*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
alhamdulillah.
jelas dan bermenafaat.
ada yg lain nak tambah dgn nilai yang sedemikian?
ibn muhajir wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> SAlam~
> bismillah,
>
> 1. Redha Allah & Syurga.
>
> Pada umumnya kita mencari redha Allah,kita juga mengharap syurga Allah, kita juga
>mengharap pahala Allah, kita mengharap rahmat Allah begitulah yg dinyatakan oleh
>hadith Nabi. (Rujuk Jihad Sabiluna)
>
> 2. ikhlas
>
> Qadhi Iyad mengatakan ikhlas ialah benar niatnya dan benar amalannya (mengikut
>petunujk Rasul). sekiranya benar niatnya (tiada riak), tapi amalannya tidak mengikut
>(ittiba') petunjuk Rasul (i.e ada unsur bidaah) maka amalannya juga tidak diterima.
>(Rujuk alWala' wal Bara' - Qohtani, Samudera Ilmu - Ibnu Qayim)
>
> 3. Zikrullah.
>
> Menurut Ulama yg MAher Dlm sunnah dan syariat, Zikir yg disyariatkan ialah spt mana
>yg diajarkan Nabi spt Lailahaillah, subhanallahiwabihamdihi, salawat ke atas nabi,
>astaghfirullah, etc.. Menurutnya lagi bahwa zikr dgn Allah, Allah..tidak menepati
>sepertimana yg diajar Nabi (Rujuk AlJAzairi - ila attasauf ya ibadillah)
>
> 4. Jihad melawan hawa nafsu jihad terbesar..
>
> Menurut Risalah alJihad Hasan AlBanna, Hafidz alIraqi mengatakan ianya bukan hadith
>tetapi kata2 Ibrahim bin Adam. Jihad melawan hawa nafsu sememangnya berterusan sampai
>nyawa bercerai dr badan. Tetapi, meninggalkan jihad qital dgn beralasan bahwa jihad
>hawa nafsu yg terbesar adalah batil.
>
> 5. Tareqat
>
> tariqat Naqsabandi yg di klaim mempunyai talian yang tidak terputus (sanad) dari
>guru sampai sahabat 4 (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali) sehingga Nabi Muhammad. ? Usul
>kesembilan tareqat Naqsabandi - Rabitah Mursyid - menyatakan , dlm zikir itu perlu
>membayangkan syaikh tareqat mrk walaupun yg dah mati. Disini tak pernah ada
>keterangan dari dalil quran maupun hadith. Nah dari mana sumbernya? (sila rujuk
>tareqat Naqsabandi, dan tareqah Qadiri wa Naqsabandi)
> wslm
>
> ------Original Message------
> From: [EMAIL PROTECTED]
>
> Alhamdullillah.....
>
> Memang keredhaan Allah yang kita cari dan mohon. Semoga diakhirat nanti
> kita dihimpun dalam kalangan umat Muhammad.
>
> Baik, di beberapa sessi perbincangan antara kalangan ahli tariqat/sufi,
> memang keredhaan Allah lah yang dicari. Setiap amalan mereka tidak lah
> mengira atau menghitung hitung-hitung supaya kelak mereka akan dibalas
> syurga. Umpamanya oh hari ni, saya telah menolong orang yang susah, baik
> dibalas baik, tentu usaha baik saya akan ditulis dibahagian kanan saya.
> Itukan tidak ikhlas namanya. Jadi kata mereka, jika aku berbuat amal
> sebesar gunung, kalau lah balasan ALLAH kepada dineraka, aku redho atas
> pemberiannya. Tengok macamana tahap redho mereka kepada ALLAH.
>
> Ahli tariqat dinasihatkan supaya menjaga setiap gerak hati supaya tidak
> melakukan perkara-perkara riak, tidak ikhlas dsb. Ini adalah terbit dari
> aspek ketika menjaga hati melalui zikir-zikir yang diamalkan. Saya sempat
> bertanya apakah zikir-zikir amalan mereka. Tidak lain hanya menyebut ALLAH,
> ALLAH, kalau boleh tidak putus-putus sehari semalam. Saya rasa ini sudah
> cantik dan bagus. Mungkin ini yang dikatakan diantara hablumminallah
> (betulkan saya kalau tersilap) iaitu hubungan yang tak putus dengan ALLAH.
> Jadi setiap gerak-geri mereka hanyalah ALLAH samada ketika makan, minum,
> solat dsb.
>
> Yang satu lagi, ya sahabat, mereka juga menasihati supaya terimalah tariqat
> yang mempunyai talian yang tidak terputus (sanad) dari guru sampai sahabat
> 4 (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali) sehingga Nabi Muhammad. Jika terputus
> talian tariqat-tariqat ini, maka tariqat itu adalah yang diada-adakan. Maka
> setiap ilmu itu ada pertalian guru, sehinggakan solat juga diterima dari
> guru(bukan belajar dari buku). Wah selama ini saya pun belajar melalui
> buku. Menarik juga ya!! Bagaimana komen Ibnu Muhajir.
>
> Juga diberitahu mereka tidak melekakan hal syariat. Katanya syariat dan
> hakikat tidak bercerai tanggal. Justeru itu mereka tetap mengikut halal
> haram, sembahyang, puasa, mengerjakan haji dan sebagainya. Mereka juga sama
> dengan kita ke masjid dan surau. Bagaimana ya sahabat?
>
> Antara yang menarik perhatian saya, teringat akan sabda Nabi bahawa, kamu
> akan berdepan dengan peperangan (jihad) yang besar selepas ini, iaitu
> jihad melawan hawa nafsu kamu. Saya kaitkan dengan asuhan penjagaan hati
> tadi dengan zikir yang tak putus-putus kepada Allah dengan peringatan Nabi
> supaya melawan nafsu. Tidak ke perjalanan mereka mengikut kehendak Nabi.
> Selama ini kita diberitahu supaya melawan nafsu tapi cara bagaimana nak
> buat agak samar-samar. Ini saya kira pun okay!! Saya diceritakan bahawa,
> seorang tawanan perang telah mengaku akan mengikut Islam. Dia pandai
> mengerjakan solat, berpuasa, fasih membaca Al-Quran. Tetapi hatinya ya
> sahabat, masih teringat akan berhala dan ugamanya. Dia dicampak ke Neraka
> akhirnya. Tawanan perang tidak mempunyai hati yang tetap kepada ALLAH. Jadi
> saya berfikir, bagaimana dengan kita yang sentiasa terputus zikirnya.
> Nauzubillahhiminzaliq.
>
> Cerita-cerita ini ditulis dengan bahasa yang sederhana tidak terlampau
> detail agar ianya senang difaham oleh semua. Nasihat ahli tariqat tadi pada
> saya, `kalau tak minum airnya, mana nak tahu manis atau tawar'. Eh eh
> betul juga ya.
>
> Wassalam
> ______________________________________________
> FREE Personalized Email at Mail.com
> Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>