berIman dan mengenal Sifat
                Allah (BerIman dengan alam ghaib). Kenal akan "orang yang sangat 
kenal/makrifat akan Allah akan
                menyampaikan kita mengenal akan sebenar-benar Allah".

                Jangan silap faham ya. Sifat 20 itu bukannya setakat disuruh hafal. 
Tetapi disuruh kenal/makrifah.

                Bersambung....insya Allah.
                Wassalamualaikum wbt.

                "Azmi B. Mohd Nor (Central)" wrote:

                > > Assalamualaikum w.b.t
                > >
                > >
                > > Sdr Hassan , Sani Norku & Abdul Rahman,
                > >
                > > Sedikit persoalan dari saya, keberatan jugak bagi saya utk 
menyentuh hal2 sebegini,
                > > apatah lagi hal yg berkaitan bab2 Tauhid. Dinyatakan yg Allah 
Taala itu hidup
                > > dgn dzatnya, tahu dgn dzatnya, berkuasa dgn dzatnya,berkehendak 
dgn dzatnya,
                > > mendengar dgn dzatnya,melihat dgn dzatnya,berkata2 dgn dzatnya, 
mencipta dgn
                > > dzatnya, mengetahui dgn dzatnya dan yg  mana kita tahu semua itu 
adalah sifat2 Allah.
                > > Kita pasti dah belajar dari sekolah rendah lagi mengenai sifat 20 
tersebut.Kalau semua
                > > nya itu, spt Allah itu melihat,mengetahui, mendengar dan 
segala-galanya dgn dzatnya,
                > > maka menjelaskan yg mana sifat dan dzat Allah itu adalah berbeza.
                > >       Apabila berlakunya kiamat, adakah sifat2 yg 20 Allah Taala 
itu juga akan turut
                > > musnah? Diantara sifat2 20 tersebut, spt Allah Taala itu maha 
mendengar, maha melihat,
                > > maha mengetahui dan sebagainya keatas setiap makhluknya dan 
seluruh penciptaannya.
                > > Berlakunya hari kiamat, seluruh sistem cakrawala2, planet2,alam 
seluruh isinya akan
                > >  hancur dan musnah.Jadi apa perlunya lagi sifat2 20 tersebut bagi 
Allah?. Dunia sudah tiada.
                > > Adakah sifat-sifat 20 Allah Taala juga akan turut musnah ketika 
berlakunya kiamat?
                > > Bolehkah saya mengatakan yg sifat 20 tesebut akan turut musnah, 
tapi bukan  Dzatnya.
                > >       Kalau kita tanyakan pd orang lain, apakah sebenarnya yg 
dimaksudkan dgn
                > > "Dunia" itu. Mungkin dia akan mengatakan pengertian dunia itu 
amatlah luas,yg mana
                > > terdiri dari gunung-ganang, bukit bukau, hutan rimba, lautan, dan 
bermacam2 lagi yg
                > > kalau dibilang pun takkan habis sampai bila2.Bolehkah saya 
mengatakan yg dunia
                > > itu sebenarnya adalah ruang dan masa(space & time)? yg mana semua 
makhluk
                > > ciptaan Allah dan seluruh isi alam ini terdiri dan dilingkungi dgn 
ruang dan masa.
                > > kejadian manusia dan seluruh ciptaan Allah ada mulaan dan 
akhiran.Utk bergerak
                > > spt contoh utk manusia, sememang memerlukan ruang.Macamana keadaan 
sekali,
                > > sememangnya tak dpt lari dan semuanya tertakluk pd ruang dan masa.
                > >       "Allah itu ada dimana-mana" Apakah yg sebenarnya yg 
dimaksudkan
                > > "dimana-mana" ?. Tak mungkin Allah Taala itu tertakluk pd ruang 
dan masa.Kalau
                > > kita cuba mengkaji dgn akal fikiran, tak mungkin kita menjumpainya 
kerana
                > > diketahui akal manusia itu adalah terbatas dan sepaling2 tinggi 
pun takkan
                > > sampai kemana. Mungkin yg dijumpainya adalah satu ruang yg kosong 
dan gelap.
                > > Tunjukkan saya sekiranya ada salah dan silap.
                > >
                > >
                > >
                > >
                > >
                > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
                > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
                > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
                > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
                > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
                > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
                > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                > > Assalamualaikum wbt.
                > >
                > >
                > > Alhamdulillah, terima kasih sdr. Sani Norku. Satu artikel yang 
panjang
                > > dan begitu bermaklumat. Atas usaha sdr. moga-moga Allah SWT reda 
dan
                > > merestuinya.
                > >
                > > Izinkan saya ingin menambah sedikit di ruangan ini.
                > > Sekiranya jika diizinkanlah Allah, untuk menerangkan "baru sebaris 
ayat
                > > Allah sahaja"  berkajang-kajang panjangnya. Itu baru pandangan 
dari satu
                > > orang, sedangkan Allah SWT mengurniakan ilmunya kepada ramai orang!
                > >
                > > Persoalannya apakah yang wajib diiktiqadkan kepada Allah SWT?
                > > Bagaimanakah mahu mengesahkan iktiqad tersebut?
                > > Apakah pula yang dimaksudkan dengan akidah?
                > > Bagaimanakah mahu mengesahkan akidah yang benar/hak?
                > > Apakah pertaliannya pula dengan ibadah? Iaitu ibadah yang tidak 
putus
                > > (24 jam atau 1440 minit) sehari semalaman?
                > > Bagaimanakah menghubungkan iktiqad, akidah dan ibadah itu sebagai 
satu
                > > tali iaitu "tali Allah" yang setiap wajib tidak memutuskannya,
                > > menceraikannya dan merenggangkannya?>
                > >
                > > Tidak dapat di kalangan manusia dan jin untuk mencapainya semua ini
                > > melainkan dengan daya upaya, petunjuk dan bimbingan Allah SWT jua. 
Yang
                > > menunjukinya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (yang menjadi
                > > pilihannya)?
                > >
                > > Ibadah itu banyakkah (berbilang)  atau pun satu? Apakah syarat dan 
ciri
                > > ibadah? Dan apakah perkara-perkara yang membatalkan ibadah?
                > >
                > > Jadi, dalam mentala'ah tulisan sdr. Sani Norku ini, tentulah 
persoalan
                > > yang paling pokok sekali ialah apakah kaitannya dengan iktiqad, 
akidah,
                > > ibadah dan amal. Seterusnya apakah pula kaitannya menceritakan 
berkenaan
                > > roh (Yang ditiupkan dari RohKu - roh adalah milik Allah) dengan
                > > pengajian - syariat, tarekat, hakikat dan makrifat.
                > >
                > > Siapakah sebenar-benar khalifah Allah?
                > > Apakah sebenar-benar hakikat?
                > > Siapakah dia yang sebenar-benar bersyariat, bertarekat, berhakikat 
dan
                > > bermakrifat?
                > > Apakah pertalian antara sebenar diri, hakikat dan hakikat alam?
                > >
                > > Berbalik kepada sebahagian dari isi kandungan tulisan sdr. Sani 
Norku,
                > > tercatat bahawa sebenar-benar Allah itu ialah ZAT yang Laisakislihi
                > > syaiun...
                > > Jadi Allah hidup dengan Zatnya
                > > Tahu dengan ZatNya
                > > Berkuasa dengan ZatNya
                > > Berkehendak dengan ZatNya
                > > Mendengar dengan ZatNya
                > > Melihat dengan ZatNya
                > > Berkata-kata dengan ZatNya
                > > Mencipta dengan ZatNya
                > >
                > > Bagaimana ZatNya? Maha Suci ZatNya, tidak diketahui keadaanNya.
                > > Tersampai oleh akal dan fikir. Kyayal dan mimpi. Malahan oleh 
kasyaf dan
                > > sebagainya yang daripada makhluk. Akhir kata putus segala ibarat 
dan
                > > isyarat.
                > >
                > > Lalu bagaimanakah mahu beribadah?
                > > Dan mendirikan solat?
                > >
                > > Jadi persoalan-persoalan ini tidak akan terjawab jika hanya 
membaca buku
                > > dan kitab. Tulisan dan nukilan orang lain. Ucapan dan syarahan 
orang
                > > lain. Walau beribu kitab dihafal. Jangan hairanlah dengan itu 
semua.
                > > Selagi tidak berguru dan beramal dengan bimbingan guru yang 
rasyeikh
                > > ilmunya dan pengucapannya maka selagi itulah gagal dalam 
beriktiqad,
                > > akidah, ibadah dan solat.
                > >
                > > Berkenaan dengan iktiqad, akidah, ibadah dan solat ini, mungkin 
kita
                > > boleh menipu orang lain. Tetapi bolehkah kita menipu diri kita 
sendiri?
                > > Apatah lagi menipu Tuhan?
                > >
                > > Sebagai contohnya setiap hari lima kali orang berIman mendirikan 
solat.
                > > Dalam niat ada qasad ada taarad dan ada ta'ayin.
                > > Ada rukun qauli, rukun fi'li dan rukun qalbi.
                > >
                > > Sebaik sahaja sesaorang itu berniat dalam takbiratul ihram dan 
hingga
                > > selesai mendirikan solat. Bagaimanakah yang dikatakan niat tidak 
boleh
                > > putus dan berubah atau bertukat. Jika berubah niat maka batallah 
amal.
                > > (Setiap amal bergantung kepada niat). Sedangkan niat hanya 
difahamkan
                > > ketika dalam takbiratul ihram?
                > > Sedangkan jika putus niat, maka bertukar dan berubah ia?
                > >
                > > Satu persoalan lagi ....solat dikatakan berhadap ke hadrat Allah 
SWT?
                > > Bagaimana yang dikatakan hadir hati berhadap ke hadrat Allah SWT?
                > >
                > > Sedangkan Tidak ada seumpama baginya akan segala sesuatu. Maka 
setiap
                > > yang terlintas, terkhayal, terbayang dan teringat di hati, 
dikepala dan
                > > diangan-angan ..itu semuanya bukan. Masih tidak temu juga yang
                > > sebenar-benar Tuhan?
                > >
                > > Ilmu tidak sama dengan amal. Teori tidak sama dengan amali. Dalam
                > > pelajaran dan kitab atau buku semua ada tercatat bahawa Allah 
adalah
                > > "laisakamislihi syaiun". Tetapi bila solat yang dihadap masih juga 
yang
                > > berupa, berhuruf, bermakna, tergambar dan terbayang yang selainnya.
                > > Masih juga berbuat syirik kerana masih juga menyembah selainnya 
ketika
                > > mengaku menyembahnya!
                > >
                > > Inilah natijah daripada tidak berguru dan mengambil Jalan 
(tarekat).
                > >
                > > Di dalam Quran dan  Hadis semua sudah dibayangkan oleh Allah dan 
Rasul
                > > Allah. Segala dosa yang dilakukan oleh anak Adam, sekiranya mereka
                > > memohon ampun nescaya Allah akan ampunkan KECUALI  dosa syirik.
                > >
                > > Dosa syirik tidak akan diampuni Allah.
                > >
                > > "Di akhirat kelak, datang anak Adam dengan memikul dosa yang 
teramat
                > > berat sehingga tidak larat lagi berdiri melainkan mengesut dengan>
                > > menia> rap di hadrat Allah SWT. Kemudian ia memohon ampun kepada 
Allah ,
                > > demi kebesaran dan Ketinggian Allah, nescaya Allah ampunkan , 
KECUALI
                > > dosa syirik".
                > >
                > > Syirik itulah sesat yang paling nyata. Kerugian yang teruk.
                > >
                > > Wallahu 'alam.
                > > Wassalmualaikum wbt.
                > >
                > > Sani Norku wrote:
                > >
                > > > 3: FITRAH (FIKIRAN, ILHAM & KASYAF) DAN WAHYU
                > > >
                > > > Semua manusia berasal daripada diri yang satu iaitu
                > > > Nabi Adam a.s. Sekalian yang lahir daripada Adam a.s
                > > > dinamakan bangsa manusia. Tidak ada keturunan Adam a.s
                > > > yang berbangsa haiwan, tumbuh-tumbuhan atau
                > > > gali-galian. Adam a.s dan keturunan beliau a.s menjadi
                > > > manusia kerana mereka semua memiliki kemanusiaan.
                > > > Tidak ada manusia yang tidak memiliki kemanusiaan.
                > > > Benih kemanusiaan yang pertama disemaikan pada
                > > > kejadian Adam a.s dan kemudian benih tersebut
                > > > 'berjalan' kepada Siti Hawa, ibu yang mulia dan
                > > > diberkati dengan keturunan yang amat ramai. Ketika
                > > > Adam a.s dan Ibu Hawa berada di dalam syurga benih
                > > > kemanusiaan itu hanya aktif pada mereka berdua
                > > > sahaja., tidak 'membiak'. Setelah mereka dikeluarkan
                > > > daripada syurga dan ditempatkan di bumi, di dalam
                > > > dunia, baharulah benih kemanusiaan itu menampakkan
                > > > keupayaannya melahirkan generasi manusia. Benih
                > > > kemanusiaan akan terus bekerja melahirkan manusia
                > > > hingga ke hari kiamat. Apabila berlaku kiamat
                > > > baharulah benih kemanusiaan itu berhenti melahirkan
                > > > manusia.
                > > >
                > > >
                > >
                > > ----------------   delete
                > > ------------------------------------------------------------
                > >
                > >
                > >  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                > >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE 
HIZB)
                > >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE 
HIZB)
                > >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan            
 )
                > >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                 
 )
                > >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                   
 )
                > >  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                > >
                > > Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
                > >

                --
                -----------------------------------------------------
                Click here for Free Video!!
                http://www.gohip.com/freevideo/



                 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
                 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
                 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
                 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
                 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
                 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

                Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
                

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd Zulkifli B. Mohd. Din (Central)" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke